Mesin jahit baru. yeayy !


Assalamualaikum...

Hari tu ada cerita dapat voucer dari Rakuten.com.my kat SINI. Servis dia memang tip top and puas hati. Order malam tu, esok dah hantar, lusa dah sampai depan pintu. Bungkusan pun tersangat lah kemas dan rapi. Tak de lah terkemek2 barang. ekeke.

Dengan voucher RM100 dari rakuten tu aku tebus beli 4 in 1 Mini Sewing Machine and Electric Egg Cooker. Memang dah lama idam nak beli Mini Sewing nie dan Alhamdulillah rezeki tercapai jugak akhirnya. yeayyyy !


Mini sewing : RM79
Egg Cooker : RM35
Shipping : RM9


Dah dapat tu terus la aku belek2 mesin jahit nie. Baca manual menjuling mata. Makanya tengok youtube cara nak guna. Hoihh senang rupanya. Terus try guna and jahit. yay dah power guna. Dulu pernah jahit guna mesin jahit mak kat rumah tapi dah lama berkurun dah. Sekolah menengah lagi tak silap. 

Lepas nie nak belajar jahit baju kurung and jubah. Tak tahu sama ada nak pergi kelas menjahit or cari tutorial dekat internet nie. haha. Memang tak tau langsung macam mana nak buat sehelai baju. T_T. Untungnya sapa yang pandai menjahit tu. Meh ajar please. hahaha.


Electric Egg Cooker nie belum try lagi. Tak tahu macam mana nak guna lagi. bahaha. Manual tulisan cina. choii. faham sangat baca pun. Ada sapa2 tau camna nak guna nie? ehehe.

Korang pun cuba la tengok web rakuten.com.my mana tahu ada yang berkenan. Sekarang ada Raya Sale tau, promotion up to 70%. pehhh. Aku pun ada target satu barang lagi. hehe.

Selamat berpuasa dan selamat bershopping =)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Belum jumpa baju raya? boleh singgah sini : https://www.facebook.com/ShaLallaCollections


14 comments:

Asha Lya said...

Wah menarik blh la jahit menjahit lps ni

CT Humairah said...

CT pun tengah riki riki nak cari mesin jahit portable macam ni.. sungguh ke boleh jahit baju kurung and jubah..??

Sha Purple said...

Asha Lya : tu la...nak kena belajar nie..hehe

CT Humairah : haha try la dear..ada byk web tengah sale skrg..hehe. tah le dear. belum cuba belum tahu. cer kita google. ritu tgk ada org jahit baju kurung pakai mesin nie. hehe

Syuhada Salleh said...

menarik tgk egg cooker..sng xpyh nak rebus lelama..

Farah Waheda Wahid said...

comel jer mesin jahit tu....

sYiRa LoKMaN said...

bestnya ada mesin jahitt...teringin

khai2801 said...

Tolong jahit suma seluar abg k. Bye

Sha Purple said...

khai2801: wuhuuu baiklah abg. wat corak2 sikit nahh. kehkehkeh. kasi upah. lalala

Khairul Bariah said...

comel sangat mesin jahit tu. cam menan pulak.

Ismi Ana said...

Kak sha, masuk giat mara. Leh belajar jahitan. Silap2 leh bukak butik. Bestnye ade mesin jahit. Ana pun langsung tak reti menjahit. Tak minat.. Huhu..ekceli ana ni agak pemalas bab jahit mengait. Haha

Eiqa Almond said...

Buat2x je faham bahasa cina tu, hkhikihh
Comel jee mesin..
Errk, eiqa kalau bab menjahit jgn laa, x berkawan baikk..

Iola said...

waa best nya..macam mana dapat voucher ya?

Karya Mahirah said...

comelnya... baru berkira2 nak beli hari tu

Nor Hidayu said...

hai..terjumpa post pasal mesin jahit mini ni..lawa lace tue..ada amik tempahan kerr?? so kalau ada sape sape berminat nak beli mesin jahit mini 4 in 1 ni, boleh singgah ke blog saya.. anzbeautyshoppe.blogspot.com sy ada jual..rm70.. mmg portable.. stok baru ambil..so cpt grab..mmg best seller ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...