Sha Blogger !!!



Assalamualaikum...


Antara keyword yang menarik perhatian aku semalam. 

Ada juga orang search sha blogger yea. hehe. 

Nasib baik blogger. 

=)


Pilihan baju raya 2014


Assalamualaikum...

Salam jumaat !

Belum masuk bulan puasa dah sibuk fikir pasal baju raya. Betul. Selalunya mesti akan beli awal-awal sebab nanti tak lah kelam kabut. Nak-nak bila puasa tak larat nak shopping. Tapi aku suka ajer kalau ajak shopping. ekeke. Aku pulak jenis yang kalau boleh semua kedai nak masuk sampai jumpa yang berkenan. Selagi tak jumpa selagi tu lah mencari sampai puas hati. hehe.

Tahun ni ingat nak cari jubah. Sekarang design jubah memang tip top!! Rambang mata tak tau nak pilih mana satu. Banyak juga design yang macam dah boleh buat baju untuk nikah. haih kenapa la masa aku nak nikah dulu tak keluarkan lagi design macam tu?? tskk tskk. Ada jumpa satu design yang berkenan sangat-sangat tapi tak jumpa lagi jual online. Price boleh tahan. Hold dulu. hehe. Kita usha lagi baju-baju dekat online shop. weehuu.

Antara design yang boleh buat korang teruja. heh



Cantik kan jubah yang Mira Filzah gayakan nie. Aku cari warna lebih kurang macam nie and lengan mesti ada lace or something tak la nampak kosong. haha. 


Tengok adik beli hari tu terus berkenan. cantik. tapi tak tau online shop dia. nanti kena tanya adik balik. haha. Tangan mesti ada lace k. hihi



Ni pun cantik jugak. waa nanges. tak terpilih. Design corak kain macam tu pun best jugak T_T

Kena pergi Modvier la macam nie. Mesti lagi stress nak pilih. bahaha.

Ingat nak yang simple and boleh pakai selalu takde la terperap je dalam almari. Takpe kita cuci mata dulu la kan.

Harap berjaya la jumpa baju pilihan hati. :-p


Simple Giveaway : Projek DRESS BAJET



Klik banner untuk join

**segmen bermula pada 28 Mei 2014 dan berakhir bila-bila masa sahaja (akan dimaklumkan kepada setiap peserta)


Wordless Wednesday : Kecantikan dalaman



Assalamualaikum...


Start amalkan this collagen from 20 April 2014 sehingga hari ni 28 May 2014. 

Dah habis satu botol.

Untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran. 

jeng jeng =)


Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


Free Sample & contest Sanofi Lactacyd


Assalamualaikum...


Lactacyd adalah antara produk untuk penjagaan khusus wanita.
Untuk dapatkan free sample Lactacyd boleh visit here :



Korang yang bosan tak tau buat apa cer main game nie. best jugak tau. Lompat cik akak karang di ngap dek jerung. The Bold Phantasies Contest ends on the 31st May 2014. So join now guys! 


Boleh pilih mana satu aktiviti yang korang nak kalau menang. wahhh ada bran? Wakeboarding ok kowt? haha. Sempat lagi kalau nak join. 

Let's play here guys :


tq~


Birthday Giveaway By Yayaqazrin



Klik banner untuk join =)


Kisah Piala Thomas - Husband & Wife


Assalamualaikum...

Semalam pertama kali tengok Perlawanan akhir Piala Thomas dengan penuh bersemangat. fuhhh. Memang tengok perlawanan tu buatkan kita berdebar-debar dan juga stress. Memang sengit. Apapun tahniah kepada pasukan badminton Malaysia dengan semangat perjuangan yang bersungguh-sungguh walaupun tewas dengan Jepun.


Kisahnya nak cerita sikit pasal part sembang kami suami isteri tentang piala thomas nie. bahaha boleh kata kelakar and malu jugak wehhh. T_T

Suatu malam, suami google tentang piala thomas 2014, Malaysia vs Denmark.

Isteri : ehhh abang bukan sokong chelsea /  arsenal ke? (sebab tengok Malaysia vs Denmark, maaf aku memang tak qeti bab2 ni..ekeke)

Suami : heyy merepek ape sayang nie. sayang tau tak piala thomas tu ape????

