Batu Ferringhi, Pulau Pinang



Assalamualaikum...

Babai 2013 and welcome 2014. 
Ramai rakan blogger update aktiviti2 sepanjang tahun 2013 tapi aku baru nak update pasal percutian singkat. Banyak lagi yang tertangguh sebenarnya. Bulan 12 paling best sebab banyak aktiviti dilakukan bersama family. best tak hengat. Entry kali ni panjang sikit tau.

Beberapa minggu lepas weolss balik Kedah rumah family. Yelah dah rindu sangat dengan family. Suami pon bawak la budak manja nie balik jumpa family. Dah balik rumah tu tiba2 family ajak jalan2 yela cuti sekolah adik2 tak dapat pegi mana sebab mak pun tersangat sibuk kat opishh. Makanya plan jalan2 kat Pulau Pinang. Lama tak turun penang. Alang2 leh bawak suami jalan2 penang. pestime. kekeke.

Ini den nak ceqita punya la panjang perjalanan nak ke penang macam dari kedah nak ke kola lumpoq. haha. Selepas 3 jam, dalam kul 11 pagi macam tu kami bertolak dari rumah. Dah nak masuk penang, tudia banyaknya kereta atas highway tu. Ramai gila orang nak pi penang. Memandangkan hari Jumaat and dah tengah hari time tu. Kami pun belok kiri menuju ke masjid seberang jaya ke apa tah yang kat highway tu. memang dari dulu selalu singgah situ. Laki semua solat jumaat dulu kami pulak yang perempuan tunggu dalam kereta je. Panas terik masa tu. Dah selesai semua kami teruskan perjalanan. Nak naik jambatan banyak sangat kereta macam tak bergerak2. Kami pun naik la feri. Nak tunggu turn naik feri pun lama jugak. Ada dalam dua jam lebih kat situ. Bayangkan dengan panasnya aircond pulak buat hal kepala pun mula berdenyut2 dengan lapar lagi. memang hah. Bila dah dapat naik feri leganya Alhamdulillah. 

Tengok air laut cari obor2

Sampai kat Pulau Pinang tu pun dah petang singgah kat Masjid terapung dulu.

SubhanAllah...

Memula plan nak jalan2 penang and petang baru singgah kat batu ferringhi tapi sampai pun dah petang acanew. Baju salin kitorang semua bawak ja kowt2 nak mandi pantai. Abah decide tak turun batu ferringhi sebab dah lewat, pegi dekat pantai dekat2 ngan masjid ni ja. So kami pon ok la ok la. haha. Dah gerak tu tiba2 tengok eh kereta abah kat depan tu berdesup tak stop pon kat tempat abah cakap tu. Pastu cakap kat suami ni jalan nak pi batu ferringhi nie. yeayyy. Abah tukar plan. 

Big boss. Rilek ja abah layan kerenah anak2.

Petang2 nak dekat maghrib tak sempat nak mandi pantai. Alahai kesian. Abah decide lagi nak tido situ esok pagi kami leh mandi2 dengan puas. Cari chalet dekat2 situ kebetulan ada dua bilik lagi kosong. chalet lain semua dah full. Satu bilik RM150. Kami amek dua bilik. Rehat2 jap makan isi perut dulu pastu malam jalan2 kat night market. Ingat lagi dulu lepak ngan kawan2 kat batu ferringhi memang best sangat2.

Bergosip. Boleh tengok details chalet kat situ. Murah2 jugak watersports dia. 

Esok pagi mak abah balik dulu sebab ada kenduri banyak tinggal kami kat sini nak mandi pantai puas2. Ni antara hajat aku yang tercapai untuk tahun 2013. Terima kasih semua. Pukul 8 kami turun ke pantai. 

Keciknya kami. Seronok dapat mandi pantai. Rasanya kami antara paling bising kat situ sampai ada satu masa tu usik adik sampai semua orang tengok. ngaa.

Cantik kan gambar dari camera fon adik. tak yah edit2 dah. 

