Rambut lurus


Assalamualaikum....

Hi. Dari dulu sampai sekarang memang idaman sangat nak rambut lurus menawan. Satu cara yang nampak kesan harus lah rebonding kan. Tapi kalau tak dijaga dengan betul memang boleh merosakkan rambut. nanges woo.

Tak jumpa lagi shampoo yang boleh meluruskan rambut dan best. ke aku yang tak tau? ekeke

So baru-baru nie dapat tau shampoo Sunsilk yang berupaya meluruskan rambut. Dah la botol warna purple memang teruja sangat nak try. Terus ajak husband beli. 


Harus ada dua jenis nie untuk kesan lebih baik. Shampoo & conditioner.



Shampoo nie memang best dan wangi sangat. Lembut je rambut lepas pakai. 



Lepas pakai shampoo, pakai pulak conditioner nie. pehhh memang lagi melembutkan rambut and wangi sangat sangat. Tapi yang ni aku pakai bila rajin and ingat je. ehehe. Sepanjang pakai nie nampak juga beza sikit. Kita tunggu lama sikit and mesti wallahhh....


Menang URL Blog bertuah Mialiana



Assalamualaikum...

Alhamdulillah tersenarai sebagai pemenang bertuah URL blog #9 kak Mia. Selalu jugak drop url blog bila kak mia buat segmen nie. Tak sangka bulan ni bertuah boleh menang. Dapat masuk bloglist kak mia. yayyy...


Thank you so much kak mia. =)

Meriah bulan Oktober !


Assalamualaikum....

Sebelum ni selalu mengadu tetiba cpuv nuffnang macam ada problem. Siap berpuluh tiket hantar dekat nuffnang. Sedih sangat masa tu. Tapi takpa kita sabar. Selepas ubah sedikit setting dekat nuffnang, update bio profile, survey semua kasi cun, Alhamdulillah nuffnang dah back to normal.

Bulan ni paling best sebab meriah cpuv yang on going. I is happy. Ada yang double, ada yang triple. Ramai jugak yang jadi macam ni kan. Tahniah uolss...


Sebanyak 13 cpuv yang on going. Thank you nuffnang & advertiser.

Giveaway Pertama SitiSab



Assalamualaikum...

Lama rasanya aku tak join giveaway. Hari nie tertarik nak join giveaway dari SitiSab. Tema blog pun sama dengan warna kesukaan aku, purple. ehehe.

Nak join juga boleh klik banner di bawah ni ya !


Dengan ini aku tag 3 orang rakan untuk join giveaway ni :

@Amiiza
@Adinda Aizura Mazlan
@Asha Lya


Resepi Spaghetti Bolognese Cheese


Assalamualaikum....

Memang favourite sangat spaghetti nie. Kalau nak makan western mesti akan order spaghetti ataupun chicken chop. Mesti punya. Tapi kalau kat kedai lagi suka order spaghetti oglio sangat memenuhi citarasa tekak. Tapi kalau kat rumah suka masak spaghetti bolognese. Favourite husband jugak tu.



Letak cheese setengah je sebab aku bukan lah penggemar cheese. Kalau cheesecake depan mata pun memang sikit sangat la aku makan. tehehe. ruginya kan !

Selalu masak spaghetti bolognese guna resepi nie. memang sedap & senang je nak masak. Ikut citarasa tekak masing-masing yea. For me dah sedap dah. ehehe

Resepi Spaghetti Bolognese Cheese

Bahan-bahan

- Daging kisar
- 1/2 botol sos Kimbal Spaghetti Mushroom
- Sos tomato
- Cheese
- Sosej or bahan lain yang ingin ditambah. Aku suka letak sosej. haha

Kisar semua bahan di bawah :

- 1 bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- 8-10 bji cili kering yang telah direbus

Cara-cara

1) Tumiskan bahan yang telah dikisar.

2) Masukkan daging kisar. Biarkan sehingga daging berubah warna. Tambah sedikit air

3) Masukkan sosej atau bahan lain

4) Masukkan pula 1/2 botol sos Kimbal Spaghetti Mushroom dan tambah sedikit air.

5) Masukkan 3 sudu sos tomato. Kalau suka masam tambah lagi sos tomato.

6) Tambah sedikit garam.

7) Siap....Sedia dihidang. 

Then boleh tambah cheese di atas kuah tadi. Kalau nak tambah cheese waktu memasak pun boleh. Boleh cuba sebab aku tak cuba lagi macam tu. hehe.

Shopping at NILE.COM


Assalamualaikum...

Semalam dah selamat sampai parcel dari Nile.com.my nie. Good job poslaju, pantas kali nie. ehehe. Hasil tangkapan sempena Mycyber sale yang berlangsung selama 3 hari. Semalam last day. Hari pertama pun banyak item dah habis stok. Laju...


Best shopping kat Nile sebab barang2 semuanya murah. Habis la rambang mata aku tengok semua barang. Sabo sabo.


Baju ittew dah sampai. yayy. Tambah lagi koleksi dress. 

Warna cantik. Material pun best. Puas hati =)

Alter jubah / dress


Assalamualaikum...

Bila dah ada mesin jahit sendiri ni, nak menjahit apa pun senang. Tak payah susah2 hantar kedai lagi untuk alter baju sendiri. See, dah boleh jimat kat situ.

Setakat ni dekat 3 / 4 helai dress jugak yang berjaya alter sendiri. Tapi kalau ada mesin jahit tepi kemas sikit jahitan tu. Harap nanti dapat beli pulak mesin jahit tepi. Pasang azam. ehehe.

Tak susah pun nak alter baju sendiri. Rasanya semua dah tahu kot macam mana kan. Senang je. Yang penting ukuran tu mesti betul. Labuh sikit tak pe jangan singkat. ekeke.


Ni jubah yang aku alter. Saja bosan-bosan buat sendiri lah. Dah siap jahit semua baru teringat nak tangkap gambar. tskk. Jahitan guna mesin mini ni ok jugak kemasnya. cuma kadang-kadang bila panas or lama sangat dia akan meragam. Sabor jela. haha

Teringin nak masuk kelas jahitan. Kat mana ada yea....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...