Isteri : (blur)...alamak. ape eyh? (sambil sengih-sengih)

Suami : Piala thomas tu perlawanan badminton tahu???

Isteri : KAHKAHKAH HAHAHahahahahahahha.

Sekian.....


Peanut Candy yang maveles



Peanut candy

Paling sedap pernah makan. hehe.

Lebih kurang macam kacang tumbuk. isi padat. thorbaikkk !

Beli dekat pasar pagi shah alam =)


Resepi Spaghetti Bolognaise Simple dan Sedap


Assalamualaikum...

Salam Jumaat. Hari ni nak share pulak resepi spaghetti bolognaise yang senang dan pastinya insyaAllah sedap jugak. wink2. memang selalu ikut resepi nie dan suami pun suka sangat makan. Sila ubah suai mengikut kreatifan dan mengikut citarasa tekak masing-masing ya. hihi =)


Bahan-bahan (untuk 2/3 orang makan) :

- 1 paket Spaghetti (anggar untuk 2/3 orang makan)
- Daging kisar
- 1 labu bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 biji cili padi (dikisar)
- 10 biji cili kering (dikisar)
- 1/2 botol Kimball Sos Spaghetti Mushroom
- Bahan tambahan seperti ayam, sayur campur, sosej, dan apa sahaja yang korang suka
- Minyak masak
- Sos tomato
- Garam

Cara -cara :

1) Rebus spaghetti dalam air panas sehingga masak. Jangan lupa letakkan sedikit minyak masak dan garam supaya spaghetti nanti tidak melekat. Kacau dan toskan bila spaghetti dah masak.

2) Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

3) Masukkan daging kisar. Tambah setengah cawan air. Agak daging dah masak boleh masukkan bahan-bahan lain seperti ayam, sayur campur atau sosej. Kacau dan tunggu sehingga mendidih.

4) Masukkan setengah botol sos spaghetti mushroom. Gaul sebati.

5) Masukkan 2 sudu besar sos tomato. (supaya rasa masam-masam sikit, enak). Kalau kuah kering boleh tambah lagi sedikit air ya.

6) Akhir sekali masukkan sedikit garam. Gaul sebati dan tadaaaa siaplah kuah spaghetti)

~Selamat mencuba~


Benci menjadi sayang


Assalamualaikum...

Amboi tajuk dah kenapa kan.

eh semalam kan aku mimpi kena kejar polis sebab lari dari rumah family. dah macam pelarian aku nie. Masalahnya mak abah dah nampak aku kat taman mainan tapi boleh tak kenal?mimpi memang selalunya akan pelik-pelik yang terjadi. T_T. Pastu lari masuk rumah sapa tah tak kenal nyorok bersubahat. Pastu nak serah diri tengah-tengah sedap bercerita kat encik polis pappp bunyi jam. lahhh. the end. haha

Haha. back to the point. Dulu kan tak minat sangat dengan Hello Kitty tau. Tengok je mesti eee ape nie. comel sangat ke. Kenapa semua orang suka sangat? Aku nie penakut kucing tahu. Sebab pernah kena cakar terus fobia. Pergi mana-mana la jumpa kucing mesti dah cuak kadang-kadang tu control macho tak nak nampak sangat ketakutan tu. Suka tengok kucing comel tapi nak pegang tak berani T_T

Lepas dah kawin jiwa dah lain maybe. Tengok benda comel je mesti waaa comelnya geramnya. Kawan-kawan pun ramai peminat hello kitty dengan aku sekali terpengaruh. Tup tup terminat jugak la dengan Hello Kitty nie. hehe

Satu-satunya koleksi Hello Kitty yang aku ada.

Itupun pun pujuk husband suruh beli kat Mcd. Thanks husband. oh lupa baju hello kitty pun ada. hehe. 

McDonald ada buat contest game Circus of Life Hello Kitty. Setiap minggu ada hadiah untuk dimenangi. Main game dapat hadiah best sapa tak nak kan. yang penting kumpul point banyak-banyak.



Al Fatihah Y.T.M Tunku Bendahara Kedah



KENYATAAN MEDIA 



Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman

 Bismillah Hirrahmanirrohim

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi, hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014. Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga 23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014, diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR 
Menteri Besar Kedah Darul Aman 

Tarikh : 21 Mei 2014

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1



http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.


