Showing posts with label Husband & wife. Show all posts
Showing posts with label Husband & wife. Show all posts

Happy Anniversary - 2nd






Happy Anniversary yang ke 2 tahun sweetheart. 

241212 - 241214

Semoga hubungan yang kita bina ini kekal bahagia selamanya hingga ke jannah. 

Terima kasih atas segalanya my lovely hubby. 

Alhamdulillah syukur...

"hadiah yang amat bermakna" untuk kita tahun ini. jeng jenggg


"A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person." – Mignon McLaughlin

Sesuatu yang Menguatkan Aku #day3 | Cabaran 30 Hari


Assalamualaikum...


Hari ni masuk hari ketiga aku dalam Cabaran 30 Hari. Menceritakan sesuatu yang menguatkan aku.

Sesuatu yang menguatkan aku pada masa sekarang adalah cinta, kasih sayang & ketulusan hati seorang yang bergelar suami.

Sepanjang perkenalan sehingga ke alam perkahwinan, setiap dugaan dan cabaran hidup berjaya kami harungi bersama selain family tercinta. Alhamdulillah. Ya, dia lah penguat semangat aku di kala diri ini sangat lemah, sedih, & sakit. Insan yang sentiasa ada disisi tak kira waktu. Saling bantu membantu. In Shaa Allah

Dikala orang mencaci hina diri ini atau ada yang buat aku sedih. Dia lah yang memberi segala kata nasihat, menguatkan kembali semangat aku yang hilang. Allah.

Sejak awal diri ini menceburi perniagaan online. Dia lah penguat semangat aku sampai sekarang. Membantu dalam segala hal.

Sentiasa berdoa semoga rumahtangga kami sentiasa dalam lindunganMu dan kasih sayang antara kita sentiasa mekar.

Aku dan kamu, kamu dan aku. I love you forever =)

Terima kasih atas segalanya...

From,
Your lovely wife

Kisah Piala Thomas - Husband & Wife


Assalamualaikum...

Semalam pertama kali tengok Perlawanan akhir Piala Thomas dengan penuh bersemangat. fuhhh. Memang tengok perlawanan tu buatkan kita berdebar-debar dan juga stress. Memang sengit. Apapun tahniah kepada pasukan badminton Malaysia dengan semangat perjuangan yang bersungguh-sungguh walaupun tewas dengan Jepun.


Kisahnya nak cerita sikit pasal part sembang kami suami isteri tentang piala thomas nie. bahaha boleh kata kelakar and malu jugak wehhh. T_T

Suatu malam, suami google tentang piala thomas 2014, Malaysia vs Denmark.

Isteri : ehhh abang bukan sokong chelsea /  arsenal ke? (sebab tengok Malaysia vs Denmark, maaf aku memang tak qeti bab2 ni..ekeke)

Suami : heyy merepek ape sayang nie. sayang tau tak piala thomas tu ape????

Isteri : (blur)...alamak. ape eyh? (sambil sengih-sengih)

Suami : Piala thomas tu perlawanan badminton tahu???

Isteri : KAHKAHKAH HAHAHahahahahahahha.

Sekian.....


Percutian budget pd, Corus Paradise Resort Port Dickson

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya cakap dekat hubby one day nak jugak bercuti kat pd mandi2 pantai walaupun dah banyak kali jugak pergi. Tapi balik hari. Tak tau la kenapa aku suka sangat mandi pantai nie. Maybe sebab dari kecik abah selalu bawak mandi pantai. Kebetulan minggu lepas free dan hubby terpaksa ot hari sabtu, makanya hubby janji nak bawak bercuti aka honeymoon kat pd. Yesh2.

Khamis pagi bertolak ke pd. Memang main redah jela. Ada rezeki ada la, kalau tak da memang balik la jawabnya. Terus cari hotel2 survey harga. Kalau kat area teluk kemang mahal sikit dalam 200+. Kalau ada pun check in pukul 3. Then kami teruskan perjalanan menuju ke pd waterfront. Penat jugak la mencari yang the best and nak bilik yang menghadap pantai. Hehe. Baru best nak fefeeling. Last survey masuk satu hotel nie Corus Paradise. Alhamdulilah berkat kesabaran rezeki sayang ni hubby cakap. Apartment private kitorang amek yang satu bilik RM100 sehari. Last tawar. Kalau public holiday RM150. Haa murah kan. Ni yang private tau. Kalau untuk stay hotel dia mahal sikit dalam RM300+. Ok tak cakap banyak so kitorang terus decide nak stay yang private tu. Yang penting check dulu condition bilik tu macam mana. Terus boleh check in. Masa tu pukul 12 tengah hari kalau tak silap. 


Beli makanan dulu lepas tu baru check in. Masuk2 terus serang balkoni nak tengok view pantai. Haaa cantik sangat2 tau. Tak pernah tau pun ada tempat macam ni kat pd. Noob. Nak lexis jauh sekali. Alhamdulillah memang best sangat2 tempat nie. Kalau hotel tak da balkoni tau ada cermin je. Hehe. Nasib dapat bilik ok jugak not bad. Semua ada dapur gas pon ada kalau nak masak. Cermin ja tak da. Asemennn. Kami pon lepak2 kejap kat balkoni tengok pemandangan yang indah. Romantis.

Very nice view..so in love..

Husband and wife..Thank you very much suami.

tehehehe...fefeeling jap

memang worth it dengan harga yang berpatutan =)

Pintu ala2 jepun...

Swimming pool...

Petang sikit kami turun melawat kawasan. Tengok swimming pool. Sedihnya nak mandi kena pakai swimming suits. Tengok pun jadi la. Tak aci betul. Then lepak kat pantai. Kitorang lepak je dulu round2 menikmati keindahan pantai, esok pagi baru mandi pantai. Malam tu pulak kami ronda2 kat pd. Ramai jugak orang lepak tepi pantai sambil makan tapi kami tengok je sebab hujan renyai2. hehe.

Esok pagi masa yang ditunggu2 harus lah mandi pantai. Turun2 tengok ada couple baru je naik dah habis mandi. Tak kan kami dua orang je nak mandi. Cakap dekat hubby tak kira nak mandi jugak, biar la orang tak de pun. ekekeke. Tapi ada la dua orang mandi jauh sikit dari tempat kami. Lama sikit baru ramai orang turun mandi pantai. Kat situ juga disediakan watersports. Boleh la kalau nak main jetski ke banana boat ke. Pantai memang bersih dan landai. Mandi ketengah pun still tak dalam. Air tak pasang lagi kowt. Kalau ada adik2 best nie mandi sama2 macam hari tu kat batu ferringhi. 

Kalau kat sini takat kaki je lagi.

Then siap-siap nak check out. Memang seronok sangat. InsyaAllah nak bawak family pulak datang sini. Siapa yang nak bercuti tapi berbudget tu boleh cuba kat sini okay. =)

Sekian Wassalam...

Husband & Wife : Benda kecik tapi boleh gaduh

Assalamualaikum...

Aku terpanggil untuk berkongsi tentang satu isu yang menarik dari blogger namee roslan
Renung-renungkan pada zaman teknologi yang semakin canggih.
Jaga-jaga naaa..


Boleh screenshot ja tak boleh copy. miahaha..

So jagalah hati pasangan masing2.

Nak baca lebih lanjut boleh baca di sini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...