Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

DIY kotak lipat baju



Assalamualaikum...


Akhirnya siap pun kotak lipat baju nie...
dah lama duk pasang angan2 nak buat tapi buatnya idok pun...
kali ni betul2 buat punya sambil2 anak pun sibuk nak tolong jugak..hewhew
mencabar betul..

Senang nak melipat pasni..baju pun kemas ja kat almari tu..yay!

banyak tutorial kt youtube..agak2 ja ukuran tu..hehe

kbye nak sambung melipat..k tipu jer..haha

(^-^)

MENANG hadiah dari Maternity & Children Expo



Assalamualaikum....

Alhamdulillah happy sangat hari nie bila dapat notification dekat facebook dari page Maternity & Children Expo bagitau yang aku menang hadiah macam kat bawah nie =)



Dapat Nuby Insulated Sipper Cup & Monster Plate...

Rezeki baby. Banyak lagi contest & hadiah untuk dimenangi. Pi tengok page depa kaih =)

Join jugak event depa untung2 boleh menang Instax Mini 8. nakkk...





Collaborate with ZALORA


Assalamualaikum....

Alhamdulillah diberi peluang untuk bekerjasama dengan ZALORA. Ramai jugak blogger lain dapat collaborate dengan Zalora kan. Tahniah uolss.


Hmm tengok la dapat email dari September lagi. Tapi.......November baru perasan email nie. my bad! Nasib baik mereka sangat baik hati. Thank you sis.

Entri ni la hasil daripada kerjasama dengan Zalora tu >>> How to Wash Reebok Shoes.

Ganjarannya dapat lah voucher shopping dekat Zalora tapi still confius tak tau nak beli dress yang mana satu lagi. hihi.

Thank you ZALORA =)

Alter jubah / dress


Assalamualaikum...

Bila dah ada mesin jahit sendiri ni, nak menjahit apa pun senang. Tak payah susah2 hantar kedai lagi untuk alter baju sendiri. See, dah boleh jimat kat situ.

Setakat ni dekat 3 / 4 helai dress jugak yang berjaya alter sendiri. Tapi kalau ada mesin jahit tepi kemas sikit jahitan tu. Harap nanti dapat beli pulak mesin jahit tepi. Pasang azam. ehehe.

Tak susah pun nak alter baju sendiri. Rasanya semua dah tahu kot macam mana kan. Senang je. Yang penting ukuran tu mesti betul. Labuh sikit tak pe jangan singkat. ekeke.


Ni jubah yang aku alter. Saja bosan-bosan buat sendiri lah. Dah siap jahit semua baru teringat nak tangkap gambar. tskk. Jahitan guna mesin mini ni ok jugak kemasnya. cuma kadang-kadang bila panas or lama sangat dia akan meragam. Sabor jela. haha

Teringin nak masuk kelas jahitan. Kat mana ada yea....

Penantian satu penyiksaan



Assalamualaikum...

Tunggu dari 3 Sep minggu lepas. Tadi dah call pihak poslaju...

Harap esok dapat barang. Tak pernah lambat camni tau. T_T

Tengok date pun salah letak tau. Hari ni baru 9 Sep. Permainan apakah ini?

tskkkk

Please please...laju sikit. ehehe. Kita excited sebenarnya. HAHA.

Kurma dari Felinna Marketing


Assalamualaikum...

Semalam terima parcel dari poslaju. Terkezut jugak mak jemah bila masa pula aku ada order barang. Tengok dari Felinna Marketing. Buka-buka parcel rupanya sebungkus kurma Yusuf Taiyoob. Alhamdulillah 
rezeki bulan Ramadhan. 


Terima kasih banyak-banyak Puan Felinna and team. 

Siapa yang tak kenal dengan Puan Fel. Sangat baik hati dan selalu berkongsi tips perniagaan di facebook. Seorang yang kuat dan berjiwa kental. Tidak mudah berputus asa. Sangat kagum dengan beliau. 

