Pageviews naik sepanjang ramadan, turun menjelang raya !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masuk je bulan ramadan, tersenyum je pageviews blog mencecah angka 1k hari-hari. takda niat nak menunjuk, just kongsi kegembiraan. hee

Entri resepi lah yang menjadi tumpuan bulan puasa nie. yela semua sibuk nak masak untuk berbuka. Lupa nak screenshot. T_T

Minggu akhir ramadan dan menjelang hari raya, pageviews pun semakin berkurang. mihmih.


Hanya mencecah 600-800 sehari. pheww. Walaupun sedikit merudum, tetap bersyukur. Terima kasih kepada yang sudi melawat blog picisan ku ini.

Semoga kita semua lebih bersemangat untuk blogging. chaiyo2.

Ramai update dah start balik kampung. Ayoo jelesnya. Hati-hati memandu keyh. Aku malam kang balik rumah mertua, ahad vrommm balik kedah. Tak sabaq oii. hehe.

Apapun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua. Salam lebaran. Maaf andai terkasar penulisan / terbuat korang terasa hati sepanjang aku berblog ni. kosong kosong ya =)


Jahit Border Lace Jubah


Assalamualaikum....

Ingat tak hari tu ada cerita yang aku dapat Mesin Jahit Baru kan. So ini lah projeknya. Tapi awal2 je guna mesin, lepas tu jahit guna tangan lagi senang. dush2. Lace macam nie susah nak guna mesin sebab dah siap ada manik sekali. Biasa la first time nak jahit lace. kehkeh.

Pergelangan tangan

First, jahit border lace untuk pergelangan tangan. Nak cari warna border lace warna pink tapi takda yang cantik, jadi grab yang warna putih nie. ehehe. Ni kira antara Projek Baju Raya jugak la. 

Pin kan dahulu supaya lace tak lari dan mudah untuk jahit.

Ni mula-mula guna mesin untuk jahit kat hujung tangan tu. maap le budak baru belajar.

tadaa...dah siap jahit hujung. bahagian atas jahit pakai tangan.

Body

Dah siap jahit lace untuk kedua2 belah tangan, lepas tu jahit untuk body jubah pulak, tak nampak kosong sangat. Semua lace ni pilih dengan my mak mertua and adik ipaq hari tu. kes kedai dah tak terima jahit lace. Ada la hikmahnya, aku boleh belajar jahit lace sendiri. sobs. 

Jubah asal. Kosong & lace warna hitam

Disebabkan aku tak gemar tengok lace hitam tu, makanya aku jahit sendiri lace baru warna putih. hehe. Ditambah lace bunga2 kat body. Jahit lace bunga ni pakai tangan. Phewww memang leceh tapi seronok bila tengok hasil. 

Ini lah lace bunga tu sebelum dijahit. hehe

Ok tak sabar nak pakai raya nanti. Alhamdulillah selesai semuanya.

Yang penting suami suka, kita pun happy. yayy !


Kad Raya from Raffelinna Sdn. Bhd.


Assalamualaikum...

Alhamdulillan hari tu dapat kurma dari Felinna beauty, sekarang dapat pulak kad & sampul raya dari mereka. Allah. Terima kasih sangat-sangat. Baiknya hati mereka. Semoga syarikat mereka terus berkembang dan sentiasa dimurahkan rezeki. Kagum dengan mereka =)

Macam tau2 je kita suka purple. ehehe

sapa nak duit raya?? beratuq cepat. 


Dah minggu terakhir puasa. Tak lama dah nak raya. Cepatnya rasa. Tak sabar nak balik raya. Excited !!


Review : Kesan selepas minum Ephyra


Assalamualaikum....

Alhamdulillah diberi peluang untuk merasai kehebatan Ephyra apabila tersenarai antara 30 orang pemenang Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga dari blog Mialiana.com. Boleh tengok SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan Ephyra. Jutaan terima kasih kepada Puan Amiza pengasas produk Ephyra dan juga sis Mia.

Hari ni tiba lah masa untuk aku review dan share dengan korang keberkesanan produk Ephyra berdasarkan pengalaman aku sendiri. Selalu duk tengok bloggers masing-masing pakat review berpuas hati dengan ephyra. Me jelous ok ! Akhirnya dapat juga aku rasai sendiri. yay !

Seriusly sebelum nie aku pun takut sangat nak cuba mana-mana produk minuman kesihatan nie. Tapi bila tau yang produk Ephyra dijamin Halal dan diiktiraf selamat oleh KKM, terus berani nak cuba.

tengok la, packaging ephyra yang sangat cantik.

