TIPS IDEA UNTUK BAKAL PENGANTIN YANG TAK NAK LUKIS INAI. HANDLACE BRIDAL SEBAGAI PENGGANTI!

Assalamualaikum

Hye... 

Ada bakal pengantin kat sini? Kak sha ada good news untuk uolss. Special untuk bride to be yang tak nak lukis inai tapi nak tangan cantik berseri2 dari jauh dah nampak cun.. 

Tips untuk korang boleh la pakai Handlace Bridal trend pengantin sekarang sebagai pengganti inai lukis.

Ramai pengantin yang dah pakai bagi feedback puas hati & suka sangat tetamu asyik tanya & puji cantik handlace ingatkan inai lukis 😉

Handlace Bridal
Rm29 sepasang 
Pos RM7 sm / RM11 ss

Combo Handlace & Inai Celup 
RM50 inc pos


Handlace Crystal 
Rm29 sepasang 
Pos RM7 sm / RM11 ss


Handlace Ribbon
Rm29 sepasang 
Pos RM7 sm / RM11 ss


Handsock Lace
Rm29 sepasang 
Pos RM7 sm / RM11 ss

Untuk info lanjut follow instagram 👇🏻

Nak order terus kat SHOPEE? Klik 👇🏻

Nak tonton video Handlace Bridal? Klik 👇🏻

Terima kasih 💕

Handsock Lace Pengantin / Bridal

Assalamualaikum...

Kepada bakal pengantin 2016...Anda tersangatlah bertuah sebab dapat melaram dengan Handsock lace / handlace yang CANTIK nie masa wedding. Dulu tak jumpa pon. Tapi takpa yang dah berkahwin tu boleh juga melaram untuk ke dinner.

Alhamdulillah rezeki. Tak sangka Handlace mendapat permintaan tinggi. Ramai jugak nak kahwin ya. Tahniah semua.👰

       Handsock Lace / Sarung tangan Pengantin
=============================


HANDLACE!
RM29
pos : RM8 sm / RM12 ss

Color : White , Creamy White

*Pergelangan lace sahaja, tak sampai siku


HANDLACE RIBBON!
RM29
pos : RM8 sm / RM12 ss

Color : White , Creamy White

*Pergelangan lace sahaja, tak sampai siku


HANDSOCK LACE!
RM28
pos : RM8 sm / RM12 ss

Color : White , White Cream, Soft Pink, Red, Purple, Black, Blue


FULL GLOVE!
RM25
pos : RM8 sm / RM12 ss


GLOVE NET!
RM19
pos : RM8 sm / RM12 ss

Color : White , Pink, Gold, Grey, Black


GLOVE NET 2.0!
RM22
pos : RM8 sm / RM12 ss

Color : White , Creamy, Black

Untuk order boleh contact :

Whatsapp : +6018-6604138 (Syahirah)

Fb : Nur Syahirah Bakarudin
Fb Page : Handsock Bynursyahirah
Ig : @handsock_bynursyahirah




#islamicoupleset #bajumuslimah #bajupengantinmuslimah #weddingdress #bajunikah #bajuraya #bajuraya2016 #pengantin2016 #handsock #handsockpengantin #handsocks #handsockmurah #handsocks3d #handsockbridal #handsockbridalbudget #handsockpengantinmurah #handsockpengantinonline #handsockpengantinmurah2 #handsocklace #handsocklacemurah #handsocklawa #handlace #handsocknikah #nikah #pengantin #sarungtanganpengantin #wedding







Baju baby Cantik, Trendy & Murah





Assalamualaikum..

Dah jadi mak2 nie benda paling excited sekali bila shopping baju / barang2 baby..omaii rambang mata mak nak oii..

Kali ni kita kasi korang pulak rambang mata. Alhamdulillah nak masuk 5 bulan dah sha start jual baju2 baby..paling aktif di instagram & facebook..jangan lupa follow tau..macam2 ada..baju, dress, rompers, pyjamas, prewalker, shoes.

Instagram : @babyadamcuteshop




Jom la pakat2 follow ig @babyadamcuteshop . Dah nak raya baru teringat nak update sini..takpe lepas raya boleh sambung shopping lg..ehehe..happy shopping & Selamat hari raya aidiladha tak lama lagi.

tata~


GASTRIK 10 TAHUN HILANG


Assalamualaikum...



SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP?

1) Ibu hamil
2) Ibu menyusu
3) Orang yang tengah on DIET
4) Yang nak kulit cantik, flawless
5) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
6) Orang yang inginkan kesihatan optimum
7) Orang yang ada masalah kesuburan
8) Orang yang nak EXTRA ENERGY
9) Orang yang ada GATRIK!
10) Ibu yang sedang BERPANTANG

ESP bukannya utk perempuan je tau. Tp lelaki pn boleh minum.😉 Bg yg belom cuba, elok sgt la buat order sekarang!! Sebabnya, boleh dapat dgn harga promo.😘

☎ Call/ SMS/WhatsApp ➜ 018-660-4138 (Syahirah)

#botvss #tsunamiShaklee #shaklee #shakleebest #shakleemurah #shakleemalaysia #ESPShaklee #espshakleemurah #espshakleetermurah

Kerja Sambilan di rumah 2016



Assalamualaikum...

Hi, peluang untuk terima bayaran gaji yang sangat lumayan dan bekerja dengan syarikat – syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas hanya dari rumah. Anda boleh bekerja mengikut jadual sendiri, pada bila-bila masa yang sesuai dari keselesaan rumah anda.
Kami akan ajar anda bagaimana dapatkan kerja di rumah dari sumber - sumber yang sah.


Bidang Pekerjaan & Kemahiran



Antara kerja yang perlukan pekerja seperti anda adalah untuk membantu mengumpul maklumat dari internet, memasukan maklumat ke dalam sistem, membuat kajian maklumat yang di kumpul, menyediakan laporan & kerja – kerja am berkaitan.

Hampir semua jenis pekerjaan yang boleh di lakukan mengunakan komputer dan di hantar menerusi internet ada dalam pasaran kerja. Ia terpulang kepada anda untuk pilih bidang yang sesuai untuk bekerja.

Syarat – Syarat Utama

  • > Boleh menulis, membaca dan faham B.Inggeris. ***
  • > Mengunakan komputer dan internet dengan baik.
  • > Mempunyai Komputer atau Laptop sendiri.
  • > Mempunyai akses ke talian internet di rumah.Terbuka Pada Semua

Terbuka Pada Semua

Kerja ini terbuka kepada semua yang memenuhi syarat yang di nyatakan di atas dan juga kepada sesiapa sahaja yang mahukan kebebasan. Ia peluang yang baik untuk suri rumah, pesara, pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin bekerja dengan keselesaan di rumah sendiri.

Contoh - Contoh Tugasan

Di bawah ini adalah antara tugasan yang memerlukan banyak pekerja di rumah.
  • > Data Entry
  • > Words Typing
  • > Translator
  • > Proof Reading
  • > Web Research
  • > Virtual Assistant
  • > Market Survey
  • > Copywriter
  • > Copy Typing
  • > Transcription
  • > Content Writer
  • > Banyak lagi...
DAFTAR SEKARANG!!!






















DIY kotak lipat baju



Assalamualaikum...


Akhirnya siap pun kotak lipat baju nie...
dah lama duk pasang angan2 nak buat tapi buatnya idok pun...
kali ni betul2 buat punya sambil2 anak pun sibuk nak tolong jugak..hewhew
mencabar betul..

Senang nak melipat pasni..baju pun kemas ja kat almari tu..yay!

banyak tutorial kt youtube..agak2 ja ukuran tu..hehe

kbye nak sambung melipat..k tipu jer..haha

(^-^)

Surprise hadiah birthday dari husband =)



Assalamualaikum...



Pagi2 husband call suruh cari wallet tertinggal katanya..cari atas meja tak dak, dah buka beg tapi tak perasan pun, pastu husband suruh cari kot2 ada dalam beg, buka2 oh no baru perasan ada notes & macam bungkusan..sekali husband nyanyi "Happy besday to u..........happy besday to u...." ya Allah terharu rasa sweet sgt..1st time dapat surprise cenggini..haha

Patut la duk tunggu dari semalam & pagi tadi salam husband nak pi keja pun tak wish2, ingatkan dah lupa besday wife dia nie..😂 


Thank you so much my dear husband..i 💖 u ! Thanks bagi perfume wangi..i like =)


Happy besday to me! usia pun semakin meningkat...T_T

Pengalaman Bersalin : Contraction


Assalamualaikum...

