Nak Belajar WordPress?




Assalamualaikum...

Tahukah anda bahawa jika anda mahir mengunakan WordPress anda lebih mudah mendapat projek di platform freelance?

Wordpress bukan sahaja platform untuk blogging, ia kini di gunakan untuk pelbagai tujuan. Daripada laman web syarikat hingga portal e-dagang yang canggih.

Jika anda mahir mengunakan wordpress anda boleh dapatkan banyak projek yang berkaitan daripada penulisan isi kandungan, penterjemahan, installasi, reka bentuk & bermacam lagi.

Dengan mudah anda boleh menjana ratusan dolar setiap bulan.

Kami ingin memperkenalkan kepada anda laman web terbaru kami iaitu KolejCyber.com, di situ kami ada menyediakan kursus online untuk belajar mengunakan wordpress.

Untuk tempoh terhad, kursus wordpress ini kami tawarkan potongan harga sebanyak 40% dari harga jualan asal.

Modul kursus ini mengandungi 33 video kursus dalam kualiti HD.

Untuk melihat apa yang di tawarkan dalam modul kursus sila ke laman berikut:

Terima Kasih


Arjuna Beta by Fynn Jamal



Jatuh hati sangat dengan lagu nie. =)


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


Perbezaan Lelaki dan Perempuan



Assalamualaikum...

Sumber dari facebook....

Realiti kebanyakannya macam tu kan girls. tak baik tau.

Cakap yang baik-baik, buat benda baik-baik, InsyaAllah kehidupan akan lebih baik. 

Susah nak cari kawan yang betul-betul kawan. 

"Kita mungkin terlepas di dunia tapi akan terlepas kah kita di akhirat nanti. Allahuakbar."

Sedikit petikan daripada video Wardina,
"Apa saja masalah, kita sedih, runsing, gelisah, busuk hati, dengki, PENAWARNYA ADALAH AL-QURAN. Penawar segala penyakit didalam dada"


# masih menanti khabar berita tentang pesawat MH370. Manalah kamu sayang. Teruskan berdoa wahai rakan-rakan. #


MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah



~klik banner unutk join~

MiniGiveaway ni bermula harini 24 Mac 2014 sehingga 28 Mac 2014Pemenang akan di umumkan pada 31 Mac 2014. Insyaallah..Jom ramai-ramai memeriahkan MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah!


Masa untuk mengemas dapur


Assalamualaikum...

Happy sabtuday semua. Hari yang sangat sesuai untuk mengemas. Al kisah kejadian semalam, nak masak masa tu, so nak ambil periuk yang disangkut kat dinding tiba-tiba........................
...............................................................................
pom pangggggggggggggggg pom panggggggggg...........
boleh pulak periuk yang lain turut jatuh sekali. Kelam kabut aku nak menyambut. Ada yang tak sempat sambut terus jatuh ke lantai. T_T to bad. Suami pun terkejut terus bergegas ke dapur. Mungkin tersalah step sebab periuk bertindan or masa nak ambil periuk tu fikiran aku ke lain. dreaming. haha. Tu la lain kali fokus. fokus. Sebab tu jugak kadang-kadang terhiris jari sendiri. T_T 

So tugas hari ni terpaksa kemas balik dapur sebab ada minyak dah tertumpah dekat dapur tu. Semalam lap je mana yang boleh. Hari nie kasi rendam alas yang kat dapur tu. 


Sebenarnya everyday akan kemaskan dapur tapi biasa-biasa je. ekeke. 
Tapi takde la seteruk macam dalam gambar tu. Sambil masak sambil basuh kan senang.

Sekarang dah nampak kemas sikit. blink blink =)


i-city Shah Alam



Assalamualaikum...

Hari ni nak share beberapa keping gambar yang sempat diambil di i-city beberapa hari or bulan yang lalu. Ewahh teringat kembali kenangan awal-awal bercinta dulu. Dulu nak masuk free lagi tapi sekarang dah berbayar. Kalau nak senang parking aje kat luar pastu jalan kaki. Exercise sikit. Dah biasa dah. ekeke. Jangan pulak buat bayaran untuk pejalan kaki udah lerr kan. 

Jom cuci mata. Entry bergambar...








Red Carpet yang menempatkan beberapa patung lilin yang terbakar dulu. 

Sekian untuk hari nie...

p/s : pihak nuffnang ada call untuk join event kose beauty product khamis nie. tapi tak dapat nak join. T_T


Komisen Kelapan JobDiRumah



Assalamualaikum..