Sampai je ephyra kat rumah, malam tu terus minum. haha. Minum sebelum tidur. Rasa dia jangan cakap lah, sedap ya amat macam jus oren. Elok jugak sebab aku nie jenis kurang minum air, bila minum ephyra aku akan pastikan akan minum banyak air. ehehe. Seminggu minum ephyra waktu malam sebelum tidur, kemudian berterusan minum sebelum sarapan.

Ephyra yang sedap, nyummy


Sebelum minum Ephyra


Hari pertama jerawat dekat dagu tu kemain besar and merah lagi. Masuk hari kelima minum ephyra jerawat dah hilang, hanya tinggal parut bekas jerawat sahaja. Bibir pun nampak kering je kan. Gambar tanpa sebarang mekap dan tanpa sebarang edit ya. Original 100% !!


Selepas minum Epyhra


Selepas minum Ephyra, Alhamdulillah parut jerawat semakin pudar. No edit. Ni aku hanya mekap nipis sahaja. See mekap pun sekata je kan. Dah tak perlu guna 360 or any other application untuk nampak flawless. Dengan ephyra kulit wajah dah boleh nampak flawless. Sebelum nie wajib edit tau sebab kulit tak sekata sangat even pakai mekap nipis pun. T_T Thanks to Ephyra. yay !

Kesan-kesan lain :

Rambut lebih sihat
- Selepas minum ephyra aku perasan rambut lebih sihat, lembut dan terurus. Nak sikat pun tak tersekat di sekala 4 lagi. Bangun tidur pun tak risau rambut seperti singa. 

Kulit semakin cerah
- Dalam beberapa hari minum ephyra, ada juga aku perasan dan suami pun ada tegur "eh sayang nampak semakin putih la" sambil tersengih2. haha. ini betul ya. Aku pun perasan tangan putih semacam. Biar betul kan macam tak percaya je. Seriusly aku yang memang dah berkulit cerah boleh lagi semakin cerah. memang wow vavavommm la ephyra. 

Melancarkan sistem pencernaan
- Aku memang ada masalah sembelit dari dulu. Alhamdulillah lepas minum ephyra ni, setiap pagi senang untuk membuang, Sistem pencernaan badan lancar je. Kalau tak mau 2 or 3 hari jugak baru nak membuang. tskkk.

Senggugut hilang
- Aku mempunyai senggugut setiap bulan. Boleh tahan teruk jugak sakit. Lepas minum ephyra dalam bulan tu kurang rasa sakit. Hanya sedikit dan tidak berpanjangan macam selalu. Alhamdulillah. 

Lebih bertenaga
- Terasa lebih bertenaga selepas minum ephra. Nak buat kerja pun bersemangat je. Kurang rasa mengantuk di siang hari. yayy

Meningkatkan kualiti tidur
- Ni paling best sebab sepanjang minum ephyra, senang je aku nak tidur malam. Letak kepala terus boleh tidur dengan nyenyak. Bila tak minum alahai kena take time lama jugak baru la nyenyak dengan sendiri. T_T

Banyak juga kan kebaikan minum ephyra nie. Alhamdulillah sangat berpuas hati. Ephyra memang terbaik. Korang pun kalau ada masalah seperti aku boleh cuba juga. InsyaAllah boleh kurangkan sedikit masalah tu. 

Selfie dengan ephyra. t-shirt pun cantik.

Ni pulak selfie mengada aku. No edit again. layan je lah yea. imma happy girl now. yayy !

Untuk info lanjut / untuk mendapatkan produk ephyra boleh hubungi :

Official Website : http://oceanlife2u.com
NoTel : 04 41417889/ SMS : 019 3999238
Email : info@oceanlife2u.com


Email from Jalan2.com Indonesia


Assalamualaikum...

Terkejut juga tiba-tiba dapat email macam nie. Dari Indonesia pulak tu, Serius memula ingat spam. tskk


Firstly, terima kasih kepada Shiori Kunigawa atas email ini.



Website www.jalan2.com merupakan Asia Pacific Travel Destinations & Review. Segala info / review tentang percutian dalam dan luar negeri terdapat di dalam satu website bagi memudahkan travellers untuk travel. Haa korang kalau rasa nak bercuti ke Indonesia atau kemana sahaja boleh la ke website ni, research tempat mana yang best untuk jalan-jalan. Senang lah macam nie. yayy !

Terdapat juga Discussion Forum untuk sharing tempat-tempat menarik. Kalau korang berminat untuk share travel korang ke website ni pun boleh jugak.


Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi :

http://www.facebook.com/Jalan2com

------------------------------------------------------------------------

Apa pun takziah untuk ahli keluarga MH17. Allahuakbar. Terkejut dengar berita sahur tadi. Berita yang sangat mengejutkan semua orang. Al-fatihah.


Kek Batik Ramadan | Namee Roslan


Assalamualaikum...

ehem. hari nie post pasal makanan. maaf semua buat korang terliur. hukss tak sengaja. hehe

Dah lama sebenarnya teringin nak buat kek batik nie, tapi tak terbuat. ehehe. Ingat lagi dulu masa study dekat Uitm Arau, bulan puasa ja mesti beli kek batik. Bazar kat sini takda pulak nampak orang jual. Rindunya makanan utara. sobsob.

So moh le kita buat sendiri, dapat banyak hari-hari boleh makan. Dah bookmark siap-siap resepi kek batik moist dari blogger Namee Roslan sebab senang. Ini lah dia hasilnya.....tadaaaa 


nyummy. sorry la korang 

Alhamdulillah suami cakap sedap. Tiap-tiap malam mesti nak makan je. Buat minggu kedua puasa, semalam dah habis, setel. happynya lahai bila suami suka. Boleh tahan rasa dia sedap. Nanti boleh la buat lagi.


Dah siap masak semua bahan. Tinggal nak susun biskut je.

Kalau nak resepi boleh tengok kat sini :



My Blog Shop ! welcome


Assalamualaikum...

Hi. Dalam sibuk-sibuk orang duk bercerita pasal streng lock, aku pulak sibuk edit blog baru untuk my online shop. Usah dicanang hal orang.

Alhamdulillah ShaLalla Collections bertapak dari tahun 2012 sehingga sekarang. Berhenti kejap dan kini kembali aktif. Hari nie lancarkan pulak Blog Shop untuk ShaLalla Collections. InsyaAllah segala item akan update terus di blog shop dan juga page. Mudah-mudahan senang untuk customer refer our collections.



Jemput sahabat semua visit my Blog Shop. Follow sekali ya if tak keberatan. hehe


New item. Sesiapa yang masih belum jumpa baju raya boleh tengok glam raya collections dekat page. Mana tau kot2 ada yang berkenan. Banyak item cepat habis. Last postage Sabtu ni. Kemudia dibuka pula after raya.

Jemput juga like page Shalalla Collections jugak ya.


Thank you guys. Jom support SLC. Semoga diberkati =)


Sihat, Bertenaga dan Cantik dengan Nutri ShineWhite


Assalamualaikum...

#ini merupakan Sticky post, sila scroll ke bawah untuk entry yang terbaru..

Alhamdulillah hari nie dah masuk Ramadhan yang ke-11. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diterima dan dirahmati Allah.

Bulan puasa kita mesti nak sihat tubuh badan dan bertenaga untuk melakukan kerja seharian. Tak lah nampak lesu je sapanjang bulan ramadhan nie. Nak buat amal ibadah pun lebih bersemangat. Perempuan tak sah kalau nak nampak kulit sentiasa lembap & glowing walaupun seharian berpuasa. haha jangan tak mengaku. Lelaki sekarang pun ramai yang sangat menitikberatkan tentang kecantikan kulit. curlasss kau.

Untungnya Medina Essential keluarkan produk minuman Nutri ShineWhite untuk sihat, bertenaga, cergas di bulan puasa. Yang istimewanya Nutri ShineWhite ini merupakan pemakanan sunnah , bahan makanan yang di amalkan dan menjadi kegemaran Rasullulah S.A.W sendiri.. Habatus sauda juga terdapat di dalam Nutri ShineWhite. Pemakanan sunnah yang segelintir orang tidak tahu. Banyak kebaikan yang kita boleh dapat daripada habatus sauda ini.


Mulakan hari anda dengan amalan minuman sunnah lebih-lebih lagi didalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bersahur bersama NutriShineWhite daripada Medina Essential. Dengan keajaiban makanan sunnah, anda akan merasai:

✔ lebih cantik
✔ lebih ceria
✔ lebih cergas

Lagi Kebaikan Nutri Shinewhite dari Medina Essential: 

✔ Anti oksidan dan detoxification yang hebat
✔ Memelihara kuku dan mengurangkan keguguran rambut
✔ Memelihara dan membaik pulih rekahan tumit kaki
✔ Membantu menstabilkan paras kolestrol
✔ Membantu mengurangkan berat badan
✔ Mampu menyerap minyak dan memecahkan lemak dalam badan
✔ Meningkatkan metabolisma badan
✔ Mengembalikan stamina dan menghilangkan stress
✔ Membaiki sistem pembersihan dan aliran darah
✔ Membantu menghilangkan keputihan untuk wanita


