Oral B Supernova 3 Blogbuster Campaigns - My experience


Assalamualaikum....

Hi ! Ramai kengkawan bercerita pengalaman dorang dengan blogbuster. Nak cerita pula pengalaman saya sepanjang buat short video tu. Boleh dijadikan sebagai kenangan. hehe.

Dulu ada juga dapat blogbuster campaigns tapi buat tak tau sebab masa tu noob lagi tak tau apa-apa dan malu nak buat video. tak pernah buat video sendiri muka sendiri. sedih ! (video shooting masa study dulu ada la).

9 April dapat email dari nuffnang mengenai Blogbuster Oral B Supernova 3. Menarik tapi still buat tak tau. Research and baca juga blog kawan-kawan yang cakap mengenai blogbuster nie.Tetiba terasa rajin and nak buat jugak. Bukan selalu boleh dapat peluang cenggini. haha. Mintak izin suami, terangkan details semua dan lega dapat juga permission.

15 Apr dapat lagi email dari nuffnang remind tentang blogbuster nie. haha. Terus semangat nak buat video. Fikir and plan dulu nak buat vidoe macam mana. Baca arahan bagi faham. So start la sesi rakam video sendiri. Semuanya buat sendiri. All in one. Boleh imagine la macam mana saya setting camera phone nak shoot diri sendiri. Asal boleh macam mana pun takpa. haha. Malam tu suami ada tanya nak tolong tak. Saya cakap takpe tak yah tolong apa-apa. Saya boleh InsyaAllah. Padahal malu to the max kalau ada orang. haha. apa pun tak jadi nanti. malu tu still ada. haih.

Dah siap shoot semua. (semua scene dalam rumah. haha). Transfer video masuk laptop. sekali tengok alaaaa nak kena rotate video. hampeh. Masa tu la baru nak search software edit video segala bagai. kalau laptop dulu senang dah ada movie maker. tapi laptop ni tak boleh pakai pulak movie maker. pasqah. Nak rotate satu hal. Jenuh jugak cari website yang boleh rotate video. Alhamdulillah dipermudahkan. Jumpa juga semuanya. Esoknya 16 hb baru edit lagi video cut semua sebab dah lewat malam.

16 Apr done submit video pertama. Check website nuffnang tengok eh deadline untuk submit video dilanjutkan kepada 20 Apr. Sepatutnya 17 Apr. Ada peluang lagi nak buat video lagi satu. Sebab macam tak puas hati. 19 Apr hari sabtu alang-alang cuti buat lagi satu video versi lain sikit dan submit.


Boleh kata hari-hari akan check website nuffnang tengok status still pending. neves. 2 May dapat email dari nuffnang pasal blogbuster. Ada respond jugak akhirnya. Kena edit sikit dan trim bagi jadi 10 saat. Sebelum ni 15 saat. Punya la pikiaq kot mana la nak trim lagi ni. haha. Hari sabtu 3 May baru shoot lagi sikit, edit dan submit lain.

Harap-harap client approve video tu.

Kalau ada rezeki korang boleh la tengok video saya nanti dekat blog.

Good luck untuk semua yang join. Nak usha video korang lak. peace.


4 comments:

Huny eda said...

dpt juga blogbuster ne, tapi tak reti nak shoot video tu..ahahha

Sha Purple said...

ala lau x leh tgk video awak. Kami main hentam ja. xtau la ok ke idok. hahahahha

Faizal Prudential said...

Good luck
Jom visit blog saya
http://faizalprudential.blogspot.com/2014/05/antara-sebab-lain-kenapa-perlu-memiliki.html?m=1

NiezaNan said...

Azni pon dapat, tapi xsempat sebab takde masa busy ngan kerja T_T.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...