Alhamdulillah dapat komisen kelapan dari Job Di Rumah. Syukran.




Sesiapa yang berminat nak buat kerja sambilan dari rumah boleh la klik banner kat bawah nie. =)


atau

Klik Sini

Info menarik :



Pray For MH370



Assalamualaikum...

Misteri kehilangan kapal terbang MH370 masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini. Pelbagai spekulasi dan andaian dari masyarakat tersebar meluas. Pesawat hilang dengan sekelip mata. Allahuakbar. Turut bersedih atas kehilangan MH370 . Diharap keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan hati untuk menghadapi sebarang kemungkinan. 

 Pelbagai usaha masih giat dilakukan dalam membantu pencarian pesawat yang hilang sehingga kini masih belum ditemui. Ramai juga berpandangan supaya melakukan pencarian secara islamik. Segerakanlah. Sesunggahnya Allah maha mengetahui segala yang terjadi. Secanggih mana pun teknologi jangan lupa pada kuasa Allah. 

Doa, usaha dan tawakal. Mari sama-sama kita doakan supaya diberi jalan dalam usaha mencari pesawat beserta penumpang yang hilang dan segera dijumpai. Semoga semuanya selamat. 

"Ya Allah....

Jika dilaut, TIMBULKANLAH

Jika di langit, TURUNKANLAH

Jika di darat, TUNJUKKANLAH

Amin ya rabbal aalamin..."


Mesej dari Beijing untuk MH370

"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.
Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.
Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.
Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."

p/s : Dugaan...Kemarau berpanjangan, jerebu, kebakaran hutan-hutan, misteri kehilangan pesawat MH370. Allah..

Happy Birthday March Babies

Many thanks Tonton Team...cute tahu.

My birthday on 1 march sekarang dah 8 march..kikiki

Paling bermakna tahun ni dapat sambut bersama suami, family and family mertua. much love <3

Thanks all...

xoxo

Cek pertama dari NUFFNANG dan tips untuk cash out

Assalamualaikum....

Alhamdulillah rezeki dengan berblog. Sambil berblog sambil jana pendapatan. Siapa cakap blog ni buang masa. Kebanyakan orang sekarang suka berblogging. Sampaikan masa interview pon ada juga sentuh tentang blog. InsyaAllah kita sampaikan yang baik-baik, fikir yang baik-baik, yang datang pun insyaAllah baik-baik saja. 

Bulan lepas dapat cek pertama dari NUFFNANG. Excited tau. Terima kasih encik nuffnang. Alhamdulillah masih setia dengan nuffnang. Walaupun ramai orang dah curang dengan nuffnang tapi tak pe saya masih lagi nak setia dengan nuffnang. ehehe. Nuffnang pun baik hati sekarang nie. 

Surat dari nuffnang

Tips cash out nuffnang

Ok sekarang nak kasi tips sikit masa yang sesuai untuk cash out duit nuffnang. Bila duit dah cukup untuk cash out tunggu dulu. For me, tunggu sehingga betul-betul hujung bulan baru cash out. Itu lah masa yang paling sesuai untuk cash out. Ada juga research juga dulu sebelum nak cash out. Sebabnya pihak nuffnang akan proses payments 30 hari dari setiap hujung bulan. Jadi mengambil masa selama sebulan untuk proses pembayaran. 


Contohnya saya cash out hujung bulan 12 tahun lepas. Bulan 1 masa untuk mereka proses. Awal bulan 2 dapat cek. So kumpul dulu hingga hujung bulan baru cash out. okay? =)

dah selamat diterima...

tatatititutu...


Kisah BOLA HITAM DAN BOLA PUTIH




Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu
kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia tak ada basikal.apa tuan tak segan?"
Lantas si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak
payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih" Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?" "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je." Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih. Masa berlalu.kemudian si anak masuk Sek.Rendah.

Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je.". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak. Kalau boleh papa beli lagi k. tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram. walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih. 

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru. Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu.Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu". Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. 

Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu.hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa. "terima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih" Masa berlalu.Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.

Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3, 2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih. 

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri! Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu.huh.sampai awek anak aku pun tanya.bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!! Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagi, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anaknya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya. 

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk bersiar-siar. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh dukacita) : "Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik." Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya.tidak berhati hati semasa memandu." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia.akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya.

Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih" "Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.sehingga kamu sering kesepian.maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik." Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudahtepat. 

"KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU. ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?" (anda semua pun ingin tahu kan?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba.... "sebabnya....saya....saya.....saya...." Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih. 

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape.

HA..HA...HA..HA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...