Hi semua...hari ni baru berkesempatan nak update. Taip lelaju sementara anak tidur. Nak cerita & kongsi pengalaman bersalin hari tu start dari sakit contraction. Sebelum ni duk baca je pengalaman orang bersalin...Ni dah rasa sendiri camna sakitnya nak melahirkan seorang khalifah Allah. Alhamdulillah selamat semuanya. Terima kasih mak yang melahirkan aku. Macam mana kuatnya mak lahirkan 7 orang anak.

Balik kampung di Alor Setar Kedah 3 minggu awal sebelum due date 12 june 2015 atas permintaan family. Risau aku sorang2 kat sini. Memang plan nak berpantang di kampung. Sekurang-kurangnya ada mak dan family tolong jagakan masa berpantang.

Maka bermulalah saat dimana aku dan suami terpaksa berjauhan. Aku kat kedah & suami kat puchong..yela kerja kan...T_T sedih jugak masa tu...

Hari demi hari menunggu masa untuk bersalin, tanda-tanda belum ada..yang ada hanyalah false alarm & sakit sikit2 kat perut macam angin bila tengah malam. Exercise, jalan itik, ketuk ketampi, jalan satu rumah semua dah buat tak juga muncul tanda-tanda nak bersalin. Hujung2 pregnant ada juga selalu cirit. hehe

Sempat checkup 2 kali kt kk alor setar sampai nurse kat sini pun tegur eh tak bersalin lagi yea. haha. Doctor cakap baby dah masuk laluan kepala kat bawah dah...tunggu masa baby jumpa jalan nak keluar ja tu.

Ada 1 hari ni ingat lagi hari sabtu 6 June 2015, keluar teman adik2 perempuan cari baju kawin. Seharian jugak la keluar sampai ke jitra nu..naik turun tangga banyak butik tapi time tu memang perut rasa ringan semacam..ada baca kalau jalan rasa ringan ja perut, tanda2 nak bersalin jugak tu..yeke kalau salah tolong betulkan..hehe..dapat makan coklat yang ngidam dapat jalan2 tasik jitra kejap walaupun dah lewat adik2 sanggup lagi layan permintaan mak buyung nie..boleh kata semua yang nak dah dapat la hari tu. Alhamdulillah. thanks adik2 ku sayang..memang happy sangat hari tu odw balik rumah pon gelak2 dengan depa tak hengat..haha..

3 coklat yang duk ngidam sangat tu. dapat pon makan. nyummmy

Sehari sebelum bersalin..ehehe mata pon letih ja tu.

Balik ja rumah memang letih la..malam tidur macam biasa..hari yang tak disangka2. Sebelum ni ada jugak doa dalam hati harap & naluri rasa macam dah nak bersalin dalam minggu ni. Pukul 3 pagi dah start rasa sakit perut pinggang semua..ingat sakit sebab letih berjalan..tahan jela..Dalam pukul 5 pagi terus set masa kat apps fon selang berapa minit sakit sebab makin kerap. Selang 10 minit dah nie..Sanggup pulak aku tahan sorang2..haha. Terus gitaw suami yang aku dah start sakit. Tapi aku cakap rileks dulu tak yah kelam kabut sebab suami masih kat sana. Subuh tu mak dah bangun terus bagitau mak sakit kerap tapi tak tau sakit nak bersalin ke ape. Mak terus ajak pegi hospital siap2. Aku pulak berdegil cakap taknak lagi takut nanti kena tahan lama kat wad kalau belum betul2 nak bersalin. Mak tak jadi pegi kerja terus siapkan barang aku nak bawak ke hospital. Nasib baik la mak ada. Mak ada cakap yang mak dulu sakit sehari ja terus bersalin, mungkin aku pon sama mewarisi mak. hehe. Aku mandi dulu, tengah mandi pon sakit tak tahan menggigil. Pastu breakfast mak buat air milo campur telur mentah kot tak ingat la..minum sikit then muntah2..T_T mak tengok aku sakit sampai terduduk mak suruh siap2 cepat pi hospital. mak abah & adik ipar teman. Dalam perjalan pon duk menahan sakit sambil mulut duk baca "la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin" .

Sampai sini dulu pengalaman sakit contraction, sambung cerita bila sampai hospital pulak next entry...anak dah bangun nangis nak mama dia...huahuahua...