Kami naik donut kuning tu la. Abang tu cadangkan naik ni sebab lagi ekstrim dari banana boat. nak jugak rasa. Dapat seorang RM20. kalau tanya yang lain mahal RM40. Maybe sebab dah duduk kat chalet dia kowt. Aku, suami ngan adik laki duk belakang yang lain duk depan. boleh buat macam2 gaya. nak duduk berdiri boleh. Pergh memang ekstrim weh. Macam nak tercabut tangan pegang, laju gila bawak. Dah sampai lenguh2 tangan kaki. Adik2 cerita depa lagi lawak. tapi tak nak cita sini. HAHA. Esok lusa teruih lenguh kaki ngan tangan. Tapi best la. Tapi kalau naik banana boat best boleh jatuh tengah laut tu. Naik yang ni last2 kami terjun sendiri. Dah puas mandi naik chalet siap2 nak check out kul 12. Pastu teruih balik umah. Oh lupa singgah dulu padang kota pekena pasemboq baru senang hati nak balik. Masing2 pengsan dalam keta letih ya amat. Kesian suami drive sorang2. Pastu aku pon bangun teman sebab terkejut. haha.

Dua orang bodyguard kami. Jaga-jaga.

Sekian percutian singkat di Pulan Pinang. Banyak lagi nak update. tunggu turn. Terima kasih mak abah suami bawak kami semua jalan2. kami semua memang kaki berjalan. =)

~Jaga lisan jaga hati~


Simple Giveaway by Izzati Amira




Simple Giveaway by Izzati Amira !!
Tamat : 22 Januari 2014
Klik Banner Untuk Join! Sekarang !! Hadiah menarik untuk para gadis di luar sana sedang menanti!


Selamat ulang tahun sayang. Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Pantas masa berlalu sedar tak sedar dah cukup setahun usia perkahwinan. 
Masih lagi tak percaya yang diri nie dah bergelar sebagai isteri.
Besar tanggunjawab yang harus dipikul. 
InsyaAllah mengejar untuk menjadi isteri yang solehah.

Dulu belajar satu kelas lalui dugaan study bersama2. Susah senang kami harungi bersama. Ada yang cakap relation satu kelas tak boleh go. Tapi kami buktikan juga yang relation satu kelas boleh go. Nak dengan tak nak je, yang penting niat di hati. Walaupun banyak dugaan, kami lalui dengan tabah. Alhamdulillah Allah berikan kami kekuatan hati untuk tempuh segalanya sehinggalah sekarang kami bergelar suami isteri. Terima kasih ya Allah. 

Dear husband, terima kasih kerana sudi menjadikan syg sebagai isterimu. Terima kasih sentiasa menjaga, menyayangi diri ini sepenuhnya walaupun perangai syg agak pelik. Besar pengorbananmu. Semoga hubungan kita kekal bahagia membawa ke syurga. 


"Selamat ulang tahun abang. 
I love you so much my husband.
Setiap saat sentiasa merinduimu."

Hope next year our dreams will come true =)
Sesungguhnya Allah sebaik2 perangcang.
Doakan kami

241212 - 241213
Anniversary for 1 year.


segmen: saya sayang blog saya

Assalamualaikum..

~Klik banner untuk join~

Jom meriahkan segmen ni sambil tu boleh blogwalking. yeah i love my blog. cewahh

Terkejut tengok facebook

Assalamualaikum...

Morning. ceriakan pagi anda dengan senyuman. 
Pagi nie terkejut sangat tengok2 fb kenapa banyak sangat angka nie.
Friend request tiba2 naik mendadak jadi 700 lebih. 
Jenuh nak approve macam nie. sorry jakun tak pernah sebanyak macam nie.

Korang ade tak tiba2 jadi macam nie. ke fb aku problem?aishh..

apa kes citer fb masuk kat sini. biaq pi. HAHA
Setahu aku dulu la sejak2 kes fake, aku dah jarang nak approve orang tengok pon buat macam tak nampak je. Konon pasqah tu. Sorry semua bukan saja2. Aku jenis tak approve orang suka2 hati. Bahaya ooo sekarang nie macam2 boleh jadi. Harap perkara macam tu tak berulang lagi. Kasihani lah aku. 



Sekian leteran daripada aku di pagi hari. 

