Resepi Spaghetti Bolognaise Simple dan Sedap


Assalamualaikum...

Salam Jumaat. Hari ni nak share pulak resepi spaghetti bolognaise yang senang dan pastinya insyaAllah sedap jugak. wink2. memang selalu ikut resepi nie dan suami pun suka sangat makan. Sila ubah suai mengikut kreatifan dan mengikut citarasa tekak masing-masing ya. hihi =)


Bahan-bahan (untuk 2/3 orang makan) :

- 1 paket Spaghetti (anggar untuk 2/3 orang makan)
- Daging kisar
- 1 labu bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 biji cili padi (dikisar)
- 10 biji cili kering (dikisar)
- 1/2 botol Kimball Sos Spaghetti Mushroom
- Bahan tambahan seperti ayam, sayur campur, sosej, dan apa sahaja yang korang suka
- Minyak masak
- Sos tomato
- Garam

Cara -cara :

1) Rebus spaghetti dalam air panas sehingga masak. Jangan lupa letakkan sedikit minyak masak dan garam supaya spaghetti nanti tidak melekat. Kacau dan toskan bila spaghetti dah masak.

2) Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

3) Masukkan daging kisar. Tambah setengah cawan air. Agak daging dah masak boleh masukkan bahan-bahan lain seperti ayam, sayur campur atau sosej. Kacau dan tunggu sehingga mendidih.

4) Masukkan setengah botol sos spaghetti mushroom. Gaul sebati.

5) Masukkan 2 sudu besar sos tomato. (supaya rasa masam-masam sikit, enak). Kalau kuah kering boleh tambah lagi sedikit air ya.

6) Akhir sekali masukkan sedikit garam. Gaul sebati dan tadaaaa siaplah kuah spaghetti)

~Selamat mencuba~


5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

baru masak hari minggu lepas...hi hi hi...

Ismi Ana said...

Eh? Cam same pulak resepi kita kan kak sha. Haha

Sha Purple said...

Farah Waheda Wahid : waaa dapnya. hee

Ismi Ana : eh sama eyh ana. haha tak perasan. geng la kita enn =)

Cik Umie Artoqiemie said...

saya pun sama ngan farah waheda, baru masak hari minggu lepas jugak. syukur sedap haha. 1st time try..

cikmisi leen said...

wahh .. sodap tuhh.. hehe ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...