Photobook Baby Adam



Assalamualaikum.....


6 bulan rasanya blog terbiar tak berupdate...ada yang rindu tak nie??ehehe...

Anak pun dah besar sikit 6 bulan da..baru la sempat sikit nak tengok blog T_T...Pengalaman bersalin ritu pun tak sempat nak citer kat sini lagi..tunggu na..harap masih dalam ingatan semuanya...

Sejak2 ada anak ni memori phone penuh dengan gambar baby adam je..gambar mama nya selfie pon payah dah nak ada..dulu penuh gambar muka sendiri..rasanya kebanyakkan mak2 & ayah2 macam tu kot..=)

Nak jugak abadikan gambar baby adam buat album..start dari expo baby kat mid valley dapat voucher photobook worth RM79 tu..try buat and terus jatuh hati terus jadi customer setia photobook..ekeke!

1 notebook 2 album


First dapat voucher untuk notebook...hanya bayar kos shipping saja..itulah hasilnya yang warna kuning tu..leh la buat diari apa2 pasal baby adam..Second warna coklat buat album baby dari newborn - 1 month mini softcover..best sebab boleh design sendiri nak macam mana...Then terbaru yang putih album baby adam umur 2 bulan..grab time sale up to 90%..jadi RM3 lebih je + shipping...


Selalu akan grab time Sale kaw2...salu la tengok2 email dari photobook..ni ada lagi dah grab 3 voucher siap2 ritu...tak sempat buat lagi..

Mummies leh la try jugak untuk gambar anak2 uolss..ehehe



Alhamdulillah..selamat bersalin !



Assalamualaikum...

Alhamdulillah aku selamat melahirkan baby boy pada 7 june 2015 tepat 6.24 petang..Syukran. Berat baby 2.74 kg.

Terima kasih ya Allah atas nikmat yang tak ternilai. Anak penyeri, pelengkap & kebahagiaan hidup kami. Amanah yang harus dijaga. Membesar dengan sihat, jadi anak yg soleh ya sayang...

Banyak nak share pengalaman bersalin dari start contraction sampai la selamat bersalin..InsyaAllah soon..tunggu ya..hiks!

Muhammad Adam bin Mohamad Khairul Annuar

mama ayah sayang muhammad adam..anak soleh.

;-))


Pregnancy : Scan 3D/4D Klinik Sofea



Assalamualaikum & Salam Jumaat....

Alhamdulillah hari ni dah masuk 36 weeks pregnancy. 4 weeks left. Berdebar rasa + tak sabar nak jumpa baby. cepat ja rasa tup tup dah nak dekat due....

Baru teringat nak update hari tu ada buat scan 3D/4D dekat Klinik Sofea Puchong masa 25 weeks. Ramai review cakap situ ok dan harga pun berpatutan. Memandangkan kita pun memang dah duk area puchong dekat sangat nak pergi pun, cakap dekat husband scan dekat situ jela senang..=)

Tak plan pun sebenarnya nak buat scan 3D/4D hari tu. Nak tunggu lama sikit baru nak scan. Malam tu just nak scan 2d je sebab nak comfirmkan gender baby. Awal2 dah tau gender tapi macam tak comfirm pulak. Senang nak cari barang bila dah comfirm gender. Naluri memang rasa dah betul gender yang doktor bagitau ritu. tapi nak jugak comfirmkan lagi. hikss.

Pergi klinik suraya doktor yang available lelaki pulak masa tu. Cancel terus sebab kalau boleh nak doktor perempuan yang scan. Frust sat. ngehhh! Pastu husband terus ajak buat scan 3D/4D terus. Alang2 nak scan. Semangat terus i'olss....Thank you husband =)

Sampai klinik sofea terus daftar. Nasib baik awal jugak sampai situ dalam pukul 8 malam. Elok2 lepas kami sampai ramai jugak orang yang datang klinik tu. Korang yang nak scan sana elok pi awai naa kalau tak jenuh menuggu nanti!

Dah masuk baring untuk scan, benda pertama doktor tanya dah tau jantina??cakap kat doktor, dah tau tapi tak comfirm. Doktor terus tunjuk dan memang dah comfirmkan. fuhh lega tersenyum je. haha. pastu tengok muka baby. Mula2 baby tutup sebelah muka dengan tangan. Doktor suruh ngiring ke kiri sikit pastu baru nampak muka. Nampak mulut gerak2. lapar agaknya doktor cakap. hehe...Doktor terangkan semua dan buat sekali details scan. Check jantung, tulang belakang, pundi kencing, kepala, badan, berat dan semua lah. Alhamdulilah baby sihat. Itu je nak dengar.