Jom join segmen. Klik SINI.


Senarai Peserta Segmen Bloglist by Sha Purple

Assalamualaikum...

Jom check senarai peserta yang join Segmen bloglist sha purple. Boleh la blogwalking dan tambah kenalan antara satu sama lain. Yang mana belum join jom join jom. Segmen ni akan tamat pada 31 Dec 2013. Klik je kat SINI kalau nak join..jom ramai2 join tau..Selamat bersegmen dan terima kasih sebab support segmen sha..

  1. Cik Ungu
  2. Noor Suraya 
  3. Fiesya
  4. Hanis Nabilah
  5. Nur Inani
  6. Eydafaizal
  7. Nabila Rahman
  8. Shalimar
  9. Sya Nadia
  10. Aryssa Najwa

Segmen Bloglist by Sha Purple

Assalamualaikum...



Seperti yang dijanjikan dari entry2 lepas hari nie sha nak lancarkan segmen bloglist. Segmen kali nie sangat mudah untuk korang join. Sambil2 tu boleh tambah kenalan dan blogwalking. 

Semua yang join segmen nie sha akan letak dalam bloglist selama dua bulan. Kalau korang nak letak blog sha dalam bloglist korang lagi bagus. hehe
Harap segmen ni mendapat sambutan..jemput join semua =)

Syarat-syarat :

1) Follow blog Sha Purple.. Sha akan follow korang balik.
2) Copy banner dan linkkan ke entry nie...Boleh copy kat SINI
3) Buat entry "Segmen Bloglist by Sha Purple".
4) Tinggalkan URL entry anda ke dalam ruangan komen entry nie.


Nanti sha akan senaraikan semua yang join untuk korang blogwalking dan folow2 rakan yang lain.

Semoga segmen nie dapatlah korang menambah kenalan dan ilmu dari blogger lain.

Jom join semua memeriahkan suasana... =)


MommieSafiyyah's 1st Anniversary Giveaway!

Assalamualaikum...

~Klik banner~

"Saya sangat berminat nak cuba produk B Complex Shaklee kerana untuk mendapat kesihatan yang baik"



Title sidebar dah cantik sikit....

Assalamualaikum....

Ada nampak apa2 perubahan tak kat blog nie?Korang yang selalu blogwalking blog titeww mesti perasan kan...jawab je yea nampak. walaupun tak perasan. mihmih.

Hari nie tiba2 rasa nak edit blog. teringin pulak nak buat sidebar corak2. Cari punya cari tutorial. Try and error. Pherghhh memang menjuling mata aku. cara nie tak jadi. cara tu tak jadi. Last2 fikir logic letak coding ni sikit coding tu sikit. hah kau. Alhamdulillah jadi jugak. Tak sia2 mencuba.

Mula2 edit gambar pakai png format kat photoshop. banyak kali jugak try nak dapat sampai puas hati..Mulanya nak buat full border sidebar. tapi tak menjadi. Buat title sidebar pun jadi la.

and the final result...tadaaaa...

....................

......

purple k purple


Doodle Ketiga Sha Purple !

Assalamualaikum...

Doodle ketiga with separuh badan. 

Ouh banyak lagi kena belajar nie.

Minat makin membuak2. Sabar jela. HAHA...


yang hello kitty tu ingat nak buat sebagai watermark. hehehe..kena adjust bagi kecik sikit.

apa ke peliks badan gituw. 


Doodle kedua Sha Purple !!!

Assalamualaikum...

Ni doodle kedua baru siap tadi..

Terus buat untuk shout box. ehehehe..

Serius best main lukis camni. 

Nak lukis pakai pakai tangan memang tak da seni langsung. 

Ni guna photoshop cs3 tau...

Tadaaa... tu tak tau la topi ke ape. hehe


My fisrt doodle !!! purple pink

Assalamualaikum...

Tadi saja blogwalking tetiba terjumpa ada cik adik manis update tuto lukis doodle.
hah apa lagi aku pon macam best je nak try la.
tuto macam senang sebab before ni pernah jugak try tapi tak jadi. 
Maybe dengan semangat yang kuat. 
Dah lama sebenarnya tak pakai photoshop nie. hehe...