Antara produk keluaran Felinna Beauty

Siapa yang berminat untuk dapatkan produk keluaran Felinna Beauty nie boleh la hubungi kami di :



Thanks DARLIE


Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari nie dah beransur pulih dan sihat. yay. Boleh la update blog. Sebulan sakit, demam dah ok, batuk pulak. Dugaan. Perubahan cuaca maybe. Musim panas mai dah. Apa pun syukur Alhamdulillah. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. 

Dapat pulak surat dari DARLIE nie buatku tersenyum seketika. ehehe. Menang voucher dari Rakuten and L'Occitane. Pernah join contest untuk vote peserta I'm the Expert. Saja seronok2. Aku memang suka join benda-benda macam nie. Rezeki tak sangka pulak menang, top favourite yang aku vote. 

Surat dari Darlie


Dah selamat tebus voucher Rakuten.com.my. First time jugak shopping dekat Rakuten nie and wallahhhh service dia memang tip top. thorbaikkk. Barang dah dihantar, tunggu sampai je nie. Dapat la beli barang idaman aku. imma happy girl !

Voucher L'Occitane tu tak tau nak beli apa. T_T

Thank you DARLIE...


Al Fatihah Y.T.M Tunku Bendahara Kedah



KENYATAAN MEDIA 



Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman

 Bismillah Hirrahmanirrohim

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi, hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014. Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga 23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014, diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR 
Menteri Besar Kedah Darul Aman 

Tarikh : 21 Mei 2014

Perbezaan Lelaki dan Perempuan



Assalamualaikum...

Sumber dari facebook....

Realiti kebanyakannya macam tu kan girls. tak baik tau.

Cakap yang baik-baik, buat benda baik-baik, InsyaAllah kehidupan akan lebih baik. 

Susah nak cari kawan yang betul-betul kawan. 

"Kita mungkin terlepas di dunia tapi akan terlepas kah kita di akhirat nanti. Allahuakbar."

Sedikit petikan daripada video Wardina,
"Apa saja masalah, kita sedih, runsing, gelisah, busuk hati, dengki, PENAWARNYA ADALAH AL-QURAN. Penawar segala penyakit didalam dada"


# masih menanti khabar berita tentang pesawat MH370. Manalah kamu sayang. Teruskan berdoa wahai rakan-rakan. #


Masa untuk mengemas dapur


Assalamualaikum...

Happy sabtuday semua. Hari yang sangat sesuai untuk mengemas. Al kisah kejadian semalam, nak masak masa tu, so nak ambil periuk yang disangkut kat dinding tiba-tiba........................
...............................................................................
pom pangggggggggggggggg pom panggggggggg...........
boleh pulak periuk yang lain turut jatuh sekali. Kelam kabut aku nak menyambut. Ada yang tak sempat sambut terus jatuh ke lantai. T_T to bad. Suami pun terkejut terus bergegas ke dapur. Mungkin tersalah step sebab periuk bertindan or masa nak ambil periuk tu fikiran aku ke lain. dreaming. haha. Tu la lain kali fokus. fokus. Sebab tu jugak kadang-kadang terhiris jari sendiri. T_T 

So tugas hari ni terpaksa kemas balik dapur sebab ada minyak dah tertumpah dekat dapur tu. Semalam lap je mana yang boleh. Hari nie kasi rendam alas yang kat dapur tu. 


Sebenarnya everyday akan kemaskan dapur tapi biasa-biasa je. ekeke. 
Tapi takde la seteruk macam dalam gambar tu. Sambil masak sambil basuh kan senang.

Sekarang dah nampak kemas sikit. blink blink =)


i-city Shah Alam



Assalamualaikum...

Hari ni nak share beberapa keping gambar yang sempat diambil di i-city beberapa hari or bulan yang lalu. Ewahh teringat kembali kenangan awal-awal bercinta dulu. Dulu nak masuk free lagi tapi sekarang dah berbayar. Kalau nak senang parking aje kat luar pastu jalan kaki. Exercise sikit. Dah biasa dah. ekeke. Jangan pulak buat bayaran untuk pejalan kaki udah lerr kan. 

