Percutian budget pd, Corus Paradise Resort Port Dickson

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya cakap dekat hubby one day nak jugak bercuti kat pd mandi2 pantai walaupun dah banyak kali jugak pergi. Tapi balik hari. Tak tau la kenapa aku suka sangat mandi pantai nie. Maybe sebab dari kecik abah selalu bawak mandi pantai. Kebetulan minggu lepas free dan hubby terpaksa ot hari sabtu, makanya hubby janji nak bawak bercuti aka honeymoon kat pd. Yesh2.

Khamis pagi bertolak ke pd. Memang main redah jela. Ada rezeki ada la, kalau tak da memang balik la jawabnya. Terus cari hotel2 survey harga. Kalau kat area teluk kemang mahal sikit dalam 200+. Kalau ada pun check in pukul 3. Then kami teruskan perjalanan menuju ke pd waterfront. Penat jugak la mencari yang the best and nak bilik yang menghadap pantai. Hehe. Baru best nak fefeeling. Last survey masuk satu hotel nie Corus Paradise. Alhamdulilah berkat kesabaran rezeki sayang ni hubby cakap. Apartment private kitorang amek yang satu bilik RM100 sehari. Last tawar. Kalau public holiday RM150. Haa murah kan. Ni yang private tau. Kalau untuk stay hotel dia mahal sikit dalam RM300+. Ok tak cakap banyak so kitorang terus decide nak stay yang private tu. Yang penting check dulu condition bilik tu macam mana. Terus boleh check in. Masa tu pukul 12 tengah hari kalau tak silap. 


Beli makanan dulu lepas tu baru check in. Masuk2 terus serang balkoni nak tengok view pantai. Haaa cantik sangat2 tau. Tak pernah tau pun ada tempat macam ni kat pd. Noob. Nak lexis jauh sekali. Alhamdulillah memang best sangat2 tempat nie. Kalau hotel tak da balkoni tau ada cermin je. Hehe. Nasib dapat bilik ok jugak not bad. Semua ada dapur gas pon ada kalau nak masak. Cermin ja tak da. Asemennn. Kami pon lepak2 kejap kat balkoni tengok pemandangan yang indah. Romantis.

Very nice view..so in love..

Husband and wife..Thank you very much suami.

tehehehe...fefeeling jap

memang worth it dengan harga yang berpatutan =)

Pintu ala2 jepun...

Swimming pool...

Petang sikit kami turun melawat kawasan. Tengok swimming pool. Sedihnya nak mandi kena pakai swimming suits. Tengok pun jadi la. Tak aci betul. Then lepak kat pantai. Kitorang lepak je dulu round2 menikmati keindahan pantai, esok pagi baru mandi pantai. Malam tu pulak kami ronda2 kat pd. Ramai jugak orang lepak tepi pantai sambil makan tapi kami tengok je sebab hujan renyai2. hehe.

Esok pagi masa yang ditunggu2 harus lah mandi pantai. Turun2 tengok ada couple baru je naik dah habis mandi. Tak kan kami dua orang je nak mandi. Cakap dekat hubby tak kira nak mandi jugak, biar la orang tak de pun. ekekeke. Tapi ada la dua orang mandi jauh sikit dari tempat kami. Lama sikit baru ramai orang turun mandi pantai. Kat situ juga disediakan watersports. Boleh la kalau nak main jetski ke banana boat ke. Pantai memang bersih dan landai. Mandi ketengah pun still tak dalam. Air tak pasang lagi kowt. Kalau ada adik2 best nie mandi sama2 macam hari tu kat batu ferringhi. 

Kalau kat sini takat kaki je lagi.

Then siap-siap nak check out. Memang seronok sangat. InsyaAllah nak bawak family pulak datang sini. Siapa yang nak bercuti tapi berbudget tu boleh cuba kat sini okay. =)

Sekian Wassalam...

14 comments:

Scha Nazri said...

Nanti sya pun nak cuti2 kat pd even tak tahu nak pegi mana kat pd tu. hehe

Rizziela said...

nak pakai swimming trang tu yg menyampah tu....huhu..berapa rm yer semalam?

apek poyo said...

wahhh..beshh...hotel ni mmg ok...sentiasa ramai org n pemandangan pun nice..lopeh tu ado kolam renang kan...leh terjun terus dr bilik..hahahah

Sha Purple said...

Scha : mandi pantai la jawabnya yunk..kat teluk kemang best jgk...

Rizziela : tau xpe..xsanggup nak pakai..huhu..kalau private mcm saya stay ni aka apartment semalam rm100..kalau hotel semalam dalam rm300 =)

ZAZ said...

tumpang tanya rate rm100 tu dari agen dia ke? ke dari pihak hotel tu sendiri?

ada num telefon x?

Sha Purple said...

yup rate rm100 tu dari agen untuk hari biasa sehari. Kalau public holiday lain harga. Nanti kat pintu masuk hotel tu ramai agen akan datang kat kita. =)

NORFARHANA BAHARUDIN said...

Salam..akak..ade contact num x..sy baru lepas kol,tp katanya xde private apartment kt corus paradise ni..hmm

Sha Purple said...

Wslm....ada2...oyeke mcm tu...xpe la..amek contact num nie..try call..kalau dia x tukar lg la no fon tu...ni je yg akk ada...Sara nama dia. laki india...0166935635 nti call dulu tau takut full..=)

Emy Najeela said...

Salam akak..macam mana nak tempah privet room tu ye?ada number dia tak?memang harga dy Rm100 jea kea??xde plus2?

Azizi Jaafar said...

Mcm best je..ada contact dia tk??

Noriz Today Bahagia said...

salam,
macamana nak tau hotel tu ada private room ek? tx for sharing info.

Noriz Today Bahagia said...

salam,
macamana nak tau hotel tu ada private room ek? tx for sharing info.

siti sarah said...

Wahhh.. cantiknya tempat ni.. pernah bercuti di Port Dickson jugak, tp sambil team building..

http://miaqaisarah.com/2015/04/20/team-building-supermom-di-port-dickson-day-1/

Nadiah Halim said...

Salam sis, saya nak tanya. Sesuai tak kalau tetamu yang datang ada yang pakai wheelchair. Dan kalau nak ke pantai tu mudah dan dekat sahaja ke ya? Terima kasih sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...