Mamee Chef - Malacca Factory Visit Invitation


Assalamualaikum...

Hye! Ramai yang dapat jemputan ke kilang mamee chef di Melaka dari nuffnang kan. yang best semuanya ditanggung, just bawak diri je. Boleh la tengok macam mana penghasilan mamee chef. Sambil tu boleh juga beramah mesra dengan blogger-blogger yang join. wahhh wahh menariknya dengar. (aku ni da la shy shy cat..hahaha)


Tapi....(tapi sayanggggg)

Apakan daya aku tak boleh nak join korang semua atas sebab-sebab tertentu. ekeke.

Korang yang pergi tu have fun okay. Enjoy your day. xoxo.


Segmen Blogging + Menang Hadiah!




KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam


Bila blogger menjadi pelakon !!!


Assalamualaikum....

Happy Sabtuday guys!

Hari nie happy lain macam. bahaha. Sebab video Oral B dah play dekat blog masing-masing. Ingatkan hujung bulan baru play.

Dah tengok jugak blog rakan-rakan yang join blogbuster oral B, wahhhh terbaik la korang. Memang kreatif habis. Camne la tak terfikir macam idea korang.yang penting semua mesti ada bawang putih. haha takpe next time kalau diberi lagi peluang dah dapat tangkap macam mana nak handle. Sedihnya tak dapat nak edit video cantik-cantik sebab movie maker buat hal. Nasib baik la nuff baik hati.


Cuba la play sampai habis tengok ok ke idok aku belakon. kahkah.

#ReThink Your Mouth

Selamat menonton guys video aku yang tak seberapa nie. T_T

"Bloger bukan saja pandai menulis bahkan pandai berlakon jugak" cehh ayat.

Apapun thanks a lot to Nuffnang and client. 

Thank you.


[Nuffnang Blogbuster] Oral B Supernova 3 - Approved


Assalamualaikum...


Alhamdulillah syukur ya Allah. 

Baru dapat email dari pihak nuffnang tadi. Video Blogbuster Oral B Supernova 3 dah approved. Tak sangka sangat-sangat. Dah check jugak dekat web nuffnang. Approved. Boleh baca pengalaman sepanjang aku shoot untuk video Oral B kat SINI.


Esok 17 May - 29 May 2014 dah boleh start tengok ya video on my blog. 

Sudi-sudi and rajin-rajin la singgah blog sha tau....

 Boleh la tengok video aku yang macam....HAHA...First time buat video nie. Excited lebih ! Korang sapa lagi dah approved share2 la nanti boleh tengok..hehe

Stay tune...

=)


Review Restoran Berputar Menara Alor Setar


Assalamualaikum..

Cerita lama hari nie baru nak update. lalala~

Bulan 4 lepas kami balik rumah family di Alor Setar, Kedah. My hometown. Rindunya lahai nak balik sana. InsyaAllah nanti ada rezeki balik lagi. Kalau aku cakap kedah hampa paham dak nie? HAHA.

Alang-alang balik hampir complete one big family berkumpul kecuali abang and kak ipar tak dak, abah ajak makan dekat Restoran Berputar Menara Alor Setar. Aku yang bertahun duk sana pun tak pernah lagi la makan kat situ. choi. Naik menara tu pernah la. hehehe.

Romantik habis. Candlelight dinner jom...


Ni antara menu-menunya. Ada menu promosi jimat sikit. Set siap dengan air. Harga promosi available hanya setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Buffet, steamboat dan candlelight dinner juga ada disediakan tapi kena call dulu untuk booking.


Aku pilih menu set Lamb Chop plus air RM25. Recommended. Puas hati and sedap sangat-sangat dengan kuah dia yang mavelesss habis. Ahh terliur dah la tengah puasa nie. haha. Suami pulak pilih menu set Chicken chop. sedap jugak. 

Desert pilihan. Durian Creap and Banana Chocolate Creap. 1 set RM10. Sedap.

One happy and big family. Kurang 2 orang nie. 

Feeling tengok view sambil2 cari kat mana rumah. haha.

