Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Meriah bulan Oktober !


Assalamualaikum....

Sebelum ni selalu mengadu tetiba cpuv nuffnang macam ada problem. Siap berpuluh tiket hantar dekat nuffnang. Sedih sangat masa tu. Tapi takpa kita sabar. Selepas ubah sedikit setting dekat nuffnang, update bio profile, survey semua kasi cun, Alhamdulillah nuffnang dah back to normal.

Bulan ni paling best sebab meriah cpuv yang on going. I is happy. Ada yang double, ada yang triple. Ramai jugak yang jadi macam ni kan. Tahniah uolss...


Sebanyak 13 cpuv yang on going. Thank you nuffnang & advertiser.

CPUV penghujung September !



Assalamualaikum...

Alhamdulillah penghujung bulan September dapat lagi 2 cpuv baru.

SENHENG Online Store & Sime Darby LPGA 2014


terima kasih untuk ini nuffnang dan pihak pengiklan.

=)


Sanofi Lactacyd Phase 2 & RMK Autumn/Winter 2014 [CPUV]



Assalamualaikum...

Happy Sabtuday everyone ! Selamat berhujung minggu. 

Semalam check nuffnang Alhamdulillah dapat cpuv baru iaitu Sanofi Lactacyd & RMK Autumn/Winter 2014. Thank you nuffnang.


Kalau nak tahu Sanofi Lactacyd nie adalah satu produk untuk penjagaan intim wanita. Dorang tengah buat contest sekarang. Jom la ramai2 join, kita pun nak join jugak. Untung2 tercapai hasrat nak buka butik sendiri. T_T

Pernah dengar RMK Autumn? RMK  foundation yang boleh buat mula glowing, flawless gitu. Belum cuba, belum tahu. Rasai sendiri kehebatannya. 

zass


CPUV Sep - Xperia Z2



Assalamualaikum...


Alhamdulillah nuffnang baik hati hari nie bagi cpuv baru selepas cpuv Macau dah credited beberapa hari lepas. Sekarang Xperia Z2 la satu-satunya yang on going sekarang. Sapa suruh jarang update blog kan. tskk.

Apapun syukur and sabar okeyh. pasti ada ganjarannya. 

Sony Xperia Z2 macam best jugak kan. Dah la water proof. Apa nak risau kalau masuk dalam air. Camera pun cantik.

For more details, jemput lah singgah tengok Sony Xperia Z2 nie =)

CPUV | Mayfair Bodyline - August


Assalamualaikum...

Setelah sibuk dengan raya hari nie baru sempat check akaun nuffnang. Alhamdulillah hari ni dapat cpuv baru, yeayyy lama juga tunggu cpuv baru. Orang lain kemahen banyak dapat cpuv,seronok tengok..rezeki masing2. Tahniah semua. ehehe. 

Cpuv dari Mayfair Bodyline

Dua cpuv dah selamat credited. Digantikan dengan cpuv baru. Tenkiu nuffnang.

uMobile Prepaid Free Meal & Oldtown True White Coffee

Musim raya mesti makan tak hengat kan, pastu berat pun naik dengan jayanya. Haa sapa nak langsing balik jom dapatkan free trial Mayfair Bodyline nie. =)

Sha Blogger !!!



Assalamualaikum...


Antara keyword yang menarik perhatian aku semalam. 

Ada juga orang search sha blogger yea. hehe. 

Nasib baik blogger. 

=)


Free Sample & contest Sanofi Lactacyd


Assalamualaikum...


Lactacyd adalah antara produk untuk penjagaan khusus wanita.
Untuk dapatkan free sample Lactacyd boleh visit here :



Korang yang bosan tak tau buat apa cer main game nie. best jugak tau. Lompat cik akak karang di ngap dek jerung. The Bold Phantasies Contest ends on the 31st May 2014. So join now guys! 


Boleh pilih mana satu aktiviti yang korang nak kalau menang. wahhh ada bran? Wakeboarding ok kowt? haha. Sempat lagi kalau nak join. 

Let's play here guys :


tq~


Mamee Chef - Malacca Factory Visit Invitation


Assalamualaikum...

Hye! Ramai yang dapat jemputan ke kilang mamee chef di Melaka dari nuffnang kan. yang best semuanya ditanggung, just bawak diri je. Boleh la tengok macam mana penghasilan mamee chef. Sambil tu boleh juga beramah mesra dengan blogger-blogger yang join. wahhh wahh menariknya dengar. (aku ni da la shy shy cat..hahaha)


Tapi....(tapi sayanggggg)

Apakan daya aku tak boleh nak join korang semua atas sebab-sebab tertentu. ekeke.