Kandungan Medina Essential : Collagen Marine | Soy Protein | Isolate Powder | Aquamin | Ekstrak Delima | Ekstrak Biji | Aprikot Ekstrak | Epal Hijau | Habbatus Sauda | Kurma | Kismis | Buah Tin | Madu | Citrus

Diformulakan sebagai minuman KECANTIKAN dan KESIHATAN TERBAIK No. 1 di Asia kerana diadunkan dengan menggunakan bahan- bahan yang terbaik dan berkualiti tinggi. Nutri ShineWhite juga mengandungi makanan- makanan sunnah yang disebut di dalam Al- Quran. Dan apabila mengandungi makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW pastinya Nutri ShineWhite ini sesuatu yang istimewa.

In Shaa Allah. Produk keluaran MUSLIM. DIJAMIN HALAL 100%. Kesan SEAWAL 5 HARI berdasarkan testimoni dari pengguna Nutri ShineWhite.

Antara TESTIMONI hebat pengguna :






Sekarang kalau korang berminat nak dapatkan Nutri ShineWhite nie ada PROMOSI tau. Tawaran terhad!! Apa lagi jom dapatkan Nutri ShineWhite untuk sihat, bertenaga di bulan Puasa & cantik ceria di Hari Raya. 

Promosi HANYA RM140 SAHAJA
(RM150 untuk Sabah & Sarawak)
Harga sebenar RM180 !
(EXCLUDE POSTAGE)

PERCUMA dengan setiap pembelian !
✔ FREE SHAKER
✔ FREE NON WOVEN BAG (limited)
=======================================================================

BERMINAT?? Boleh contact mereka di :


Instagram : Medina Essential


Untuk testimoni, sila ke http://tinyurl.com/lp6xel5

Untuk info sila ke : http://bit.ly/1u43G2R

SMS <NSW_NAMA_LOKASI> ke 016 222 3444 untuk mendapatkannya. 

p/s: Kami di Medina Essential Official sangat berbesar hati untuk memberikan manfaat kepada semua

ANDA CANTIK CERIA DIHARI RAYA!!


Segmen Blogger Aktif Bulan Julai




Klik banner untuk join


Projek Baju Raya !


Assalamualaikum...

Salam Nuzul Quran.

Masing-masing dah sibuk mencari baju raya. Aku jangan cakap lah sebelum puasa lagi dah start cari sikit-sikit baju raya. Semangat ! cehh padahal tak nak letih cari baju time puasa. kekonon. 

Tapi hari ahad hari tu dah turun kl cari baju husband and tudung raya aku. Tinggal tudung ja belum jumpa, yang lain awal-awal lagi dah setel. bahaha. haa kekonon tak nak shopping time puasa. Pehhh ramai orang and memang sesak tak hengat. Sempat singgah Jakel nak usha baju Aaron Aziz tu, alahai meriah berpusu-pusu orang nak dapatkan baju raya Aaron Aziz tu supaya hari raya nanti segak seperti Aaron. hehehe. 

Sebelum puasa hari tu family ada turun sini, dapat la shopping raya dengan family. Tak plan sangat nak beli apa tapi bila dah berkenan terus grab. Siap suruh mak tolong pilih warna sebab aku dah confius nak ambil warna apa. haha. Semua cantik-cantik. 


Tutu dress, shawl and telekung raya. tudung hitam putih tu dah pakai, tak buat untuk pakai raya. hehe



Untuk raya aku memang dah plan nak pakai jubah yang macam ni. Simple but nice and boleh pakai untuk jalan-jalan. Nampak kosong kan, next projek untuk baju ni aku dah tambah lace sendiri. Tunggu next entri. Hantar kedai semua tak terima nak jahit lace. frust T_T

Pilihan sebenar

From Masyaallah house. Melting. Dah close order untuk raya T_T. InsyaAllah ada rezeki nanti nak ada satu collection from her. 


From Minaz Boutique. Oh ni pun melting. Tapi design nie dah takde rasanya.

Takpe dah jumpa pun walaupun tak serupa. hee. 

Akhirnya projek raya setel juga dengan jayanya. Tak yah pening-pening fikir lagi. Next projek kuih raya pulak dengan mak mertua. =)


Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My


Assalamualaikum...



Ramai blogger duk bercerita kemahen shopping sakan dekat Nile.com.my nie. Satu online shopping yang harga mampu milik, murah wehh. Aku yang tengok review diorang pun boleh terpengatuh sama nie. haih. Alang-alang join jugak lah giveaway nie. ehehe.