Untuk booking boleh contact mereka di :

Contact number : 0124171135 (Pn. Hasnah) / 0124717332 (Atika) 


Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3



As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 


Resepi Chocolate bubble rice jar


Assalamualaikum...

Hari tu up entry pasal Chocolate rice. Hari nie nak share pula resepi macam mana nak buat sendiri sebab senang and simple sangat nak buat. Sapa yang malas nak buat boleh la beli online sebab ramai sangat dah jual dan tersangat lah sedap. nyummeyhhh! Jom cuba...

Chocolate Bubble Rice

Bahan-bahan :

- Bubble rice / rice krispies brand kellogg's (terpulang..bubble rice boleh cari dekat bakery)
- Chocolate cadbury dairy milk (ikut suka nak guna chocolate apa, terpulang)
- Kitkat
- Chocolate m&m



Cara-cara :

1) Letak setengah bubble rice dalam jar or bekas. Bekas jangan besar sangat kang tak cukup chocolate nak     letak.

2) Patahkan chocolate cadbury panaskan dalam kuali / periuk bagi cair. Buat teknik boiling. Kira ada dua         tingkat periuk. Periuk bawah isi air dan periuk atas baru isi chocolate cadbury tu. faham tak?

3) Tuang chocolate cadbury yang dah dicairkan ke dalam bekas yang berisi bubble rice tadi. So jadi la two        layer iaitu layer bawah bubble rice and layer atas chocolate cadbury yang dah cair.

4) Pastu hias la chocolate kitkat and m&m kat atas sekali ikut kreativiti masing-masing.

5) Dah siap. yayy.


~~Selamat mencuba wahai kawan-kawanku~~



Segmen Blogger Aktif


Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 insyallah



klik banner untuk join the community :D 

good luck !


Chocolate rice


Assalamualaikum...

Dulu selalu tengok kat instagram, facebook orang duk upload / jual choc rice in jar selalunya. Terliur tak payah cakap la. Ingat lagi cakap dekat suami hari tu


aku : "eh abg, teringin la nak beli choc nie..tengok ramai orang jual nie, cam sedap je"
suami : "waa sedapnya tengok, boleh nanti beli la cer tengok cer tengok" haha

Sebulan kemudian aku dah lupa pun nak beli, pastu dah tak ingat and tak jumpa ig yang aku tengok hari tu. sedihh.

Pastu aku try google resepi, lah senangnya nak buat. Baik buat sendiri sebab nak rasa je. kekekeke..Then ajak la suami beli bahan-bahan nak buat. Nak cari bubble rice satu hal bukan calang-calang kedai ada jual. Selalunya ada jual dekat bakery. Kalau nak senang beli je rice krispies brand kellogg's tu tapi mahal sikit la.


Ni la hasilnya, buat banyak sikit bagi FIL rasa. Guna chocolate cadbury dairy milk (sedap sikit), kitkat dan m&m sebagai topping. wallahhhhh. Dapat pun makan. Layann je.


Harap korang bersabar, eh tutup mulut tuu..kikiki


MINI GIVEAWAY KCOLLY BY SYIERA FIRDAUS



Assalamualaikum

Tekan banner untuk join


PEMBAHAGIAN HADIAH
TOP REFERRAL
Kcolly x 1 pemenang
RANDOM
Perla Coffee x 1 pemenang
TAMAT BILA-BILA MASA
Good luck!


Hobi baru seorang blogger buat masa sekarang !


Assalamualaikum...

Kalau ditanya kecik-kecik dulu pasal hobi tak lain tak bukan "kumpul setem". hoihhhh. Memang betul tah macam mana hobi tu jugak yang aku minat. Ada la dua tiga album yang dah dikumpul. Susun cantik-cantik setem tu, ada jugak yang terselit duit syiling yang dapat dari kawan-kawan bila pos kad raya. haha. Ingat lagi penuh satu tin kumpul setem dalam tu. Lama-lama hobi tu makin dilupakan sampai sekarang. Biasa la zaman budak-budak hingusan lagi masa tu.

Sekarang nie, bila ada blog, hobi kebanyakan adalah berkaitan dengan blog selain jalan-jalan cuci mata dan usha instagram. hehehe. Paling suka edit blog sampai puas hati.Selagi tak puas hati selagi tu la meroyan edit bagai.

