Pray For MH370



Assalamualaikum...

Misteri kehilangan kapal terbang MH370 masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini. Pelbagai spekulasi dan andaian dari masyarakat tersebar meluas. Pesawat hilang dengan sekelip mata. Allahuakbar. Turut bersedih atas kehilangan MH370 . Diharap keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan hati untuk menghadapi sebarang kemungkinan. 

 Pelbagai usaha masih giat dilakukan dalam membantu pencarian pesawat yang hilang sehingga kini masih belum ditemui. Ramai juga berpandangan supaya melakukan pencarian secara islamik. Segerakanlah. Sesunggahnya Allah maha mengetahui segala yang terjadi. Secanggih mana pun teknologi jangan lupa pada kuasa Allah. 

Doa, usaha dan tawakal. Mari sama-sama kita doakan supaya diberi jalan dalam usaha mencari pesawat beserta penumpang yang hilang dan segera dijumpai. Semoga semuanya selamat. 

"Ya Allah....

Jika dilaut, TIMBULKANLAH

Jika di langit, TURUNKANLAH

Jika di darat, TUNJUKKANLAH

Amin ya rabbal aalamin..."


Mesej dari Beijing untuk MH370

"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.
Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.
Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.
Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."

p/s : Dugaan...Kemarau berpanjangan, jerebu, kebakaran hutan-hutan, misteri kehilangan pesawat MH370. Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...