BILA AKU BOSAN....



Assalamualaikum...

Bila aku dah start BOSAN, tangan mula menggatal nak edit blog. Bukannya nak update kan. tskkk. Dah lama sebenarnya cari tutorial nak buat border dekat SIDEBAR supaya nampak kemas dan tersusun. Cari punya cari jumpa juga tutorial paling senang mudah dan torbaikk.. Puas hati. Harap ok di mata korang semua. T.T

Dan hasilnyaaa boleh tengok blog dah BERWAJAH BARU =)

tadaaa.....



Lagi satu dapat juga tambah icon contact me


yayyyy im HAPPY now :-p


Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb


!Assalamualaikum!



Hati-hati dengan kata-kata anda




Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu
Berhati-hatilah dengan setiap PERKATAAN dan PERBUATAN
Behave people

ramaiorangsekarangtakqetiadabkan..

notetomyselfandothers

Alhamdulillah. syukur.


Cara mengetahui kek yang mengandungi arak !!!


Credit to Resepi Ummi


Teringat kembali zaman under 18


Assalamualaikum...

Morning. Malam kelmarin tak boleh tidur sebabnya dengan tiba-tiba dalam fikiran asyik keluar macam-macam idea nak update blog. Serius stress kenapa time nak tidur tu la idea banyak kemain sampai ganggu tidurku. Dengan panas cuaca sekarang kan. Bila bangun pagi idea semua HILANG macam tu ja apa cita?

Biarkan dengan idea yang hilang tu. dush2. Sekarang ni tiba-tiba juga aku terkenang kembali zaman kecilku, zaman remajaku, zaman dolu-dolu kala. Banyak betul kisah. Dengan buasnya aku dulu. Yela atas aku abang, bawah aku adik lelaki. Memang buasnya tak terkata. kahkah. Bila dah besar ni totally different. Tapi jiwa tetap serupa. 

Nak cerita sekarang tentang komik UNDER18. Antara my favourite comic la dulu. Ada banyak lagi komik tangkap cintan tapi tak ingat dah. Ni antara paling best sampai berapa kali khatam. Macam mana boleh terjebak dengan komik ni pun tak tahu la. Dulu rajin sangat membaca, sekarang ni online yang best pun. Novel yang beli pun tak terusik. ekeke. Rasa nak cari balik komik ni kat rumah. Harap ada lagi. 

Ada ke perempuan sama minat macam aku nie? 

hehehe...

Mungkin ada yang tak tahu? "MIZAN & SIRAT"


"MIZAN & SIRAT" 
Oleh Ustaz Wadi Annuar.




Kata ustaz:
MAHSYAR ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. Para sahabat rasulullah saw tanya, "Mahsyar kat mana?" Jawab rasulullah saw, "Mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tak ada pokok, tak ada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila Makaikat Israfil tiup sangkakala pada pertama kali. Kali kedua Malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2." Lalu manusia bertanya sesama sendiri, "Dimana kita?" Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. rujuk surah Yasin ayat 52-54. 

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, "Tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita?" Lalu dijawab Nabi s.a.w dengan memetik ayat Quran, "Pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri". Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Bila sampai di mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. Jawab Nabi Adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, Bermula Nabi Nuh, Musa, Isa, dan Ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad Saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke NERAKA sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita saja, dek padatnya manusia pada hari tu. Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari Arash. Masa tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Takada satu pun tertinggal. Lepas habis baca Allah akan tanye kite 3 soalan:-

1)Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid 
2)Tak ingat 
3)Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.


Setelah ditimbang di Al mizan, didapati pahala kite melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke Syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2,etc. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (Ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 & isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tp effect juga orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang & adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.. MAHALKAN DIRIMU WAHAI WANITA!
Hari mahsyar hari yang sangat DASYAT!

Kata Ustaz, 
Hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.

Kedua, 
Jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan juga simply boleh masuk dengan baik sorang2.. So jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti.. Amin. 

Sudahkah kita bersedia untuk berpisah di Padang Mahsyar??? Renung-renungkan, Selamat BERAMAL...

Jalan-jalan di Bandar Hilir, Melaka part 2


Assalamualaikum...


Melaka River Cruise

Rupa cruise yang korang akan naik...

Boleh tengok bangunan dengan pelbagai design yang menarik

Harga tiket RM10
40 minit perjalanan

Jangan risau semua tempat memang berdekatan senang sangat nak cari. Menikmati pemandangan Melaka rileks2 atas cruise memang best. Dah lama sikit naik cruise nie mata mula rasa mengantuk seperti di awangan dengan angin sepoi2. zzZ. Kalau dapat tidur memang asyikk.

Muzium Kapal

Sorry gambar tak berapa ok sebab snap cepat2 masa tengah berjalan. ehehe

Harga tiket RM3 seingat aku. Tak naik pun masa nie sebab dah pernah naik dulu. Cantik tau kapal nie boleh tengok macam2 sejarah dalam kapal nie. Boleh naik atas ada tangga gayat juga feeling titatic gitu. 

