Assalamualaikum & Hi...
Ingat lagi,
dulu kecik-kecik mak abah selalu bawa kitorang adik beradik pergi jogging.
Kalau tak tasik jitra mesti pergi taman rimba. Satu dua round jadi la. Rindunya
zaman tu. Dah habis jogging terus lepak kedai untuk breakfast. Roti canai telur
satu. Pehh nikmat. Tambah balik kalori setelah terbakar dek kerana jogging itu.
Miahaha.
Tapi…..Korang
tahu tak cara yang betul untuk membasuh
atau membersihkan Reebok running shoes korang? Kalau dulu aku main sental
je dengan berus tapi tetap tak berapa nak bersih jugak. Still ada kesan degil.
Haa jangan
tak tahu, proses membasuh sepasang kasut sukan bukanlah seperti korang membasuh
kasut biasa atau pakaian lain. Ia haruslah dilakukan dengan proses yang betul
untuk mengelakkan sebarang kerosakkan terhadap kasut korang tu. Jom aku nak
share sikit dengan korang cara yang betul untuk membasuh kasut sukan.
Berikut
merupakan 2 cara untuk membasuh sport shoes.
A
1) Langkah
pertama adalah dengan mencabut ikatan tali kasut sepenuhnya.
2) Kemudian,
gunakan berus gigi yang sudah lama untuk memberus bahagian kasut yang kotor.
Berus gigi digunakan kerana struktur yang lebih lembut dan tidak mencalarkan
permukaan kasut.
3) Kemudian,
basahkan sehelai tuala bersama sabun dan lap permukaan kasut sukan korang.
Seterusnya korang boleh menyidai kasut sukan tersebut sehingga kering.
B
1) Cara
kedua dimulakan dengan menanggalkan tali kasut dan kemudian, masukkan kasut
korang ke dalam sarung batal yang tidak
gunakan lagi.
2) Dan
langkah terakhir adalah masukkan kasut yang dibalut bersama sarung bantal tadi
ke dalam mesin basuh. Kemudian, boleh sidaikan kasut tersebut sehingga kering.
Mudah bukan?
Cara kedua ni rare sikit, aku tak pernah
try lagi…Tapi kalau korang berani boleh cuba cara nie. Senang masuk mesin
ajerr. Ekeke.
Selamat membasuh =)