Showing posts with label Hijab. Show all posts
Showing posts with label Hijab. Show all posts

My FAV Instant Shawl



Assalamualaikum....

Salam jumaat cuolss... ;-p

Sejak lepas kahwin pastu preggy kalau boleh semua benda nak senang dan mudah. Kalau boleh baju, tudung, shawl semua benda nak yang senang pakai zasssss siappp...lagi elok kalau siap pakej senang simple and tak payah susah2 nak iron. terus sambar bila nak pakai.

Tambah bila awal preggy dengan alahan macam2..lilit2 shawl sampai pening kepala terus loya bergegas ke tandas...oh memang seksa weyhh.

Kalau boleh nak cari shawl yang simple sarung terus & pada masa yang sama bergaya jugak. tengah in sekarang mesti la instant shawl kan. target nak cari instant shawl yang tak perlu iron. see semua benda nak senang. ehehhe...

Cari punya cari terjumpa satu ig nie jual instant shawl yang macam aku nak tu. EASY TO WEAR, PINLESS, FLEXIBLE, NO IRONING NEEDED & SOLAT READY....tak lain tak bukan Instant Hijab by Elya Shazleen..Korang mesti dah kenal kan sebab instant depa memang dah top sekali restock terus sold out. Kena cepat sebab peminat instant shawl nie memang ramai gilaaaa....termasuk aku...miahaha!!!

Instant Hijab Purple

Setakat ni baru ada satu nie je..akan tambah lagi once dah restock nanti terus sambar. sebab memang best sangat pakai berapa kali dah duk ulang pakai..pastu boleh adjust nak labuh mana pun. Honest review ikhlas dari hati. ewahh...

Harga pun berbaloi2 murah dari yang lain...yang penting no gst...hikss thumbs up !!!


Sapa peminat instant hijab by Elya Shazleen sila angkat tangan!!!

Jadi, siapa macam aku yang mencari instant shawl yang mudah senang and ironless boleh la try instant hijab by Elya Shazleen nie!!! Saja nak share benda best dengan korang mana tau kelam kabut nak pi kerja tu boleh terus sambar ja shawl ni sebagai penyelamat. haha...

Boleh tengok web mereka kat bawah nie tapi mostly sold out lagi..nak update terus tengok ig or pi serbu butik...=) tadaaa




Hijab Style - Felixia Yeap


Assalamualaikum...

Mula mengenali Felixia apabila dirinya sudah berhijrah dan berjinak-jinak memakai hijab and start to cover her aurah. Yes, canik dan sopan sangat. Bayangkan la bila amoi berhijab. Lagi terserlah keayuannya.

Proud of her. Really.

Tak nak cerita lebih-lebih tentang Felixia just nak cerita suka sangat hijab style yang selalu digayakan. I was like ahhhh cantiknya dia lilit shawl macam tu, kena cuba nie. kehkeh. Teringin! Simple but nice.

sukanya color nie. aduhh

So one day. Siap-siap nak keluar tetiba datang mood nak cuba lilit shawl style lain pulak Sudah! Mula-mula buat style lain tapi tak menjadi. Kali kedua cuba style lain and bila tengok eh lebih kurang style felixia. haha perasan habis. boleh la tapi tak berapa menjadi sebab aku buat style suka suki saja. bahaha. Mood sentiasa berubah. Kadang-kadang nak simple habis, kadang-kadang nak melawa walaupun.....haha. Gambar boleh tengok dekat instagram ya (@shapurple3)..segan pulak nak tempek kat sini. behee.

Hari ni baru jumpa tutorial hijab by felixia untuk butik Neng Geulis kat youtube. Apa lagi senang la nak cuba gaya ala-ala felixia lepas ni. ehehe. Kebanyakkan haruslah menggunakan inner neck okay. Ni salah satu tutorial.


Shawl pun cantik-cantik. Berkenan jugak tengok. ehhh! Boleh dapatkan shawl yang vavavommm nie dekat



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...