Banyak kali jugak edit bentuk muka bagi nampak ok. tapi dia tak tunjuk camna nak lukis kening hidung mulut. alamak..aku pun hentam je la. 

So, ni la hasilnya...tadaaa...

ni yang first pastu edit tudung lak..
yang ni ok sikit kowt. 

saya budak baru belajar. banyak lagi kena belajar. macam best lak bila dapat lukis. hehe

Belajar buat doodle kat SINI.


Bubur nasi gaya Mr Arrogant

Assalamualaikum....

Bila mood nak makan menggila. 
Perut pulak meronta2 mintak di isi sampai bergegar2.
Makanya dalam kepala hanya satu....

"nak makan bubur nasi...bubur nasi..bubur nasi"

sebabnya makan la apa pun kalau tak dak nasi tak sah aku nie. cepat pening. what the pity. memang faveret aku jugak bila lapar nak senang makan bubur nasi.  dulu ada jugak buat tapi jarang sangat. nak tunggu punya lama masak pun.

Makanya aku pun start masak bubur. sambil tu duk pikiaq camna cara paling cepat nak masak bubur nasi nie. memang dah meronta2 kelaparan. tak leh tunggu dah. google sat. ada yang cakap suruh lenyek2 nasi tu. aku try tapi hahhh macam susah ja. sebab air tak berapa nak kering dah lenyek2 memang la tak jadi. 

So aku terfikir eh pernah tengok Mr. Arrogant kisar nasi tu masak untuk zara masa sakit. tak salah aku macam tu la. boleh cuba nie. walaupun agak eyeeerkkkk. pedulikkkk. aku yang nak makan bukan orang lain. HAHA. Bila nasi dah lembut, aku pun kisar la pakai blender. tapi jangan sampai hancur semua. sikit2 ja. Lepas tu masuk balik dalam periuk tambah sikit air panas ikut suka nak cair ke pekat ke. ikut selera masing2. serius senang sangat.  tak yah tunggu lama2. Tak tau la kalau ada orang lain guna cara ni jugak kita boleh geng. hihi. 

Aku buat bubur plain ja dengan ikan bilis. Kalau nak sedap lagi goreng ikan bilis pastu letak kicap and cili padi sikit. dah siap. asyikkk.

Siap la bubur nasi gaya mr arrogant. tak pasal2.


lebih kurang macam nie. pic credit to rasa karangkraf.

Paling best bubur nasi pernah aku makan dekat sidewalk sek 7 shah alam. macam-macam ada dalam tu. bila demam ja selalu suruh suami bawak makan bubur kat situ. berpeluh makan. 

Nak resepi bubur nasi boleh ke SINI.


simple giveaway by Love Cathy Doll

~Klik banner~

simple giveaway nie mencari 3 orang pemenang.
pemenang dipilih berdasarkan random.org.
tiada unsur pilih kasih ye uolls. :D

DAN senarai hadiah...

pemenang pertama:
1 product cathy doll, boleh pilih sendiri hadiah yg korang nak +
1 produk cathy doll yg dipilih oleh owner sendiri.
senarai barang ada di page Love Cathy Doll ye loveliess. :)

pemenang kedua: 
2 maxi dress tajaan ZuraOnlineShopping + 2 obuse liptint

pemenang ketiga:
1 maxi dress tajaan ZuraOnlineShopping + 1 obuse liptint

20 Nov-30 Nov 2013 


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je

Assalamualaikum...

Macam best je segmen nie macam best je. ate kite pun nak join jugak la. Saja seronok2. hehehe. Korang nak join pun boleh jejom la memeriahkan segmen Mak Dara nie.

Klik banner if nak join

1) Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE (utk wanita)/  Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM HENSEM JE MACAM KACAK JER (utk lelaki)
2) Tak Perlu follow Blog Meroyan Mak Dara ni.. Tapi kalau sudi dengan rela hati Mak Dara tak halang hehehe
2) Tepek header Mak Dara dan linkkan ke blog ini.
3) Berikan sekeping gambar yang memperlihatkan gambar anda , anak anda , kawan kawan anda atau ahli keluarga anda yang cantik yang comel, yang hensem dan yang kacak itu. Kalau boleh dapat serlahkan ke arah mata tu ye kalau takde pon takpe hehehe"
4) Lepas siap tinggalkan url link di ruang komen dibawah ye..

kita letak gambar nie. HAHAHAHA.