Sebelum balik jangan lupa shopping cenderahati dari Melaka.  tatatititutu 


Gambar dekat blog HILANG T_T

Assalamualaikum...

Hari nie hari paling STRESS untuk aku..

Demam + sakit tekak + selsema

+

Gambar dekat blog HILANG

kaw2 pakej semua dapat...

See...ada simbol no entry. 

Allah..Dugaan sungguh hari nie. Tak pa la. REDHA jela..

Macam mana boleh hilang? Aku la gatai tangan sangat delete semua gambar-gambar dekat google+. Hari tu la dapat notification auto-backup dekat phone ke g+.  choii aku ni cepat sangat panik. sebab tu jugak la data plan hp tinggal sikit. geram tau. Aku pon delete tanpa rasa kasihan. siap permanent delete lagi. Memang tak dapat diselamatkan. Dah google tak jumpa macam mana nak restore. Terpaksa upload satu2 balik semua gambar. Buang masa tau. Memang nak menangis rasa. Ramai juga blogger jadi macam nie kan. Sape ada cara nak setle help me. share sikit. T_T 

Tengok la betapa kejamnya...sedih

Tak sangka pulak bila delete gambar dekat g+ automatik delete jugak dari Picasa Web. Maaf kalau korang melawat blog tanpa gambar. tsk tsk. Korang pun please hati2 sebelum nak delete gambar dekat g+ tau. Jangan jadi macam aku..Akan cuba upload balik gambar satu2 tapi untuk entry yang latest punya je. Yang lain harap maaf. Jenuh nak cari balik..uwaaa

Mungkin ada hikmahnya. Think positive. 


Jalan-jalan di Bandar Hilir, Melaka part 1

Assalamualaikum...

Minggu lepas jalan-jalan ke Melaka bersama family mertua. Setelah beberapa tahun tak jejak kaki kesana. Alhamdulillah syukur dapat suami dan family yang sama-sama kuat berjalan. Next trip tak tau lagi kemana kita. ekeke...Dalam kepala dah ada tempat yang teringin nak pergi tapi kita simpan dulu.

Kami stay dekat Hotel Seri Pelangi betul-betul dekat bandar hilir. Satu-satunya hotel melayu dekat bandar hilir tu, kita support melayu sikit walaupun tak berapa best tapi not bad la janji boleh tidur. Apa ada hal. Tapi aku suggest korang cari je hotel dekat area situ sebab senang nak jalan-jalan dekat bandar hilir nanti. Parking kereta dekat hotel then jalan kaki je pergi semua tempat. Semua tempat memang berdekatan senang nak jalan-jalan. Jangan lupa untuk beli kupon parking tau, pihak hotel mesti sediakan. Karang tak pasal-pasal kena saman. 

Menara Taming Sari


Kami naik menara taming sari nie pada waktu malam lepas selesai jalan-jalan semua. Memang cantik sangat-sangat tengok pemandangan melaka penuh dengan lampu2. Kalau malam harga mahal sikit berbanding siang. Harga tiket siang RM10 dan kalau malam pula selepas pukul 8 malam harga dah jadi RM15. ayoo...

Sebelum ke Kota A Famosa kita akan jumpa dengan kapal terbang, kereta api boleh la nak tangkap2 gambar sebagai kenangan.



aaa besarnya ular nie..


Seriuosly beca dekat melaka comel2 sebab kebanyakannya bertemakan hello kitty. geram tau tengok. Kalau malam pulak beca2 ni akan dipenuhi dengan lampu2. cantik sangat.

Kota A Famosa

Simpan tenaga sebelum naik atas dengan cuaca yang terik. Sediakan air takut2 dahaga nanti.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Bersama family mertua

My everything..



Banyak lagi gambar menarik penuh memori tapi letak nie je k. Terpanjang pulak entry nie. Ingat nak cerita je terus semua tapi nie pun dah penuh dengan gambar. ahaha. Terpaksa sambung lagi next entry ya dengan lokasi seterusnya yang WAJIB korang pergi kalau pergi MELAKA. ehehe...


Bersambung.....


Segmen 48 Jam : Upkan Follower + Bloglist 4 Month by Nurul



Tamat hari nie 9 Feb 2014..

Jom ramai2 join...


Kalkulator kesuburan / waktu subur / ovulasi

Assalamualaikum...

Semalam ada ada orang search keywords dekat blog tentang kalkulator waktu subur selepas haid

Sebelum nie ada juga aku cakap nak up entry tentang kalkulator kesuburan nie. Maaf tertangguh. hehe


Okay korang boleh calculate kat satu laman web nie. Banyak info yang sangat berguna tau. Contoh macam gambar kat bawah nie.


Aku set kan tarikh 1 feb 2014. Korang letak la tarikh first period. Lepas tu letak kitaran period korang berapa hari. Then calculate la. Senang kan. Pappp semua info keluar. =)

Calculate here :

Ataupun nak lagi mudah korang install je application period calendar dekat phone. Cari dekat google play.

Semoga info ini membantu cik adik. Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...