Jom cuci mata. Entry bergambar...








Red Carpet yang menempatkan beberapa patung lilin yang terbakar dulu. 

Sekian untuk hari nie...

p/s : pihak nuffnang ada call untuk join event kose beauty product khamis nie. tapi tak dapat nak join. T_T


Happy Birthday March Babies

Many thanks Tonton Team...cute tahu.

My birthday on 1 march sekarang dah 8 march..kikiki

Paling bermakna tahun ni dapat sambut bersama suami, family and family mertua. much love <3

Thanks all...

xoxo

Hati-hati dengan kata-kata anda




Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu
Berhati-hatilah dengan setiap PERKATAAN dan PERBUATAN
Behave people

ramaiorangsekarangtakqetiadabkan..

notetomyselfandothers

Alhamdulillah. syukur.


Teringat kembali zaman under 18


Assalamualaikum...

Morning. Malam kelmarin tak boleh tidur sebabnya dengan tiba-tiba dalam fikiran asyik keluar macam-macam idea nak update blog. Serius stress kenapa time nak tidur tu la idea banyak kemain sampai ganggu tidurku. Dengan panas cuaca sekarang kan. Bila bangun pagi idea semua HILANG macam tu ja apa cita?

Biarkan dengan idea yang hilang tu. dush2. Sekarang ni tiba-tiba juga aku terkenang kembali zaman kecilku, zaman remajaku, zaman dolu-dolu kala. Banyak betul kisah. Dengan buasnya aku dulu. Yela atas aku abang, bawah aku adik lelaki. Memang buasnya tak terkata. kahkah. Bila dah besar ni totally different. Tapi jiwa tetap serupa. 

Nak cerita sekarang tentang komik UNDER18. Antara my favourite comic la dulu. Ada banyak lagi komik tangkap cintan tapi tak ingat dah. Ni antara paling best sampai berapa kali khatam. Macam mana boleh terjebak dengan komik ni pun tak tahu la. Dulu rajin sangat membaca, sekarang ni online yang best pun. Novel yang beli pun tak terusik. ekeke. Rasa nak cari balik komik ni kat rumah. Harap ada lagi. 

Ada ke perempuan sama minat macam aku nie? 

hehehe...

Happy me !!!

Assalamualaikum...


Semalam mood kelaut tapi hari nie mood kedarat. eh. happy la. Mana taknya check nuffnang tengok earning bertambah sampai bulat2 biji mata nengoknya. Alhamdulillah walaupun tak banyak mana tapi tetap syukur. Terima kasih nuffnang. 

Hari nie pun rajin nak blogwalking and follow2 blog orang. Ada lagi yang tak sempat nak follow sebab internet terlalu slow berjanggut nak tunggu loading pun. hah kau. Maafkan saya. Tunggu ya. Nanti sha follow uolss. 

And yeah paling happy sebab dah dapat solution camna nak buat scrollbar kat blog archieve. Bulan nie rajin up entry so dah jadi panjang and nampak tak cantik. Ingat tak semalam ada update tak tau camna nak buat. Selagi tak jumpa solution selagi tu tak puas hati. tutorial semua sama ja just html baru ni lain sikit. belek punya belek rupanya ada lagi coding yang tersembunyi di sebalik dinding. haa camna tu. patut la tak jumpa. Akhirnya dah setel. yeay. 



Program Pay Per Click (PPC) jana pendapatan lebih

Assalamualaikum..

Repost kerana minggu lepas web program ini ditutup atas masalah server.
Kini mereka kembali online dan berjalan seperti biasa.

Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang disertai?
Di IklanSticky.com, kami sedia membayar komisyen  tanpa pelawat membuat pembelian. Komisyen anda akan bayar komisyen berdasarkan beberapa klik yang anda berjaya kumpul dalam sesuatu kempen. Kami namakannya program Pay Per Click (PPC). Hanya dengan KLIK kita dapat duit. Senang kan. 
Kenapa Anda Patut Sertai kami?