Tips Menghilangkan Jerawat dengan Mudah Senang dan Berkesan.

Assalamualaikum...

Tengah orang duk sibuk-sibuk dengan misteri Villa Nabila nie, aku pulak duk sibuk google tips nak hilangkan jerawat. ciss boleh pulak jerawat kemain besar singgah kat muka nie. Itu la lain kali dah keluar tu balik rumah terus cuci muka yea. jangan nak kejap2 sangat. ni makan dia. haha. 


ok dah jumpa tips nak share jugak kat sini. Aku memang suka cara tradisional sikit. Janji senang dan selamat. yang aku jumpa pun senang. Ada yang kena campur bahan2 lain tapi nak yang simple jugak. hehe. Korang boleh la try jugak. Maybe korang dah tau kowt tips ni. Ada 3 tips nak kongsi kat sini.

Cara menghilangkan jerawat :

1) Limau nipis 
- Banyak kegunaan sebenarnya limau nipis nie. Nak hilangkan jeragat pun boleh. Nak try la.
- Caranya mudah saja. Potong limau nipis, perah dan amik air perahan limau nipis tu sapu kat tempat jerawat. Kalau tak nak perah sapu ja terus kat muka pun boleh. Biar dalam 30 minit dan sampai kering lepas tu cuci. haa senang kan. 
- Untuk hilangkan jeragat boleh buat limau nipis ni sebagai masker muka. 

2) Ubat gigi
- haa jangan tak tau ubat gigi pun boleh digunakan untuk hilangkan jerawat tau.
- yang ni memang selalu jugak aku amalkan. 
- Amek ubat gigi sapu ja dekat jerawat tu sebelum tidur. bangun pagi basuh. Yang ni memang best. 

3) Putih telur
- cara nie belum cuba lagi tapi korang try la jugak yea.
- Amek putih telur letak dalam bekas. 
- Kemudian letakkan kapas dalam putih telur tu dan apply kat jerawat or muka. Biar sampai kering pastu tarik kapas dan cuci muka.
- Putih telur pun boleh digunakan untuk mencantikkan dan menegangkan kulit. Apa yang aku google la. hehe.

Ok setakat ini saja tips dari kak sha untuk hari nie. Selamat mencuba yaa. =)


Happy me !!!

Assalamualaikum...


Semalam mood kelaut tapi hari nie mood kedarat. eh. happy la. Mana taknya check nuffnang tengok earning bertambah sampai bulat2 biji mata nengoknya. Alhamdulillah walaupun tak banyak mana tapi tetap syukur. Terima kasih nuffnang. 

Hari nie pun rajin nak blogwalking and follow2 blog orang. Ada lagi yang tak sempat nak follow sebab internet terlalu slow berjanggut nak tunggu loading pun. hah kau. Maafkan saya. Tunggu ya. Nanti sha follow uolss. 

And yeah paling happy sebab dah dapat solution camna nak buat scrollbar kat blog archieve. Bulan nie rajin up entry so dah jadi panjang and nampak tak cantik. Ingat tak semalam ada update tak tau camna nak buat. Selagi tak jumpa solution selagi tu tak puas hati. tutorial semua sama ja just html baru ni lain sikit. belek punya belek rupanya ada lagi coding yang tersembunyi di sebalik dinding. haa camna tu. patut la tak jumpa. Akhirnya dah setel. yeay. 



Pengunjung blog......

Assalamualaikum...

