Percutian budget pd, Corus Paradise Resort Port Dickson

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya cakap dekat hubby one day nak jugak bercuti kat pd mandi2 pantai walaupun dah banyak kali jugak pergi. Tapi balik hari. Tak tau la kenapa aku suka sangat mandi pantai nie. Maybe sebab dari kecik abah selalu bawak mandi pantai. Kebetulan minggu lepas free dan hubby terpaksa ot hari sabtu, makanya hubby janji nak bawak bercuti aka honeymoon kat pd. Yesh2.

Khamis pagi bertolak ke pd. Memang main redah jela. Ada rezeki ada la, kalau tak da memang balik la jawabnya. Terus cari hotel2 survey harga. Kalau kat area teluk kemang mahal sikit dalam 200+. Kalau ada pun check in pukul 3. Then kami teruskan perjalanan menuju ke pd waterfront. Penat jugak la mencari yang the best and nak bilik yang menghadap pantai. Hehe. Baru best nak fefeeling. Last survey masuk satu hotel nie Corus Paradise. Alhamdulilah berkat kesabaran rezeki sayang ni hubby cakap. Apartment private kitorang amek yang satu bilik RM100 sehari. Last tawar. Kalau public holiday RM150. Haa murah kan. Ni yang private tau. Kalau untuk stay hotel dia mahal sikit dalam RM300+. Ok tak cakap banyak so kitorang terus decide nak stay yang private tu. Yang penting check dulu condition bilik tu macam mana. Terus boleh check in. Masa tu pukul 12 tengah hari kalau tak silap. 


Beli makanan dulu lepas tu baru check in. Masuk2 terus serang balkoni nak tengok view pantai. Haaa cantik sangat2 tau. Tak pernah tau pun ada tempat macam ni kat pd. Noob. Nak lexis jauh sekali. Alhamdulillah memang best sangat2 tempat nie. Kalau hotel tak da balkoni tau ada cermin je. Hehe. Nasib dapat bilik ok jugak not bad. Semua ada dapur gas pon ada kalau nak masak. Cermin ja tak da. Asemennn. Kami pon lepak2 kejap kat balkoni tengok pemandangan yang indah. Romantis.

Very nice view..so in love..

Husband and wife..Thank you very much suami.

tehehehe...fefeeling jap

memang worth it dengan harga yang berpatutan =)

Pintu ala2 jepun...

Swimming pool...

Petang sikit kami turun melawat kawasan. Tengok swimming pool. Sedihnya nak mandi kena pakai swimming suits. Tengok pun jadi la. Tak aci betul. Then lepak kat pantai. Kitorang lepak je dulu round2 menikmati keindahan pantai, esok pagi baru mandi pantai. Malam tu pulak kami ronda2 kat pd. Ramai jugak orang lepak tepi pantai sambil makan tapi kami tengok je sebab hujan renyai2. hehe.

Esok pagi masa yang ditunggu2 harus lah mandi pantai. Turun2 tengok ada couple baru je naik dah habis mandi. Tak kan kami dua orang je nak mandi. Cakap dekat hubby tak kira nak mandi jugak, biar la orang tak de pun. ekekeke. Tapi ada la dua orang mandi jauh sikit dari tempat kami. Lama sikit baru ramai orang turun mandi pantai. Kat situ juga disediakan watersports. Boleh la kalau nak main jetski ke banana boat ke. Pantai memang bersih dan landai. Mandi ketengah pun still tak dalam. Air tak pasang lagi kowt. Kalau ada adik2 best nie mandi sama2 macam hari tu kat batu ferringhi. 

Kalau kat sini takat kaki je lagi.

Then siap-siap nak check out. Memang seronok sangat. InsyaAllah nak bawak family pulak datang sini. Siapa yang nak bercuti tapi berbudget tu boleh cuba kat sini okay. =)

Sekian Wassalam...

