Review : Bio-essence Tanaka White Double Whitening Cleansing Foam

Assalamualaikum...

Hari nie rajin nak sharing2 dengan korang tentang produk yang kak sha pakai selama nie. Adik2 kat fb yang selalu tanya kak sha duk pakai produk apa, brand apa, ok ke idok kan, haaa ni dia kak sha nak cerita. 

Sharing tentang pencuci muka dulu okay. 

Alhamdulillah dari zaman degree, bujang sampai la zaman dah kawen nie masih setia dengan Bio-essence Tanaka White Double Whitening  Cleansing Foam. Adik kak sha pown pakai jugak pencuci muka nie tapi dia dah beralih kepada yang lagi baru yang bird's punya tue warna gold  siap dengan collagen. 

Punca boleh pakai produk nie macam nie cerita dia. Masa tengah khusuk usha semua produk yang ada kat tesco tue tetiba datang sorang salesgirl nie, biasa la nak rekemen itu ini la tue. haih cukup xsuka kalau tengah sedap2 tengok barang ada orang datang tengok, gi jauh2 sikit, tapi nak wat camna tu kan kerja diorang. Layankan jela. Elok jugak. So dia rekemenkan pencuci muka nie, dia cakap pencuci muka nie elok sebab boleh buang segala kotoran dan solekan. Kak sha kan kadang2 mekap. So cepat terpengaruh terus beli. bahaha pantang betul. Tapi memang betul rasa segar je muka lepas cuci muka dengan Bio-essence Tanaka White nie. 


Credit to encik google


Keberkesanan Produk:

  • Buih halus perlahan-lahan membuang lebihan minyak, kotoran dan solekan.
  • Membersih, memutihkan dan melembapkan kulit pada masa yang sama.
  • Kulit segar, kelihatan lebih cerah dan licin selepas dibasuh tanpa sebarang rasa sesak kulit

Cara Penggunaan:

  • Picit jumlah yang sesuai ke atas tapak dan berbuih dengan air.
  • Urut perlahan-lahan pada wajah dan leher.
  • Bilas dengan air secukupnya. 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit


p/s : Pencuci muka nie dah nak habis. lepas nie nak try brand lain pulak tengok lagi ok ke tak sebab dah tersilap beli hari tue. ciss. so x nak membazir. Kalau ok nanti kak sha review ok. murah pown murah.

p/s : Perasan tak nama Tanaka White sama dengan bedak sejuk Tanaka yang tengah hot sekarang nie. Bahan dia dari tanaka jugak.

2 comments:

Iola said...

berapa harganya ya sis :D

@min said...

Hi..i pon guna Tanaka White series tapi syg naik jerawat kat dahi..cis..anyone r welcome to read my review and share ur thoughts ;)

http://missgeek.blogspot.com/2015/09/bio-essence-tanaka-white.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...