Hari nie memang hari yang sangat membosankan and very not in mood. 
oh kemon sha. wake up. jangan malas sangat.
Makanya aku mula gatal tangan nak menaip sikit pun jadi la. kihkih.
godek-godek pageviews blog, rupanya pengunjung blog aku datang dari pelbagai negara.
~welcome to my blog~


Thanks for reading guys =)

p/s : Boleh komen if ada kekurangan blog, loading lama ke, serabut tengok ke, lagu tak best ke. Silakan. Boleh betulkan mana yang patut. Tengah belajar camna nak buat scrollbar kat blog archieve. html baru fenin sikit. Ada rakan blogger nak tolong tapi tunggu dulu, dah terdesak sangat nanti sha hello2. thanks dear =)
sapa ada tutorial hello2 sini pliz ><

Segmen Blogwalking November Disember By Kinah


~Klik Banner~

Ketahui waktu subur wanita untuk hamil

Assalamualaikum...

Ramai di kalangan wanita yang keliru untuk mengira waktu subur.
Termasuk lah aku awal2 dulu. tsk tsk.
Mungkin entry nie agak sensitif tapi nak kongsikan jugak sebab senang nak refer balik. 
Terjumpa article ni dan mudah nak faham.
50/50 jugak nak share ke tak nak. hehe.
Ada jumpa jugak kalkulator kira waktu subur. Akan di share nanti.

waktu subur wanita
Oleh : Dr. Azwan
Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
Fahami Kitar Haid
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.
Waktu Terbaik
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.
Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
Cara Lain Mengetahui Waktu Subur
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.
Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Cara Jadi Isteri Yang Baik - Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum...

Salam jumaat.
Jom tengok video nie dari Ustaz Azhar Idrus.
Cara jadi isteri yang baik.
sama-sama kita berdoa semoga kita menjadi isteri yang solehah dan baik kepada suami.
Insya'Allah.




Eh eh ada orang buat entry pasal blog kita la !


Assalamualaikum...
Ada one day tu tengok shoutbox ada rakan blogger chat suruh tengok blog beliau, ada blog kita katanya.

Maka dengan lajunya aku pun terus serang blog beliau. Blogger Purple Leya.
Baca satu persatu. Semangat!

Yang pasti beliau pun antara penggemar warna ungu. 
Tengok theme blog pun dah boleh agak. Kita geng. =)

Dalam entry tu, dia ada senarai 5 blog kegemarannya. Terima kasih Leya. 
Me so terharu ><

Boleh tengok kat SINI

*saja bg small size. bahaha.

*terasa macam nak kumpul blogger purple la. mihmih.

Program Pay Per Click (PPC) jana pendapatan lebih

Assalamualaikum..

Repost kerana minggu lepas web program ini ditutup atas masalah server.
Kini mereka kembali online dan berjalan seperti biasa.

Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang disertai?
Di IklanSticky.com, kami sedia membayar komisyen  tanpa pelawat membuat pembelian. Komisyen anda akan bayar komisyen berdasarkan beberapa klik yang anda berjaya kumpul dalam sesuatu kempen. Kami namakannya program Pay Per Click (PPC). Hanya dengan KLIK kita dapat duit. Senang kan. 
Kenapa Anda Patut Sertai kami?

Kami adalah platform PPC yang paling sempoi dan paling mudah menolong anda menjana pendapatan di internet sebagai seorang agen Iklansticky.

Berapa komisyen bakal saya dapat nanti?

Komisyen anda adalah dikira berdasarkan kategori komisyen per klik yang ditetapkan oleh IklanSticky. Komisyen anda akan bermula dengan RM0.15 per klik hingga RM0.015 per klik, berikut merupakan jadual bayaran komisyen mengikut bilangan klik dalam satu bulan :


* Minimum kelayakkan cash-out adalah 100 klik atau bersamaa RM15.00. Klik yang kurang dari 99 dibenar bawa ke bulan berikut dan berkumpul sehingga kelayakkan tercapai . ** Maksimum pay-out untuk sesorang agen adalah RM250.00 per bulan.


Berikut adalah cara pengiraan komisyen berdasarkan klik dan komisyen per klik :


Apa yang best?

Boleh share di blog sendiri or blogwalking, wall facebooK, facebook page dan sebagainya.

Sesiapa yang nak dapat duit lebih, jom DAFTAR FREE KAT SINI.