 See..tangan tutup mata..ngah tidur ke sayang. hikss

baru nampak muka dia. hee

tengok la tangan ngan kaki naik sampai atas. Aktifnya baby dalam perut nie =)

Sekali tu je buat scan 3D/4D. ingat nak buat lagi tapi dah terlajak weeks dah sekarang. Weeks 30 elok buat sebab baby dah besar sikit. masa ni baby kecik lagi. oh ya harga untuk scan 3D/4D dekat Klinik Sofea Puchong RM80 dapat gambar + CD + details scan. 



Makeup : Daily Foundation



Assalamualaikum...

Hi...Jarang2 nak update pasal makeup ni. hehe. Memandangkan ramai asyik duk tanya aku pakai foundation apa bila pegi memana termasuk sepupu kesayangan sebab nampak elok katanya..nahh ini lah jawapan dia..siap buat entri gituwww..


Setakat ni bertahun dah foundation aka bb cream dari GARNIER yang aku selalu pakai hari-hari bila keluar jalan2. Memang selesa dengan yang ni dan sesuai dengan muka. Smooth, ringan, tak panas, tak tebal sangat elok je kat skin. Tak la rasa kejung je muka tu bila makeup..mihmihhhh :-p

Pernah jugak tukar yang lain tapi tetap macam mana pun mesti nak pakai bb cream garnier nie balik. Dia punya selesa tu buat rasa best je guna.

Pasni boleh la serbu watsons / guardians ka try beli bb cream garnier ni dan rasai sendiri kehebatannya...hahaaaaaa!!!

tadaa =)

-----------------------------------------------------------

Kerja dari rumah online bayaran superb!!!!  


Ngidam...Mana nak cari???



Assalamualaikum...


Tak ingat panggil apa tomboi kelapa kot. Dulu selalu jugak dapat makan..la ni duk mengidam nak makan ni pulak..duk cari tak jumpa lagi sampai termimpi2 pagi tadi..dasyat ngat aih....haha..

Kat mana nak cari?Kedai runcit ada jual ke? 

~makbuyongyangmengidam...huhu~


My FAV Instant Shawl



Assalamualaikum....

Salam jumaat cuolss... ;-p

Sejak lepas kahwin pastu preggy kalau boleh semua benda nak senang dan mudah. Kalau boleh baju, tudung, shawl semua benda nak yang senang pakai zasssss siappp...lagi elok kalau siap pakej senang simple and tak payah susah2 nak iron. terus sambar bila nak pakai.

Tambah bila awal preggy dengan alahan macam2..lilit2 shawl sampai pening kepala terus loya bergegas ke tandas...oh memang seksa weyhh.

Kalau boleh nak cari shawl yang simple sarung terus & pada masa yang sama bergaya jugak. tengah in sekarang mesti la instant shawl kan. target nak cari instant shawl yang tak perlu iron. see semua benda nak senang. ehehhe...

Cari punya cari terjumpa satu ig nie jual instant shawl yang macam aku nak tu. EASY TO WEAR, PINLESS, FLEXIBLE, NO IRONING NEEDED & SOLAT READY....tak lain tak bukan Instant Hijab by Elya Shazleen..Korang mesti dah kenal kan sebab instant depa memang dah top sekali restock terus sold out. Kena cepat sebab peminat instant shawl nie memang ramai gilaaaa....termasuk aku...miahaha!!!

Instant Hijab Purple

Setakat ni baru ada satu nie je..akan tambah lagi once dah restock nanti terus sambar. sebab memang best sangat pakai berapa kali dah duk ulang pakai..pastu boleh adjust nak labuh mana pun. Honest review ikhlas dari hati. ewahh...

Harga pun berbaloi2 murah dari yang lain...yang penting no gst...hikss thumbs up !!!


Sapa peminat instant hijab by Elya Shazleen sila angkat tangan!!!

Jadi, siapa macam aku yang mencari instant shawl yang mudah senang and ironless boleh la try instant hijab by Elya Shazleen nie!!! Saja nak share benda best dengan korang mana tau kelam kabut nak pi kerja tu boleh terus sambar ja shawl ni sebagai penyelamat. haha...