Tapi lately ni satu hobi baru tak tau la hobi ke apa, tapi nak panggil hobi jugak. haha. Suka buka blog orang and belek balik entry lama-lama sampai jumpa entry pertama. Seronok sebenarnya baca entry pertama setiap blog. Macam-macam gaya penulisan ada. Yang takleh blah kenapa setiap post pertama termasuk aku mesti gaya penulisan ada macam nie...

"Salam, hye ni blog bru kitewww. Jemput la bca yeaaa semua !!"

Itu sebagai contoh. Trend kowt. haha. Biasa la awal-awal mana la reti sangat semua nie. sobsob.

Seronok sebenarnya belek, blogwalking dapat la kita belajar sedikit sebanyak tentang dunia blog nie. Penuh cabaran jugak awal-awal berblog dengan hatersnya sampai pernah rasa nak tutup blog suatu ketika dahulu. Tapi tak jadi. sayang wooo..

Mangsa aku hari nie..jeng jeng jeng.....

Blog Yuyu Zulaikha (tengok la penuh tab nak baca entry punya pasal)

Dah ramai juga jadi magsa aku sebenarnya. haaa korang tunggu la mana tau turn korang lak pasni. bahaha.

Taksalah kan. 

Happy blogging guys =)


Dah tau punca...kekeke


Assalamualaikum...

ok dah tau punca kenapa title blog problem macam entry yang saya baru saja post tadi. ahaiii

Dah install balik google chrome sama ja. Takda perubahan. Bila fikir balik, tak kan google chrome kot sebab bila buka blog orang lain ok je. penin2...

Google pun tak jumpa jugak macam mana nak selesaikan.

Check coding ok takda masalah.

Try check kat template cuba tukar tulisan post title. nahhh dah ok...tu ja punca dia selama nie. !!!!


Harap memang betul la ni ja punca dia sebab dah check buka blog dah okay...HAHA. ngade tau.


Masalah blog atau ....?


Assalamualaikum....

Dah lama perasan benda ni.

Bila buka blog, semua link kat title blog jadi macam nie...


See, tulisan dari negara mana pun tak tau la. tak dapat nak detect. haha. Ape ke pelik sangat tu...T_T

Tapi bila alih cursor letak kat title tu, it's working, dah oke. Tapi nanti kadang jadi balik bila buka semula blog.


Tak tau ni berpunca dari masalah blog or google chrome yang problem. sedih betul.

Bila buka kat mozilla ok pulak. Rasa macam google chrome nie yang problem...

Korang buka blog nie jadi tak macam tu??? Tolongggg T_T

Tak sedap mata memandangnya...

*sayang sangat dekat blog sampai benda kecik pun sedih frust nonggeng..huhu *-*


Oral B Supernova 3 Blogbuster Campaigns - My experience


Assalamualaikum....

Hi ! Ramai kengkawan bercerita pengalaman dorang dengan blogbuster. Nak cerita pula pengalaman saya sepanjang buat short video tu. Boleh dijadikan sebagai kenangan. hehe.

Dulu ada juga dapat blogbuster campaigns tapi buat tak tau sebab masa tu noob lagi tak tau apa-apa dan malu nak buat video. tak pernah buat video sendiri muka sendiri. sedih ! (video shooting masa study dulu ada la).

9 April dapat email dari nuffnang mengenai Blogbuster Oral B Supernova 3. Menarik tapi still buat tak tau. Research and baca juga blog kawan-kawan yang cakap mengenai blogbuster nie.Tetiba terasa rajin and nak buat jugak. Bukan selalu boleh dapat peluang cenggini. haha. Mintak izin suami, terangkan details semua dan lega dapat juga permission.

15 Apr dapat lagi email dari nuffnang remind tentang blogbuster nie. haha. Terus semangat nak buat video. Fikir and plan dulu nak buat vidoe macam mana. Baca arahan bagi faham. So start la sesi rakam video sendiri. Semuanya buat sendiri. All in one. Boleh imagine la macam mana saya setting camera phone nak shoot diri sendiri. Asal boleh macam mana pun takpa. haha. Malam tu suami ada tanya nak tolong tak. Saya cakap takpe tak yah tolong apa-apa. Saya boleh InsyaAllah. Padahal malu to the max kalau ada orang. haha. apa pun tak jadi nanti. malu tu still ada. haih.