Kami adalah platform PPC yang paling sempoi dan paling mudah menolong anda menjana pendapatan di internet sebagai seorang agen Iklansticky.

Berapa komisyen bakal saya dapat nanti?

Komisyen anda adalah dikira berdasarkan kategori komisyen per klik yang ditetapkan oleh IklanSticky. Komisyen anda akan bermula dengan RM0.15 per klik hingga RM0.015 per klik, berikut merupakan jadual bayaran komisyen mengikut bilangan klik dalam satu bulan :


* Minimum kelayakkan cash-out adalah 100 klik atau bersamaa RM15.00. Klik yang kurang dari 99 dibenar bawa ke bulan berikut dan berkumpul sehingga kelayakkan tercapai . ** Maksimum pay-out untuk sesorang agen adalah RM250.00 per bulan.


Berikut adalah cara pengiraan komisyen berdasarkan klik dan komisyen per klik :


Apa yang best?

Boleh share di blog sendiri or blogwalking, wall facebooK, facebook page dan sebagainya.

Sesiapa yang nak dapat duit lebih, jom DAFTAR FREE KAT SINI.

P.S. IklanSticky adalah satu platform yang membekalkan maklumat berinformasi serta peluang menjana pendapatan melalui program PPC. Sila maanfaatkan peluang ini untuk meningkatkan pendapatan berpanjangan anda. Bahkan kata “sikit-sikit, lama jadi bukit”.


yeay dapat hadiah dari blogger Dedeq

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. yeayy tak sangka dapat hadiah dari dedeq nie. Hari tu join entry sape nak hadiah dari blog dedeq. Aku salah seorang yang menang, hikhok. Tengah menunggu hadiah nie, katanya secret. hehe.

Hijabista Bersama Sunsilk - Dunia Lola

Assalamualaikum...

Dunia Lola. Short story yang best jugak la bagi aku. Mengisahkan seorang perempuan bernama Laila yang gemar akan dunia blog, internet dan sangat berlainan pendapat dengan ibunya. Sangat menarik cerita nie bagi seorang blogger macam aku nie. hikhik.

Dapat tahu cerita nie pown dari twitter si cantik Amirah Filzah nie update tentang dunia lola. teruja nak tengok dia berlakon. Cerita nie bersiaran dekat astro. tapi aku layan kat youtube je. pun boleh. 


Baru tengok sampai episod 5.


We like to move it, move it (for a good cause)!


What's better than keeping fit with a good workout? Contributing to a good cause at the same time, of course!

Contribute to a good cause while running/walking with #RexonaMove! Get it on the App Store now.

Click this picture for more details.


Jerebu di sekitar kawasan Puchong dan Cyberjaya

Assalamualaikum...

Semalam saja keluar rumah mentar dengan hubby, jalan2 cari barang and cuci mata dekat IOI Mall tue. Keluar saja dari pintu rumah mak ai berkabus, berasap teruk beno. sakit mata memandangnya. Alahai. Patut la kereta guer sejak2 nie asyik berhabuk jer, ingatkan salah orang sekeliling yang bakar sampah sesuka hati rupanya jerebu punya angkara. Tak jadi nak marah uols. Haip. Agak teruk jugak la jerebu kat kawasan umah aku nie. 

iolss pown gegediks nak hapload gambaq jerebu. peace..

See. nie gambar odw ke IOI Mall. Terasa macam kat cameron or genting dak? tapi nie cuaca yang sangat x bagus untuk kesihatan. Bila aku dengan suami dah rasa x enak, tekak pown terasa sakit, cepat2 pecut nak balik rumah. pheww x tahan. Dah singgah klinik and farmasi boleh pulak lupa nak beli mask yea. kfine. 

~Nasihat untuk diri sendiri dan korang2 semua kalau boleh elakkan dari keluar rumah buat masa nie sampai la keadaan semakin pulih seperti biasa ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...