Naik 'stage' | Expo Mid Valley



Assalamualaikum....

Minggu lepas kan berlangsungnya Meternity & Children Expo yang terbesar kat Mid Valley. Memang dah set date nak shopping barang2 baby kat sana setelkan semua terus sebelum gst katanya. heh. dan juga memandangkan kandungan dah cecah 7 bulan lebih. Tak larat nak pikiaq dah nanti.

Boleh kata mana tempat ada expo baby mesti akan pegi. kahkah. Syiokk tengok barang2 baby nie. Baju comel2 pulak tu.

Dah tau expo kat mid valley ni orang cakap memang ramai gila orang. Tengok gambar pun seram. Hah memang seram pun. Tapi disebabkan semangat nak shopping barang baby punya pasal ku gagahi jua. Memang pengalaman betul. Dengan sesaknya, beratur kemain panjang. Alhamdulillah anak mama kuat seronok shopping banyak kali gak duk kick je. Jenuh cover perut asyik terlanggar dengan handbag orang. T_T

Sebelum ni aku ada post yang aku ada menang hadiah dari expo nie kan. Contest dari fb. Boleh tengok kat SINI. Ingatkan kena redeem hadiah dekat kaunter je. Sekali nahh kena naik stage amek hadiah rupanyaaa. Naik aje la. Dah berkurun tak rasa naik stage rasanya. hehe...

Best gila sapa yg dapat stroller tu...


 Group photo..cari la aku kalau jumpa. ekeke...

Lega hampir semua barang dah setel. Cuma tinggal sikit2 saja lagi boleh beli kat kedai biasa. Next month expo dekat sacc mall pulak. nak pegi ke idokk tak tau lagi. opss!! hehe..


Ikhtiar HAMIL dengan Minuman Sunnah 'MEDINA'



Assalamualaikum...

Lama sangat hold nak buat entri nie. Ramai tanya apa aku amalkan untuk hamil. Harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kawan2 diluar sana yang sedang berusaha untuk hamil. InsyaAllah dengan izinNYA. Sharing is caring ;-))

Selama 1 tahun 9 bulan menantikan saat berita yang sangat gembira nie. Alhamdulillah syukur sangat bila diri ini disahkan hamil. Nikmat yang sangat bermakna untuk semua wanita. Macam2 usaha dilakukan selain doa dan tawakal.

ehhh ehh selfie la sikit..

Kalau korang perasan banyak kali jugak aku pernah review pasal minuman kesihatan berelemenkan sunnah Nutri ShineWhite MEDINA nie. Banyak sangat kelebihan dia tau. Kalau nak baca atau nak tau pasal Medina boleh tengok entri di bawah nie...

Sihat, Bertenaga dan Cantik dengan Nutri ShineWhite
Cabaran 3 bulan bersama Medina
Kotak Kedua Medina

Bulan 8 aku start minum medina. Hujung bulan 9 masuk kotak kedua medina tu pun baru masuk 4 sachet kalau tak silap. Pastu stop minum kejap sebab aku memang akan stop bila nak datang bulan takut2 lekat ke kan. ekeke. Hari2 konsisten tak skip minum, skip bila weekend je, biasa la tu kan.


Medina ni best sebab berasaskan sunnah antaranya ada delima, kurma, habatus sauda, kismis, buah tin, madu & buah aprikot. Senang 7 in 1 semua terdapat dalam tu.

Sepanjang consume medina nie Alhamdulillah memang sesuai sangat dengan badan. Lebih tenaga, kulit pun cantik terjaga, hormon pon jadi stabil. Kurangkan stress & migraine jugak. Sebelum ni memang stress jugak fikir dengan orang asyik tanya bila nak preggy. Omaiii sapa tak stress kan mampu senyum aje la dalam hati sedihhh jugak. Jadi stress dapat dikawal dengan baik dan memang nekad kena relaks and cool bebeh...Sedikit sebanyak memang dapat membantu aku dalam usaha kawal emosi nie. InsyaAllah. Bila tak stress hati pun sentiasa happy. Bila terlalu fikir hormon akan tak stabil.  Bila hormon tak stabil tu yang payah sikit. Tapi apa pun semua dengan izinNYA. Kalau dah memang betul rezeki kita buat macam mana pon tetap akan jadi milik kita.