Dah siap shoot semua. (semua scene dalam rumah. haha). Transfer video masuk laptop. sekali tengok alaaaa nak kena rotate video. hampeh. Masa tu la baru nak search software edit video segala bagai. kalau laptop dulu senang dah ada movie maker. tapi laptop ni tak boleh pakai pulak movie maker. pasqah. Nak rotate satu hal. Jenuh jugak cari website yang boleh rotate video. Alhamdulillah dipermudahkan. Jumpa juga semuanya. Esoknya 16 hb baru edit lagi video cut semua sebab dah lewat malam.

16 Apr done submit video pertama. Check website nuffnang tengok eh deadline untuk submit video dilanjutkan kepada 20 Apr. Sepatutnya 17 Apr. Ada peluang lagi nak buat video lagi satu. Sebab macam tak puas hati. 19 Apr hari sabtu alang-alang cuti buat lagi satu video versi lain sikit dan submit.


Boleh kata hari-hari akan check website nuffnang tengok status still pending. neves. 2 May dapat email dari nuffnang pasal blogbuster. Ada respond jugak akhirnya. Kena edit sikit dan trim bagi jadi 10 saat. Sebelum ni 15 saat. Punya la pikiaq kot mana la nak trim lagi ni. haha. Hari sabtu 3 May baru shoot lagi sikit, edit dan submit lain.

Harap-harap client approve video tu.

Kalau ada rezeki korang boleh la tengok video saya nanti dekat blog.

Good luck untuk semua yang join. Nak usha video korang lak. peace.


Follower dah cecah 1000..yeayyy


Assalamualaikum...

Happy monday semua !

Hari nie baru sempat nak tengok blog. Weekend adalah hari bersama keluarga tak sempat nak bermanja dengan blog. alolo.


Buka je blog tengok follower dah cecah 1000. yeayyy Alhamdulillah akhirnya capai jugak angka tu. Orang lain dah beribu riban kita baru nak cecah 1k. haha bagi chance la kat kita. kehkeh. Bertahun dah terjebak dengan dunia blog nie tapi sejak2 nie baru boleh nak aktif sikit. 

Kalau ada masa or datang mood rajin saya akan join segmen or giveaway dari rakan-rakan blogger untuk support, tambah kenalan dan memeriahkan lagi ga mereka walaupun jarang nak menang. bahaha. Dari situ la kita dapat kenal lagi ramai blogger.

Special thanks to all follower sebab sudi follow dan singgah blog saya yang tak seberapa nie. hehe.

Thanks for all your support.

* Hari nie feed blog buat hal tak boleh nak blogwalking. alahai. 


EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA




EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA

Menjadi fenomena hangat masakini, kerana heboh diperkatakan akan keberkesanannya! Ramai pengguna yang dah cuba dan kagum dengan hasil yang menakjubkan. Pendek kata, memang jatuh cinta dengan EPHYRA, dan tak akan berpaling lagi!

Satu-satunya produk premium berkualiti tinggi khas untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, yang harus diminum oleh setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan, yang bertindak dari dalaman, mencerahkan dan menyempurnakan kulit dari dalam, bukan saja untuk kulit muka, malah keseluruhan. EPHYRA sangat berkesan dalam mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. 

EPHYRA, produk keluaran bumiputera buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dan dijamin HALAL oleh Jakim dan diiktiraf selamat oleh KKM. Dengan ramuan berkualiti premium yang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti kolagen ikan laut dalam, astaxanthin, acai beri, l-glutathione, gam akasia, serbuk tomato, bunga marigold dan acerolla cerry yang diimport dari seluruh dunia, dan dirumuskan di sini untuk menjaga tahap status selamat dan halal oleh badan JAKIM dan KKM di Malaysia, pastinya gabungan mantap yang memberikan 10 kali kuasa penyembuhan sel dalam badan, dan berupaya merangsang penjanaan sel-sel kulit baru, menyah toksin dalaman badan dan menyihatkan tubuh badan anda, serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan muda!