Boleh tengok web mereka kat bawah nie tapi mostly sold out lagi..nak update terus tengok ig or pi serbu butik...=) tadaaa




Contest Buy AVON Online




5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10

Pemilihan adalah secara RANDOM!! Dengan syarat korang follow semua 3 syarat yang diberikan!! Ok??

Simple Contest For Great Gift =)

GiveAway tamat pada 30 April 2015.
GiveAway terbatal secara automatik sekiranya peserta kurang 100 orang.. So keep sharing to people u know =) 1 hadiah istimewa untuk individu yang dilihat aktif!!



Naik 'stage' | Expo Mid Valley



Assalamualaikum....

Minggu lepas kan berlangsungnya Meternity & Children Expo yang terbesar kat Mid Valley. Memang dah set date nak shopping barang2 baby kat sana setelkan semua terus sebelum gst katanya. heh. dan juga memandangkan kandungan dah cecah 7 bulan lebih. Tak larat nak pikiaq dah nanti.

Boleh kata mana tempat ada expo baby mesti akan pegi. kahkah. Syiokk tengok barang2 baby nie. Baju comel2 pulak tu.

Dah tau expo kat mid valley ni orang cakap memang ramai gila orang. Tengok gambar pun seram. Hah memang seram pun. Tapi disebabkan semangat nak shopping barang baby punya pasal ku gagahi jua. Memang pengalaman betul. Dengan sesaknya, beratur kemain panjang. Alhamdulillah anak mama kuat seronok shopping banyak kali gak duk kick je. Jenuh cover perut asyik terlanggar dengan handbag orang. T_T

Sebelum ni aku ada post yang aku ada menang hadiah dari expo nie kan. Contest dari fb. Boleh tengok kat SINI. Ingatkan kena redeem hadiah dekat kaunter je. Sekali nahh kena naik stage amek hadiah rupanyaaa. Naik aje la. Dah berkurun tak rasa naik stage rasanya. hehe...

Best gila sapa yg dapat stroller tu...


 Group photo..cari la aku kalau jumpa. ekeke...

Lega hampir semua barang dah setel. Cuma tinggal sikit2 saja lagi boleh beli kat kedai biasa. Next month expo dekat sacc mall pulak. nak pegi ke idokk tak tau lagi. opss!! hehe..


Ikhtiar HAMIL dengan Minuman Sunnah 'MEDINA'



Assalamualaikum...

Lama sangat hold nak buat entri nie. Ramai tanya apa aku amalkan untuk hamil. Harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kawan2 diluar sana yang sedang berusaha untuk hamil. InsyaAllah dengan izinNYA. Sharing is caring ;-))

Selama 1 tahun 9 bulan menantikan saat berita yang sangat gembira nie. Alhamdulillah syukur sangat bila diri ini disahkan hamil. Nikmat yang sangat bermakna untuk semua wanita. Macam2 usaha dilakukan selain doa dan tawakal.

ehhh ehh selfie la sikit..

Kalau korang perasan banyak kali jugak aku pernah review pasal minuman kesihatan berelemenkan sunnah Nutri ShineWhite MEDINA nie. Banyak sangat kelebihan dia tau. Kalau nak baca atau nak tau pasal Medina boleh tengok entri di bawah nie...

Sihat, Bertenaga dan Cantik dengan Nutri ShineWhite
Cabaran 3 bulan bersama Medina
Kotak Kedua Medina

Bulan 8 aku start minum medina. Hujung bulan 9 masuk kotak kedua medina tu pun baru masuk 4 sachet kalau tak silap. Pastu stop minum kejap sebab aku memang akan stop bila nak datang bulan takut2 lekat ke kan. ekeke. Hari2 konsisten tak skip minum, skip bila weekend je, biasa la tu kan.


Medina ni best sebab berasaskan sunnah antaranya ada delima, kurma, habatus sauda, kismis, buah tin, madu & buah aprikot. Senang 7 in 1 semua terdapat dalam tu.