P.S. IklanSticky adalah satu platform yang membekalkan maklumat berinformasi serta peluang menjana pendapatan melalui program PPC. Sila maanfaatkan peluang ini untuk meningkatkan pendapatan berpanjangan anda. Bahkan kata “sikit-sikit, lama jadi bukit”.


Giveaway Nov bersama Hunyeda


~Klik Banner~

Tag

Keputusan FIRST Giveaway by Sha Purple

Assalamualaikum...

Dengan ini saya mengumumkan pemenang bagi 1st GA saya dengan menggunakan random.org

Harap semua berpuas hati.

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih banyak2 sudi join ><
Lepas ni join segmen saya pulak yea. hee.

Boleh rujuk senarai peserta kat SINI.

1) Hadiah misteri x 2



2) Topup RM5 x 2



Pemenang boleh pm detail beserta link ulr ga korang kat SINI.
Hadiah yang tidak dituntut akan terbatal. 


Mini Giveaway #1



~Klik Banner~

Giveaway Small Star


~Klik Banner~

November Giveaway by Cik Yaya


Nak Join? Meh Klik Banner.

Senarai peserta FIRST Giveaway by Sha Purple

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 31 Oktober lalu tamat sudah First Giveaway by Sha Purple. Hari nie baru dapat update senarai peserta. Maafkan saya. Hujung mingguku adalah masa untuk family. hee. Terima kasih kepada semua yang sudi join GA saya. tqtqtq=) Esok 5 November akan diumumkan nama pemenang.

Sila check. Insya'llah lepas ni nak buat segmen pulak. =)
  1. http://l-e-a-w-e-s-o-m-e.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  2. http://nysachubby.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  3. http://doubleclickplease.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  4. http://blogcikwan.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  5. http://colourfulofainilife.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  6. http://sayangsyeeda.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  7. http://afiqah220511.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  8. http://chocollyheart.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  9. http://munirah-serupasama.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  10. http://storystorynadya.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  11. http://ciksiputsoda.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-shapurple.html
  12. http://hairuliza-anakku.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  13. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html
  14. http://izzam4eva.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  15. http://rienna-mishcandy.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  16. http://umikasum.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  17. http://azizmas.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  18. http://www.cikfie.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  19. http://superpilotwoman-atiqah.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  20. http://ainnadia2.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  21. http://theonlydaughteroflee.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  22. http://lipspinkluvie.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  23. http://ciktietieee.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  24. http://ceritacikyatt.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  25. http://shapurplegirl.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  26. http://ierahluvie.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  27. http://activediary.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  28. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  29. http://storyainull.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  30. http://lienliedot.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  31. http://farah-wahidah-blog.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  32. http://princessdelliza.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  33. http://schomells.blogspot.com/2013/08/first-giveaway-by-sha-purple.html
  34. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-by-sha-purple.html
  35. http://orchidsnickers-1108.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-by-sha-purple.html
  36. http://princesskawaiigurlzz.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  37. http://lucudanlawak.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  38. http://mamadarwiish.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  39. http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  40. http://www.sigadismerah.my/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple_24.html
  41. http://inameowmew.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  42. http://bluepinkiey.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  43. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  44. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  45. http://syafikaatilialadyboss.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  46. http://www.syuhadasalleh.my/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  47. http://lalazarryn.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  48. http://ainananamirah.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  49. http://niyhblograudha.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  50. http://hafiznur.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-sha-purple.html
  51. http://karyamahirah.blogspot.com/2013/07/first-giveaway-by-sha-purple.html


Nuffnang : CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

Hati berbunga-bunga tatkala banyak iklan nuffnang berlegar-legar kat blog aku. macam syok ja macam syok ja. hehehe. Special thanks kepada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa nie ><


p/s : tak tau nak update apa sebenarnya. oh !

SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST


~KLIK BANNER~

Giveaway Me & My Family 2013


~KLIK BANNER~

Mini Giveaway By Nabila Medan


CLICK BANNER!!

Kelebihan amalan doa Bismillahillazi

Assalamualaikum...

Hari tu ada terbaca tentang kebaikan doa Bismillahillazi dekat surau office. Tergerak hati untuk share juga kepada rakan2 semua. jom sama2 kita amalkan. Insya'Allah.

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...