Resepi tomyam pekat dan sedap

Assalamualaikum..

Hari nie nak share sikit resepi tomyam yang pekat dan sedap. boleh gitu. Kalau dulu buat tomyam mesti cair and tak berapa best macam kat kedai. Tapi  habis jugak family aku makan. haha. Sorry to say family aku memang hantu tomyam. Aku ngan adik aku paling hantu tomyam. Punya la pikiaq camna nak sedap macam kat kedai. Seriously nak tau resepi. Tup tup hari tu ada baca satu email kongsi resipi tomyam, macam menarik, makanya aku pown try lah. Menjadi macam yang aku nak. Suami pun puji cakap best. Ini lah yang aku nak! yeay. so nak jugak kongsi kat sini. Tapi biasa la aku suka ubah sikit resepi ikut sukahati aku, tak yah ikut sangat 100%.  Beletiaq panjang2 pun tak guna. jom tengok resepinya...



Bahan-bahan (4 orang makan) :

- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5/6 biji cili padi (Depends nak pedas ke tak)
- 3 batang serai
- 5 helai daun limau purut (letak 2 pon dah ok, aku suka letak banyak, hehe)
- 1 batang carrot
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- Lengkuas
- Bahan2 isi seperti ayam, udang, sotong (letak ja apa yang korang suka)

Cara-cara :

1) Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).

2) Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam.

3) Masukkan carrot.

4) Agak2 carrot dah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang dititik, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili.

5) Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya. Kemudian masukkan tomato dan daun limau purut.


Dah siap tomyam kita. yeay. selamat mencuba! 



9 comments:

Ibu Lala said...

Pagi pagi dah nmpk tomyam ni. Sedapnyaaa.

Salam kenal. Jom singgah blog akk

reyna said...

wahh,,,sedapnyaa

Sha Purple said...

hehehe. terima kasih ibu lala...

Salam kenal jua...=)

Sha Purple said...

hee tenkiu reyna nanti try wat resepi nie..hehe

Hanis Nizam said...

nak akak masak then hanis terus makan. hehe boleh mcm tu?

Sha Purple said...

amboi amboi amboi...haha macam mana pon xpa...hee

ummukhadeeja said...

Nk try..lg pekat kan..tq gud sharing:)

Faizana Fatimah said...

berapa kandungan air die eh??

Norzuryati Mohamad Basir said...

Resepi yang simple, tapi sedap !!
boleh makan ngn nasi, boleh makan ngn bihun..
nak cuba ikut resepi ni la nnt..terliur..

Jemput ke blog saya..

http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian ttg kehidupan, tips kesihatan, tips kecantikan, tazkirah dan sebagainya..
moga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...