Kalau ada rezeki dapat Duit Raya RM300 daripada Nile.com.my, mesti nak shopping dekat Nile.com.my nie. Boleh tambah lagi sikit barang raya. Duit lebih boleh la guna untuk tampung kos perbelanjaan untuk balik raya dekat Kedah. Duit minyak, duit tol and etc. ehehe.

Hadiah :

2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai
4 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai

Tamat pada 21/07/2014, 11.59pm

Check result kat SINI

* Pemilihan pemenang berdasarkan random.org


Mesin jahit baru. yeayy !


Assalamualaikum...

Hari tu ada cerita dapat voucer dari Rakuten.com.my kat SINI. Servis dia memang tip top and puas hati. Order malam tu, esok dah hantar, lusa dah sampai depan pintu. Bungkusan pun tersangat lah kemas dan rapi. Tak de lah terkemek2 barang. ekeke.

Dengan voucher RM100 dari rakuten tu aku tebus beli 4 in 1 Mini Sewing Machine and Electric Egg Cooker. Memang dah lama idam nak beli Mini Sewing nie dan Alhamdulillah rezeki tercapai jugak akhirnya. yeayyyy !


Mini sewing : RM79
Egg Cooker : RM35
Shipping : RM9


Dah dapat tu terus la aku belek2 mesin jahit nie. Baca manual menjuling mata. Makanya tengok youtube cara nak guna. Hoihh senang rupanya. Terus try guna and jahit. yay dah power guna. Dulu pernah jahit guna mesin jahit mak kat rumah tapi dah lama berkurun dah. Sekolah menengah lagi tak silap. 

Lepas nie nak belajar jahit baju kurung and jubah. Tak tahu sama ada nak pergi kelas menjahit or cari tutorial dekat internet nie. haha. Memang tak tau langsung macam mana nak buat sehelai baju. T_T. Untungnya sapa yang pandai menjahit tu. Meh ajar please. hahaha.


Electric Egg Cooker nie belum try lagi. Tak tahu macam mana nak guna lagi. bahaha. Manual tulisan cina. choii. faham sangat baca pun. Ada sapa2 tau camna nak guna nie? ehehe.

Korang pun cuba la tengok web rakuten.com.my mana tahu ada yang berkenan. Sekarang ada Raya Sale tau, promotion up to 70%. pehhh. Aku pun ada target satu barang lagi. hehe.

Selamat berpuasa dan selamat bershopping =)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Belum jumpa baju raya? boleh singgah sini : https://www.facebook.com/ShaLallaCollections


Segmen Blogwalking by Eiqa Almond



Assalamualaikum

Klik banner untuk join

HADIAH ( perserta yang bertuah ) :
Kimono Cardigan ( labuh )  x  1 peserta yang bertuah
Topup RM5  x  2 peserta yang bertuah

TARIKH TAMAT : 24 Julai 2014


Kurma dari Felinna Marketing


Assalamualaikum...

Semalam terima parcel dari poslaju. Terkezut jugak mak jemah bila masa pula aku ada order barang. Tengok dari Felinna Marketing. Buka-buka parcel rupanya sebungkus kurma Yusuf Taiyoob. Alhamdulillah 
rezeki bulan Ramadhan. 


Terima kasih banyak-banyak Puan Felinna and team. 

Siapa yang tak kenal dengan Puan Fel. Sangat baik hati dan selalu berkongsi tips perniagaan di facebook. Seorang yang kuat dan berjiwa kental. Tidak mudah berputus asa. Sangat kagum dengan beliau. 

Antara produk keluaran Felinna Beauty

Siapa yang berminat untuk dapatkan produk keluaran Felinna Beauty nie boleh la hubungi kami di :



PEMENANG Segmen Bloglist #1 Sha Purple


Assalamualaikum....

Hari nie tiba lah masa untuk umumkan pemenang bagi Segmen Bloglist #1 Sha Purple. Maaf atas kelewatan. Sepatutnya saya umumkan pada 30 Jun. Tapi hari nie baru berkesempatan. Maafin guer. hehe.

Selamat berpuasa kepada semua. Semoga ramadhan kali ini diberkati.

Seramai 10 blogger bertuah yang berjaya dipilih orang random.org. Anda diminta supaya memasukkan juga blog sha ke dalam bloglist anda sebelum 7 Julai 2014. Jika tiada bermakna anda tidak berminat untuk bertukar bloglist dengan saya =)

Boleh semak senarai peserta DI SINI.

Tahniah kepada semua pemenang!!!

10 Pemenang bertuah











Terima kasih kepada semua peserta =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...