Pengalaman Bersalin : Contraction


Assalamualaikum...

Hi semua...hari ni baru berkesempatan nak update. Taip lelaju sementara anak tidur. Nak cerita & kongsi pengalaman bersalin hari tu start dari sakit contraction. Sebelum ni duk baca je pengalaman orang bersalin...Ni dah rasa sendiri camna sakitnya nak melahirkan seorang khalifah Allah. Alhamdulillah selamat semuanya. Terima kasih mak yang melahirkan aku. Macam mana kuatnya mak lahirkan 7 orang anak.

Balik kampung di Alor Setar Kedah 3 minggu awal sebelum due date 12 june 2015 atas permintaan family. Risau aku sorang2 kat sini. Memang plan nak berpantang di kampung. Sekurang-kurangnya ada mak dan family tolong jagakan masa berpantang.

Maka bermulalah saat dimana aku dan suami terpaksa berjauhan. Aku kat kedah & suami kat puchong..yela kerja kan...T_T sedih jugak masa tu...

Hari demi hari menunggu masa untuk bersalin, tanda-tanda belum ada..yang ada hanyalah false alarm & sakit sikit2 kat perut macam angin bila tengah malam. Exercise, jalan itik, ketuk ketampi, jalan satu rumah semua dah buat tak juga muncul tanda-tanda nak bersalin. Hujung2 pregnant ada juga selalu cirit. hehe

Sempat checkup 2 kali kt kk alor setar sampai nurse kat sini pun tegur eh tak bersalin lagi yea. haha. Doctor cakap baby dah masuk laluan kepala kat bawah dah...tunggu masa baby jumpa jalan nak keluar ja tu.

Ada 1 hari ni ingat lagi hari sabtu 6 June 2015, keluar teman adik2 perempuan cari baju kawin. Seharian jugak la keluar sampai ke jitra nu..naik turun tangga banyak butik tapi time tu memang perut rasa ringan semacam..ada baca kalau jalan rasa ringan ja perut, tanda2 nak bersalin jugak tu..yeke kalau salah tolong betulkan..hehe..dapat makan coklat yang ngidam dapat jalan2 tasik jitra kejap walaupun dah lewat adik2 sanggup lagi layan permintaan mak buyung nie..boleh kata semua yang nak dah dapat la hari tu. Alhamdulillah. thanks adik2 ku sayang..memang happy sangat hari tu odw balik rumah pon gelak2 dengan depa tak hengat..haha..

3 coklat yang duk ngidam sangat tu. dapat pon makan. nyummmy

Sehari sebelum bersalin..ehehe mata pon letih ja tu.

Balik ja rumah memang letih la..malam tidur macam biasa..hari yang tak disangka2. Sebelum ni ada jugak doa dalam hati harap & naluri rasa macam dah nak bersalin dalam minggu ni. Pukul 3 pagi dah start rasa sakit perut pinggang semua..ingat sakit sebab letih berjalan..tahan jela..Dalam pukul 5 pagi terus set masa kat apps fon selang berapa minit sakit sebab makin kerap. Selang 10 minit dah nie..Sanggup pulak aku tahan sorang2..haha. Terus gitaw suami yang aku dah start sakit. Tapi aku cakap rileks dulu tak yah kelam kabut sebab suami masih kat sana. Subuh tu mak dah bangun terus bagitau mak sakit kerap tapi tak tau sakit nak bersalin ke ape. Mak terus ajak pegi hospital siap2. Aku pulak berdegil cakap taknak lagi takut nanti kena tahan lama kat wad kalau belum betul2 nak bersalin. Mak tak jadi pegi kerja terus siapkan barang aku nak bawak ke hospital. Nasib baik la mak ada. Mak ada cakap yang mak dulu sakit sehari ja terus bersalin, mungkin aku pon sama mewarisi mak. hehe. Aku mandi dulu, tengah mandi pon sakit tak tahan menggigil. Pastu breakfast mak buat air milo campur telur mentah kot tak ingat la..minum sikit then muntah2..T_T mak tengok aku sakit sampai terduduk mak suruh siap2 cepat pi hospital. mak abah & adik ipar teman. Dalam perjalan pon duk menahan sakit sambil mulut duk baca "la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin" .

Sampai sini dulu pengalaman sakit contraction, sambung cerita bila sampai hospital pulak next entry...anak dah bangun nangis nak mama dia...huahuahua...


3 comments:

Rizziela said...

Comelnya dia ngandung

Nurul Aini Mohd Noor said...

Alhamdulillah. Tahniah sis. Comelnya baby. Selamat berpantang :-)

Siti Zuhairah said...

Hai sha comel! Dapatkan tips mudah bersalin dari blog saya. Insha Allah urusan anda bakal dipermudahkan ;)

http://vitaminbysiti.blogspot.my/2016/06/tips-mudah-bersalin.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...