Cabaran 30 Hari - 1 Gambar terbaru dan 5 fakta tentang diri anda #day1


Assalamualaikum...

Baru nak join Cabaran 30 Hari dan hari ni merupakan hari 1 aku join. Sekarang dah masuk hari ketiga kan. Kalau sempat kejar kita kejar. Boleh? kekeke.

Duk tengok ja semua pakat join tapi aku noob tak tau macam mana nak join. heh. So many thanks to Mamaniza post entri Bagaimana Cara Untuk Menyertai Cabaran 30 Hari. Korang yang tak tau macam mana nak join boleh la baca entri tu.

Cabaran Hari 1

1 Gambar terbaru anda


Tadaa...ni la gambar terbaru aku dalam handphone. oh hantu selfie memang macam nie ya !

5 fakta tentang diri anda

1) Anak kedua dari 7 adik beradik. Ni dah memang fakta.

2) Dah kalau anak kedua harus lah perangai pun pelik ya amat. Degil, ketegaq semua ada. Bertabahlah wahai suamiku. hehehe

3) Suka shopping. Ni memang dah tentu-tentu aku memang suka sangat shopping. Kalau boleh nak yang betul2 puas hati and pusing semua kedai yang ada. untung dapat suami yang sangat memahami. 

4) Suka melancong, bercuti & jalan-jalan cuci mata pun jadi. Lamanya tak bercuti. Tempat paling aku suka untuk holiday mesti lah pantai. Kalau dapat snorkeling pun best. lalala~

5 ) Takut kucing. Masa aku kecik2 dulu, boleh la pegang sikit-skit. Lepas kena cakar terus tak berani sampai la ni. haih. Binatang lain macam katak, lipas, lipan, cicak semua benda yang selalu masuk rumah. Boleh kata aku takut jugak tu. Alahaiiiiiiiiiiiii. T_T

Banyak lagi sebenarnya tapi kita bagi 5 aje lah yea. hehe

Terima kasih sudi baca =)

4 comments:

Mama Myja said...

takut kucing... hihiik boleh sakat nih huahaha

salam perkenalan dari mamamyja. jemput singgah and komen

CABARAN HARI KE-3

Erra Kyra said...

Hai Sha.. lama xtegur dia.oh dia punya blog pong join!^^selamat menempuh 30hari cabran ni huhu good boleh kenal sha lebih dekat:)

Sha Purple said...

Mama Myja : hahha jangan plisss...salam perkenalan mama. done =)

Erra Kyra : Hye Erra..haha naa join jugak...terima kasih dear...hee

fayreen mizan said...

Akak ada 11 ekor kucing... boleh hadiahkan Sha seko nanti! Hikhik :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...