Resepi Spaghetti Bolognese Cheese


Assalamualaikum....

Memang favourite sangat spaghetti nie. Kalau nak makan western mesti akan order spaghetti ataupun chicken chop. Mesti punya. Tapi kalau kat kedai lagi suka order spaghetti oglio sangat memenuhi citarasa tekak. Tapi kalau kat rumah suka masak spaghetti bolognese. Favourite husband jugak tu.



Letak cheese setengah je sebab aku bukan lah penggemar cheese. Kalau cheesecake depan mata pun memang sikit sangat la aku makan. tehehe. ruginya kan !

Selalu masak spaghetti bolognese guna resepi nie. memang sedap & senang je nak masak. Ikut citarasa tekak masing-masing yea. For me dah sedap dah. ehehe

Resepi Spaghetti Bolognese Cheese

Bahan-bahan

- Daging kisar
- 1/2 botol sos Kimbal Spaghetti Mushroom
- Sos tomato
- Cheese
- Sosej or bahan lain yang ingin ditambah. Aku suka letak sosej. haha

Kisar semua bahan di bawah :

- 1 bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- 8-10 bji cili kering yang telah direbus

Cara-cara

1) Tumiskan bahan yang telah dikisar.

2) Masukkan daging kisar. Biarkan sehingga daging berubah warna. Tambah sedikit air

3) Masukkan sosej atau bahan lain

4) Masukkan pula 1/2 botol sos Kimbal Spaghetti Mushroom dan tambah sedikit air.

5) Masukkan 3 sudu sos tomato. Kalau suka masam tambah lagi sos tomato.

6) Tambah sedikit garam.

7) Siap....Sedia dihidang. 

Then boleh tambah cheese di atas kuah tadi. Kalau nak tambah cheese waktu memasak pun boleh. Boleh cuba sebab aku tak cuba lagi macam tu. hehe.

6 comments:

Engku Muzahadin said...

Wah, nice. Tapu Muz ni tekak Melayu ja...Hehehe

Elya Roza said...

kiter favourite makan je..haha..masak malas nyeee heh!

Etuza Etuza said...

http://madey09.blogspot.com/ datang dari url mia

Miera Nadhirah Tan said...

Awesome... nak trylah...
singgah blog kita jugak k...
http://www.mieranadhirah.com

Miera Nadhirah Tan said...

Awesome... nak trylah...
singgah blog kita jugak k...
http://www.mieranadhirah.com

Izzati Amira said...

kat kolej selalu buat benda ni. hahaha. keju tu potong halus halus. sedapppppp.

p/s: double klik sunsilk promoted content sini (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...