Sepanjang consume medina nie Alhamdulillah memang sesuai sangat dengan badan. Lebih tenaga, kulit pun cantik terjaga, hormon pon jadi stabil. Kurangkan stress & migraine jugak. Sebelum ni memang stress jugak fikir dengan orang asyik tanya bila nak preggy. Omaiii sapa tak stress kan mampu senyum aje la dalam hati sedihhh jugak. Jadi stress dapat dikawal dengan baik dan memang nekad kena relaks and cool bebeh...Sedikit sebanyak memang dapat membantu aku dalam usaha kawal emosi nie. InsyaAllah. Bila tak stress hati pun sentiasa happy. Bila terlalu fikir hormon akan tak stabil.  Bila hormon tak stabil tu yang payah sikit. Tapi apa pun semua dengan izinNYA. Kalau dah memang betul rezeki kita buat macam mana pon tetap akan jadi milik kita.

Tepat 10/10/14 check upt positif. Alhamdulillah memang unexpected akan preggy bulan tu. Redha and tawakal masa tu. Tup tup lekat. Siap plan nak pi honeymoon lagi. ewahh kau. haha. Medina antara salah satu usaha yang aku amalkan untuk hamil. Terima kasih sangat2 dekat adik Atiqah yang memperkenalkan aku dengan produk medina nie. Thank you so much adik ;-)


Siapa yang berminat nak dapatkan Medina boleh rujuk info di bawah :


Instagram : Medina Essential / @medinaessential




MENANG hadiah dari Maternity & Children Expo



Assalamualaikum....

Alhamdulillah happy sangat hari nie bila dapat notification dekat facebook dari page Maternity & Children Expo bagitau yang aku menang hadiah macam kat bawah nie =)



Dapat Nuby Insulated Sipper Cup & Monster Plate...

Rezeki baby. Banyak lagi contest & hadiah untuk dimenangi. Pi tengok page depa kaih =)

Join jugak event depa untung2 boleh menang Instax Mini 8. nakkk...





Peneman setia...



Assalamualaikum...

ok blog sekarang memang betul2 dah jadi diari hamil nihk...itu jela yang best nak story pun la nie. ehehe...

Sepanjang mengandung nie tidur malam macam biasa lagi, tak terganggu cuma kadang2 terjaga bila nak alih posisi tidur. Baby dalam perut pun behave sangat, waktu mama dia tidur, dia pun tidur jugak. Setakat ni waktu tidur memang sama lagi. Mama pun tidur dengan aman sekaliiiii....zzzZZ

good baby good....

Sebelum nak tidur baby akan gerak2 minta didodoi agaknya. kekeke...bila mama dah lelap baby pun lelap sekali...bila mama bangun baby pun bangun...ke aku yang tak sedar bila masa baby gerak masa tidur. haha

good baby good...

Aku pun syok jela kan tak dak masalah apa...

Hari khamis hari tu start balik puasa ganti, bangun sahur pukul 5 lebih. Baby pun teman sekali mama dia sahur. So sweet sayang....

Hari sabtu tak puasa weekend kan...nak jalan2 rest semua...So takde la bangun sahur..Tapiiii boleh pulak start hari tu sampai rini dua malam pukul 5 pagi je baby dah start tendang2 bukan main berombak dalam perut. Protes sebab mama tak bagi makan ke sayang. aloloooo...

Takpe malam kang teman mama sahur lagi yea...

Sekarang bila perut dah membesar tidur pun tak lena. Kalih sini tak kena kalih sana tak kena. Pengalaman tu semua kan. Ibu2 semua mesti lalui benda yang sama jugak kan. Persediaan sebelum betul2 ada anak nanti.

Apa pun stay strong okeyhhh =)


Anak buah pertama selamat dilahirkan =)



Assalamualaikum...

Alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia dan barakah kak ipaq selamat melahirkan putera sulungnya pagi tadi....baby sama bulan lahir dengan mak ngah dia la...Mak ngah 1/3/88...baby 13/3/15...hiks

TAHNIAH abg Jatt & Kak Suzila...Dah jadi ibu dan bapak orang dah.

Cucu sulung pertama dalam family. Mak dah jadi mak tok. Abah jadi tok abah / tokwan..

Aku pulak jadi mak ngah. kekeke.

Semoga baby membesar dengan sihat. Jadi anak yang soleh ya sayang...

Next my turn pulak bulan June insyaAllah dengan izinNYA....

Cuak pulak tetiba...

Sekarang tengah pulun nak ganti puasa...Kuat ya baby teman mama dia puasa. Still aktif main kat dalam perut. Sabar ya sayang berapa hari je lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...