Jalan-jalan di Bandar Hilir, Melaka part 1

Assalamualaikum...

Minggu lepas jalan-jalan ke Melaka bersama family mertua. Setelah beberapa tahun tak jejak kaki kesana. Alhamdulillah syukur dapat suami dan family yang sama-sama kuat berjalan. Next trip tak tau lagi kemana kita. ekeke...Dalam kepala dah ada tempat yang teringin nak pergi tapi kita simpan dulu.

Kami stay dekat Hotel Seri Pelangi betul-betul dekat bandar hilir. Satu-satunya hotel melayu dekat bandar hilir tu, kita support melayu sikit walaupun tak berapa best tapi not bad la janji boleh tidur. Apa ada hal. Tapi aku suggest korang cari je hotel dekat area situ sebab senang nak jalan-jalan dekat bandar hilir nanti. Parking kereta dekat hotel then jalan kaki je pergi semua tempat. Semua tempat memang berdekatan senang nak jalan-jalan. Jangan lupa untuk beli kupon parking tau, pihak hotel mesti sediakan. Karang tak pasal-pasal kena saman. 

Menara Taming Sari


Kami naik menara taming sari nie pada waktu malam lepas selesai jalan-jalan semua. Memang cantik sangat-sangat tengok pemandangan melaka penuh dengan lampu2. Kalau malam harga mahal sikit berbanding siang. Harga tiket siang RM10 dan kalau malam pula selepas pukul 8 malam harga dah jadi RM15. ayoo...

Sebelum ke Kota A Famosa kita akan jumpa dengan kapal terbang, kereta api boleh la nak tangkap2 gambar sebagai kenangan.



aaa besarnya ular nie..


Seriuosly beca dekat melaka comel2 sebab kebanyakannya bertemakan hello kitty. geram tau tengok. Kalau malam pulak beca2 ni akan dipenuhi dengan lampu2. cantik sangat.

Kota A Famosa

Simpan tenaga sebelum naik atas dengan cuaca yang terik. Sediakan air takut2 dahaga nanti.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Bersama family mertua

My everything..



Banyak lagi gambar menarik penuh memori tapi letak nie je k. Terpanjang pulak entry nie. Ingat nak cerita je terus semua tapi nie pun dah penuh dengan gambar. ahaha. Terpaksa sambung lagi next entry ya dengan lokasi seterusnya yang WAJIB korang pergi kalau pergi MELAKA. ehehe...


Bersambung.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...