Assalamualaikum...
Disini ingin saya kongsikan bersama anda tentang satu artikel di fb yang sangat menarik ini.
![](//4.bp.blogspot.com/-JMBvgYQffeA/UhLiYKWJ26I/AAAAAAAABLY/2mogeeJKa7w/s640/1187307_628768503810614_907663152_n.jpg)
Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta.
Biasa dengar org gaji 5k, tp pandu kereta yg
instalment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji 4k pandu kereta 1k per
month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. darah muda
akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta
best, harga diri seakan meningkat sama. dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja
ni cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato, golf,
accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah
di mata org sekeliling. tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak
abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per
month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, eksesori keta &
pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu.
instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol
400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time keta tersadai
kat parking keta, jarang2 drive tak cukup duit utk petrol.. he he he). keta
mahal dah tentu minyak injin pakai fully sentetik, brand elok ...takkan nak
pakai minyak injin hak murah ye tak? sayang la injin keta tu. keta hebat takkan
nak pakai brand tayar murah right?
keta injin laju ni bahaya pakai tayar brand murah.
gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. jatuh la stendet. or takkan
drive Camry tp pakai tayar seken hand? malu la kat budak2 kedai tayar.
hehehe.... kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. satu tayar jer dah
rm350-400 ikut brand. So byklah 'kebocoran' sana sini angkara kereta nak hebat
& nak maintain pakej yg datang bersamanya.
kebocoran tanpa sedar. kerana bila motokar hebat,
takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum.
malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua bg duit raya sama mcm yg memandu
Civic/Accord. so bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik mcm2 lagi
tekanan sekeliling yg meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu
keunggulan. keta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan
nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta mesti kat
designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj
pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. bila keluar dgn kwn2 or ipar duai
takkan yg pakai proton nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe...
maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... sbb nak
jaga gaya mutu & keunggulan.
ramai org suka kereta. sbb utamanya ialah keperluan
utk bw dari point A ke point B. sbb2 yg lain ialah kereta represent tahap
ekonomi seseorg, imej, hobi. namun utk keadaan hari ini, jenis kereta blh
mengelakkan dari dipandang rendah oleh org sekeliling, terutama masa balik raya
& masa nak attend reunion dgn kwn2 sekolah & kwn2 uni. walau mcmn
sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression bila org tgk kita sampai.
bila attend reunion kwn sekolah cthnya, amat berbeza penampilan bila seseorg tu
sampai dgn brand new Accord berbanding Pesona. cash byk, saham byk, emas byk,
rumah byk org tak nampak. cerita pun org tak caya. dan sikap segelintir
masyarakat... ada rasa hormat bila sembang dgn org2 berkereta besar bbanding
dgn mamat berkereta saga BLM.
cuba tanya mana2 org muda, majoritinya target nak
pakai keta hebat bila grad, bila dpt kerja krjn or swasta. buat hutang 9 thn
sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn
akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9
tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & pakejnya. byklah
opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thun mesti nak tukar kereta lg. sbb
keta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. klu dulu mula2 beli
kereta umur 28, lepas pakai dua kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu
baru terpikir berapa lama lg nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving
ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, utk sustain life style yg ada.
org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an, kita masih pikir tpaksa kerja
utk tanggung hutang.
dan yg paling
malang..................................... byk kes berkereta hebat tapi hujung
bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Pesona seken hand
malu, pinjam duit merata tak malu. sanggup skip duit yg patut bg org tua tiap2
bulan. malah pinjam pulak duit org tua. pinjaman yg liat byr balik. selalunya
buat lupa nak byr balik.