Korang yang pergi tu have fun okay. Enjoy your day. xoxo.


Bila blogger menjadi pelakon !!!


Assalamualaikum....

Happy Sabtuday guys!

Hari nie happy lain macam. bahaha. Sebab video Oral B dah play dekat blog masing-masing. Ingatkan hujung bulan baru play.

Dah tengok jugak blog rakan-rakan yang join blogbuster oral B, wahhhh terbaik la korang. Memang kreatif habis. Camne la tak terfikir macam idea korang.yang penting semua mesti ada bawang putih. haha takpe next time kalau diberi lagi peluang dah dapat tangkap macam mana nak handle. Sedihnya tak dapat nak edit video cantik-cantik sebab movie maker buat hal. Nasib baik la nuff baik hati.


Cuba la play sampai habis tengok ok ke idok aku belakon. kahkah.

#ReThink Your Mouth

Selamat menonton guys video aku yang tak seberapa nie. T_T

"Bloger bukan saja pandai menulis bahkan pandai berlakon jugak" cehh ayat.

Apapun thanks a lot to Nuffnang and client. 

Thank you.


[Nuffnang Blogbuster] Oral B Supernova 3 - Approved


Assalamualaikum...


Alhamdulillah syukur ya Allah. 

Baru dapat email dari pihak nuffnang tadi. Video Blogbuster Oral B Supernova 3 dah approved. Tak sangka sangat-sangat. Dah check jugak dekat web nuffnang. Approved. Boleh baca pengalaman sepanjang aku shoot untuk video Oral B kat SINI.


Esok 17 May - 29 May 2014 dah boleh start tengok ya video on my blog. 

Sudi-sudi and rajin-rajin la singgah blog sha tau....

 Boleh la tengok video aku yang macam....HAHA...First time buat video nie. Excited lebih ! Korang sapa lagi dah approved share2 la nanti boleh tengok..hehe

Stay tune...

=)


Oral B Supernova 3 Blogbuster Campaigns - My experience


Assalamualaikum....

Hi ! Ramai kengkawan bercerita pengalaman dorang dengan blogbuster. Nak cerita pula pengalaman saya sepanjang buat short video tu. Boleh dijadikan sebagai kenangan. hehe.

Dulu ada juga dapat blogbuster campaigns tapi buat tak tau sebab masa tu noob lagi tak tau apa-apa dan malu nak buat video. tak pernah buat video sendiri muka sendiri. sedih ! (video shooting masa study dulu ada la).

9 April dapat email dari nuffnang mengenai Blogbuster Oral B Supernova 3. Menarik tapi still buat tak tau. Research and baca juga blog kawan-kawan yang cakap mengenai blogbuster nie.Tetiba terasa rajin and nak buat jugak. Bukan selalu boleh dapat peluang cenggini. haha. Mintak izin suami, terangkan details semua dan lega dapat juga permission.

15 Apr dapat lagi email dari nuffnang remind tentang blogbuster nie. haha. Terus semangat nak buat video. Fikir and plan dulu nak buat vidoe macam mana. Baca arahan bagi faham. So start la sesi rakam video sendiri. Semuanya buat sendiri. All in one. Boleh imagine la macam mana saya setting camera phone nak shoot diri sendiri. Asal boleh macam mana pun takpa. haha. Malam tu suami ada tanya nak tolong tak. Saya cakap takpe tak yah tolong apa-apa. Saya boleh InsyaAllah. Padahal malu to the max kalau ada orang. haha. apa pun tak jadi nanti. malu tu still ada. haih.

Dah siap shoot semua. (semua scene dalam rumah. haha). Transfer video masuk laptop. sekali tengok alaaaa nak kena rotate video. hampeh. Masa tu la baru nak search software edit video segala bagai. kalau laptop dulu senang dah ada movie maker. tapi laptop ni tak boleh pakai pulak movie maker. pasqah. Nak rotate satu hal. Jenuh jugak cari website yang boleh rotate video. Alhamdulillah dipermudahkan. Jumpa juga semuanya. Esoknya 16 hb baru edit lagi video cut semua sebab dah lewat malam.

16 Apr done submit video pertama. Check website nuffnang tengok eh deadline untuk submit video dilanjutkan kepada 20 Apr. Sepatutnya 17 Apr. Ada peluang lagi nak buat video lagi satu. Sebab macam tak puas hati. 19 Apr hari sabtu alang-alang cuti buat lagi satu video versi lain sikit dan submit.


