Batu Ferringhi, Pulau Pinang



Assalamualaikum...

Babai 2013 and welcome 2014. 
Ramai rakan blogger update aktiviti2 sepanjang tahun 2013 tapi aku baru nak update pasal percutian singkat. Banyak lagi yang tertangguh sebenarnya. Bulan 12 paling best sebab banyak aktiviti dilakukan bersama family. best tak hengat. Entry kali ni panjang sikit tau.

Beberapa minggu lepas weolss balik Kedah rumah family. Yelah dah rindu sangat dengan family. Suami pon bawak la budak manja nie balik jumpa family. Dah balik rumah tu tiba2 family ajak jalan2 yela cuti sekolah adik2 tak dapat pegi mana sebab mak pun tersangat sibuk kat opishh. Makanya plan jalan2 kat Pulau Pinang. Lama tak turun penang. Alang2 leh bawak suami jalan2 penang. pestime. kekeke.

Ini den nak ceqita punya la panjang perjalanan nak ke penang macam dari kedah nak ke kola lumpoq. haha. Selepas 3 jam, dalam kul 11 pagi macam tu kami bertolak dari rumah. Dah nak masuk penang, tudia banyaknya kereta atas highway tu. Ramai gila orang nak pi penang. Memandangkan hari Jumaat and dah tengah hari time tu. Kami pun belok kiri menuju ke masjid seberang jaya ke apa tah yang kat highway tu. memang dari dulu selalu singgah situ. Laki semua solat jumaat dulu kami pulak yang perempuan tunggu dalam kereta je. Panas terik masa tu. Dah selesai semua kami teruskan perjalanan. Nak naik jambatan banyak sangat kereta macam tak bergerak2. Kami pun naik la feri. Nak tunggu turn naik feri pun lama jugak. Ada dalam dua jam lebih kat situ. Bayangkan dengan panasnya aircond pulak buat hal kepala pun mula berdenyut2 dengan lapar lagi. memang hah. Bila dah dapat naik feri leganya Alhamdulillah. 

Tengok air laut cari obor2

Sampai kat Pulau Pinang tu pun dah petang singgah kat Masjid terapung dulu.

SubhanAllah...

Memula plan nak jalan2 penang and petang baru singgah kat batu ferringhi tapi sampai pun dah petang acanew. Baju salin kitorang semua bawak ja kowt2 nak mandi pantai. Abah decide tak turun batu ferringhi sebab dah lewat, pegi dekat pantai dekat2 ngan masjid ni ja. So kami pon ok la ok la. haha. Dah gerak tu tiba2 tengok eh kereta abah kat depan tu berdesup tak stop pon kat tempat abah cakap tu. Pastu cakap kat suami ni jalan nak pi batu ferringhi nie. yeayyy. Abah tukar plan. 

Big boss. Rilek ja abah layan kerenah anak2.

Petang2 nak dekat maghrib tak sempat nak mandi pantai. Alahai kesian. Abah decide lagi nak tido situ esok pagi kami leh mandi2 dengan puas. Cari chalet dekat2 situ kebetulan ada dua bilik lagi kosong. chalet lain semua dah full. Satu bilik RM150. Kami amek dua bilik. Rehat2 jap makan isi perut dulu pastu malam jalan2 kat night market. Ingat lagi dulu lepak ngan kawan2 kat batu ferringhi memang best sangat2.

Bergosip. Boleh tengok details chalet kat situ. Murah2 jugak watersports dia. 

Esok pagi mak abah balik dulu sebab ada kenduri banyak tinggal kami kat sini nak mandi pantai puas2. Ni antara hajat aku yang tercapai untuk tahun 2013. Terima kasih semua. Pukul 8 kami turun ke pantai. 

Keciknya kami. Seronok dapat mandi pantai. Rasanya kami antara paling bising kat situ sampai ada satu masa tu usik adik sampai semua orang tengok. ngaa.

Cantik kan gambar dari camera fon adik. tak yah edit2 dah. 

Kami naik donut kuning tu la. Abang tu cadangkan naik ni sebab lagi ekstrim dari banana boat. nak jugak rasa. Dapat seorang RM20. kalau tanya yang lain mahal RM40. Maybe sebab dah duduk kat chalet dia kowt. Aku, suami ngan adik laki duk belakang yang lain duk depan. boleh buat macam2 gaya. nak duduk berdiri boleh. Pergh memang ekstrim weh. Macam nak tercabut tangan pegang, laju gila bawak. Dah sampai lenguh2 tangan kaki. Adik2 cerita depa lagi lawak. tapi tak nak cita sini. HAHA. Esok lusa teruih lenguh kaki ngan tangan. Tapi best la. Tapi kalau naik banana boat best boleh jatuh tengah laut tu. Naik yang ni last2 kami terjun sendiri. Dah puas mandi naik chalet siap2 nak check out kul 12. Pastu teruih balik umah. Oh lupa singgah dulu padang kota pekena pasemboq baru senang hati nak balik. Masing2 pengsan dalam keta letih ya amat. Kesian suami drive sorang2. Pastu aku pon bangun teman sebab terkejut. haha.

Dua orang bodyguard kami. Jaga-jaga.

Sekian percutian singkat di Pulan Pinang. Banyak lagi nak update. tunggu turn. Terima kasih mak abah suami bawak kami semua jalan2. kami semua memang kaki berjalan. =)

~Jaga lisan jaga hati~


3 comments:

zacky786 said...

bestnya cuti satu family..

Nasuha said...

Pemandangan cantik d tepi laut...

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...