RUMUSAN TERHEBAT, 100% BERKESAN!
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, menyihatkan dalaman anda, memberi tenaga berpanjangan, serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG TERSANGATLAH SEDAP!
Mendapat pujian dari ribuan pengguna, supplement paling sedap di pasaran!! Sekali minum, rasa nak minum berkali-kali! Berperisa Tutti Frutti bukan sahaja enak diminum tetapi penuh dengan pelbagai khasiat untuk cantik, sihat dan bertenaga dalam satu masa.



TANPA BAHAN TAMBAHAN
Disahkan HALAL oleh Jakim, dan SELAMAT oleh KKM. 100 % semulajadi dan selamat, tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN EPHYRA 
  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  2. 80% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 hari
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  4. memulihkan kulit jerawat, berparut, kusam dan eczema
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  6. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  7. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  8. Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
  9. Mengurangkan kadar kolesterol
  10. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  11. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  13. Kempiskan perut buncit
  14. Melancarkan haid & hilangkan senggugut
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
  16. Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
  17. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
  18. Meningkatkan kuantiti susu ibu
  19. Menjadi lebih bertenaga sepanjang hari
  20. Memulihkan masalah tumit merekah, kurangkan selulit
  21. Meningkatkan kualiti tidur
  22. Meningkatkan kesuburan
  23. Membantu memulihkan masalah cyst

EPHYRA SESUAI UNTUK 
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahun ke atas)
  • Ibu menyusu dan hamil (5 bulan ke atas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan & kesihatan luar dan dalam
  • Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
    1. Kulit berjerawat
    2. Kulit Berjeragat dan Berparut
    3. Eczema / Penyakit Kulit
    4. Gastrik / Masalah Usus
    5. Menurunkan Kolestrol
    6. Stress / Kemurungan / Ceria
    7. Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
    8. Asthma / Lelah / Penat / Semput
    9. Gout / Arthritis Sendi
    10. Menopause
    11. Ketidakseimbangan Hormon
    12. Alergi Makanan Laut
    13. Resdung
    14. Penyakit Gusi / Demam
    15. Masalah Tidur / Kelesuan
    16. Jangkitan Pundi Kencing
    17. Masalah Buah Pinggang
    18. Kanser / PertumbuhanTumor
    19. Sakit Sendi & Sengal Badan
    20. Jantung / Saluran Darah
    21. Migraine / Sakit Kepala
    22. Strok / Parkinson
    23. Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
    24. Masalah Senggugut / PMS
    25. Jangkitan Virus / Bakteria
    26. Darah Tinggi
    27. Masalah Saraf
    28. Kencing Manis
    29. Thyroid

ANTARA RIBUAN TESTIMONI EPHYRA

Cantik
  1. Masalah jerawat - klik SINI dan SINI
  2. Masalah jeragat - klik SINI
  3. Eyebag pudar - klik SINI
  4. Parut chicken pox hilang - klik SINI
  5. Kulit lebih bersih daripada parut jerawat - klik SINI
Sihat
  1. Legakan sakit sendi dan suami berhenti merokok - klik SINI
  2. Masalah Eczema - klik SINI
  3. Berjaya kuruskan badan dan lancarkan haid serta tiada senggugut - klik SINI
  4. Berjaya mengandung setelah bertahun menanti - klik SINI dan SINI
  5. Masalah resdung - klik SINI

Bertenaga
  1. Kekal aktif sehingga ke malam - klik SINI
  2. Rasa lebih bertenaga dan bersemangat - klik SINI
  3. Badan lebih sihat dan segar - klik SINI
  4. Sentiasa bertenaga - klik SINI
  5. Tidak mudah letih / tidur lena / tidak mudah mengantuk di siang hari / kempiskan perut buncit / melancarkan sistem pelawasan - klik SINI

PROMOSI EPHYRA MEGASALE 


HARGA PREMIUM PACK (30 SACHETS) 
RM 180 ( Semenanjung ) / RM 190 ( Sabah & Sarawak )

Call / whatsapp HOTLINE : 019 3999 238 / 03 41417889




Wajah manis anggun jelita
Suami pandang tiada henti
Ephyra hebat bagai dikata
Sentiasa menjadi pujaan hati

Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 10,020.00 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...