Boleh kata hari-hari akan check website nuffnang tengok status still pending. neves. 2 May dapat email dari nuffnang pasal blogbuster. Ada respond jugak akhirnya. Kena edit sikit dan trim bagi jadi 10 saat. Sebelum ni 15 saat. Punya la pikiaq kot mana la nak trim lagi ni. haha. Hari sabtu 3 May baru shoot lagi sikit, edit dan submit lain.

Harap-harap client approve video tu.

Kalau ada rezeki korang boleh la tengok video saya nanti dekat blog.

Good luck untuk semua yang join. Nak usha video korang lak. peace.


Dapat call dari Nuffnang


Assalamualaikum...

Happy Tuesday everyone. eceyhhhh.

Baru kejap tadi dapat call dari pihak nuffnang. Invite pergi event kelas yoga, sponsor class bersama whisper. Wah teringin jugak nak belajar yoga nie.


Malangnya tak leh nak attend sebab sabtu nie suami kerja pulak. T_T wuu sedihnya. Kalau tak boleh la kita jumpa dengan blogger yuyu mommy to be yang tomey2 tu. Mesti ramai lagi blogger kat sana kan?

Tak da rezeki nak pergi. Next time maybe. InsyaAllah =)


Cek pertama dari NUFFNANG dan tips untuk cash out

Assalamualaikum....

Alhamdulillah rezeki dengan berblog. Sambil berblog sambil jana pendapatan. Siapa cakap blog ni buang masa. Kebanyakan orang sekarang suka berblogging. Sampaikan masa interview pon ada juga sentuh tentang blog. InsyaAllah kita sampaikan yang baik-baik, fikir yang baik-baik, yang datang pun insyaAllah baik-baik saja. 

Bulan lepas dapat cek pertama dari NUFFNANG. Excited tau. Terima kasih encik nuffnang. Alhamdulillah masih setia dengan nuffnang. Walaupun ramai orang dah curang dengan nuffnang tapi tak pe saya masih lagi nak setia dengan nuffnang. ehehe. Nuffnang pun baik hati sekarang nie. 

Surat dari nuffnang

Tips cash out nuffnang

Ok sekarang nak kasi tips sikit masa yang sesuai untuk cash out duit nuffnang. Bila duit dah cukup untuk cash out tunggu dulu. For me, tunggu sehingga betul-betul hujung bulan baru cash out. Itu lah masa yang paling sesuai untuk cash out. Ada juga research juga dulu sebelum nak cash out. Sebabnya pihak nuffnang akan proses payments 30 hari dari setiap hujung bulan. Jadi mengambil masa selama sebulan untuk proses pembayaran. 


Contohnya saya cash out hujung bulan 12 tahun lepas. Bulan 1 masa untuk mereka proses. Awal bulan 2 dapat cek. So kumpul dulu hingga hujung bulan baru cash out. okay? =)

dah selamat diterima...

tatatititutu...


Post pertama 2014 dan nuffnang

Assalamualaikum...

Welcome 2014 dan umur pun makin meningkat. Tak sangka tahun nie dah 26 tahun. Semoga aku lebih matang dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. Semoga tahun yang baru ni juga kami dikurniakan cahaya mata. Sesungguhnya Allah maha mengetahui bila selayaknya untuk kami bergelar ibu dan bapa. 

Percaya pada rezekiNYA. 
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. 

Tentang nuffnang pulak semalam dah cash out untuk pertama kali. Kumpul dari mula berblog semalam baru nak cash out. Walau tak banyak mana tapi Alhamdulillah. Berblog sambil jana pendapatan. Tunggu sebulan untuk dapat cek pertama dari nuffnang. Excited ! Terima kasih korang sudi melawat dan isi tabung kat blog nie.

Ala stress tengok nuffnang dah kosong balik. 

Okay hari ni sempena tahun baru blog ni pun kasi edit sikit. Hanya ubah di bahagian sidebar. Oh pada yang join Segmen bloglist sha purple terima kasih banyak2, dah letakkan blog korang dalam bloglist blog nie untuk bulan january dan february. Cuma sorang je url blog salah. sila check. 

Semoga tahun-tahun mendatang akan lebih baik dan baik. InsyaAllah.

Nuffnang : CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

Hati berbunga-bunga tatkala banyak iklan nuffnang berlegar-legar kat blog aku. macam syok ja macam syok ja. hehehe. Special thanks kepada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa nie ><


p/s : tak tau nak update apa sebenarnya. oh !

Nuffnang !!!

Assalamualaikum...

Keywords for today from Nuffnang. amoiiihh banyaknya sha purple. hee =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...