Tepat 10/10/14 check upt positif. Alhamdulillah memang unexpected akan preggy bulan tu. Redha and tawakal masa tu. Tup tup lekat. Siap plan nak pi honeymoon lagi. ewahh kau. haha. Medina antara salah satu usaha yang aku amalkan untuk hamil. Terima kasih sangat2 dekat adik Atiqah yang memperkenalkan aku dengan produk medina nie. Thank you so much adik ;-)


Siapa yang berminat nak dapatkan Medina boleh rujuk info di bawah :


Instagram : Medina Essential / @medinaessential




MENANG hadiah dari Maternity & Children Expo



Assalamualaikum....

Alhamdulillah happy sangat hari nie bila dapat notification dekat facebook dari page Maternity & Children Expo bagitau yang aku menang hadiah macam kat bawah nie =)



Dapat Nuby Insulated Sipper Cup & Monster Plate...

Rezeki baby. Banyak lagi contest & hadiah untuk dimenangi. Pi tengok page depa kaih =)

Join jugak event depa untung2 boleh menang Instax Mini 8. nakkk...





Peneman setia...



Assalamualaikum...

ok blog sekarang memang betul2 dah jadi diari hamil nihk...itu jela yang best nak story pun la nie. ehehe...

Sepanjang mengandung nie tidur malam macam biasa lagi, tak terganggu cuma kadang2 terjaga bila nak alih posisi tidur. Baby dalam perut pun behave sangat, waktu mama dia tidur, dia pun tidur jugak. Setakat ni waktu tidur memang sama lagi. Mama pun tidur dengan aman sekaliiiii....zzzZZ

good baby good....

Sebelum nak tidur baby akan gerak2 minta didodoi agaknya. kekeke...bila mama dah lelap baby pun lelap sekali...bila mama bangun baby pun bangun...ke aku yang tak sedar bila masa baby gerak masa tidur. haha

good baby good...

Aku pun syok jela kan tak dak masalah apa...

Hari khamis hari tu start balik puasa ganti, bangun sahur pukul 5 lebih. Baby pun teman sekali mama dia sahur. So sweet sayang....

Hari sabtu tak puasa weekend kan...nak jalan2 rest semua...So takde la bangun sahur..Tapiiii boleh pulak start hari tu sampai rini dua malam pukul 5 pagi je baby dah start tendang2 bukan main berombak dalam perut. Protes sebab mama tak bagi makan ke sayang. aloloooo...

Takpe malam kang teman mama sahur lagi yea...

Sekarang bila perut dah membesar tidur pun tak lena. Kalih sini tak kena kalih sana tak kena. Pengalaman tu semua kan. Ibu2 semua mesti lalui benda yang sama jugak kan. Persediaan sebelum betul2 ada anak nanti.

Apa pun stay strong okeyhhh =)


Anak buah pertama selamat dilahirkan =)



Assalamualaikum...

Alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia dan barakah kak ipaq selamat melahirkan putera sulungnya pagi tadi....baby sama bulan lahir dengan mak ngah dia la...Mak ngah 1/3/88...baby 13/3/15...hiks

TAHNIAH abg Jatt & Kak Suzila...Dah jadi ibu dan bapak orang dah.

Cucu sulung pertama dalam family. Mak dah jadi mak tok. Abah jadi tok abah / tokwan..

Aku pulak jadi mak ngah. kekeke.

Semoga baby membesar dengan sihat. Jadi anak yang soleh ya sayang...

Next my turn pulak bulan June insyaAllah dengan izinNYA....

Cuak pulak tetiba...

Sekarang tengah pulun nak ganti puasa...Kuat ya baby teman mama dia puasa. Still aktif main kat dalam perut. Sabar ya sayang berapa hari je lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...