Komisen ketujuh JobDiRumah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah dapat komisen ketujuh dari Job Di Rumah. Syukran.




Sesiapa yang berminat nak buat kerja sambilan dari rumah boleh la klik banner kat bawah nie. =)


atau

Klik Sini

Info menarik :



Menang giveaway

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sejak join giveaway ni first time rezeki menang hadiah giveaway.



Menang hadiah saguhati dari MommieSaffiyyah

Bersyukur..Semoga mommie dimurahkan rezeki selalu..

Dah email details dan menunggu nak dapat hadiah apa. wahh tak sabar.

Lama nau tunggu akhirnya mommie announce jugak pemenang. Tahniah kepada pemenang, best la korang dapat produk shaklee =)

p/s : hope posmen tak sesat cari umah.. mueehehe

Interview checklist

Assalamualaikum...

Morning. Esok pagi ada interview. Super nervous.

Wish me luck.

Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. 



Candy Crush Unlimited Life & Moves apk

Assalamualaikum...

Dulu cakap kat orang hek leh apa barang main candy crush. Tak mencabar langsung. Pastu orang cakap ketagih la, aku pon mcm haa ok ok. Sampai la one day wassap ngn adik borak2 pastu dia ckp semua family menggila main candy. Aku cepat terpengaruh terus download game tu.

Level awal2 memang kacang uolss pastu dah naik level atas2 dah menguji kesabaran aku dengan hubby. Kalau tak lepas suruh hubby lak tolong main. Haha. Pastu stress sebab life tak banyak. Life habis senang je boleh tukar tarikh kat phone. Yang moves sikit tu tak best. Phone adik best sebab banyak moves. Mana aci.

Pastu tak boleh jadi nie mesti ada cara lain. Maka menggoogle la. Last2 jumpa jugak apk punya. Yesh yesh. Boleh start kejar adik aku dah. Mihmih. Aku kongsi link boleh download kat situ k. Ada lg ke orang main candy crush sekarang? Hehe



Maaf gambar kecik la pulak. 9999 life 200 moves. Main sampai lebam.

1) Download apk.
2) Uninstall candy crush
3) Install yang baru download tadi. (sorry terpaksa start dari awal balik, level 1..hihi)

Husband & Wife : Benda kecik tapi boleh gaduh

Assalamualaikum...

Aku terpanggil untuk berkongsi tentang satu isu yang menarik dari blogger namee roslan
Renung-renungkan pada zaman teknologi yang semakin canggih.
Jaga-jaga naaa..


Boleh screenshot ja tak boleh copy. miahaha..

So jagalah hati pasangan masing2.

Nak baca lebih lanjut boleh baca di sini :

Post pertama 2014 dan nuffnang

Assalamualaikum...

Welcome 2014 dan umur pun makin meningkat. Tak sangka tahun nie dah 26 tahun. Semoga aku lebih matang dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. Semoga tahun yang baru ni juga kami dikurniakan cahaya mata. Sesungguhnya Allah maha mengetahui bila selayaknya untuk kami bergelar ibu dan bapa. 

Percaya pada rezekiNYA. 
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. 

Tentang nuffnang pulak semalam dah cash out untuk pertama kali. Kumpul dari mula berblog semalam baru nak cash out. Walau tak banyak mana tapi Alhamdulillah. Berblog sambil jana pendapatan. Tunggu sebulan untuk dapat cek pertama dari nuffnang. Excited ! Terima kasih korang sudi melawat dan isi tabung kat blog nie.

Ala stress tengok nuffnang dah kosong balik. 

Okay hari ni sempena tahun baru blog ni pun kasi edit sikit. Hanya ubah di bahagian sidebar. Oh pada yang join Segmen bloglist sha purple terima kasih banyak2, dah letakkan blog korang dalam bloglist blog nie untuk bulan january dan february. Cuma sorang je url blog salah. sila check. 

Semoga tahun-tahun mendatang akan lebih baik dan baik. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...