5 Cara Memenangi Hati Saya #day2


Assalamualaikum....

Ok untuk hari kedua Cabaran 30 Hari adalah 5 cara memenangi hati anda. Macam mana caranya, jom la tengok. ehehe. Banyaknya pasal suami la sebab memang dah berjaya memenangi hati aku. lalala~


1. Sweet - Buat sesuatu yang sweet, macam tetiba cakap "i miss you" pun boleh jadi sweet tau. Dengar macam tu pun dah buat hati ni bergetar. awaa cuwitt angattt. haha. Tak perlu bunga2 bagai pun dah ok. Tapi kalau ada saya terima. Simple.

2. Jujur - Jujur ni penting sangat ya sebab aku memang pantang orang yang suka menipu nie. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jugak. Nak menang hati aku senang, sentiasa lah bercakap benar. Dah jujur wajib lah setia ye dak. hiks

3. Pandai buat lawak - Aku suka sangat bila orang suka buat lawak dan bergurau, pastu gelak plak tak leh nak stop. pehhh. Bayangkan cakap sikit aku dah tergelak. adeh. Punya lah kelakar.

4. Sentiasa ada bersama - Sentiasa ada dikala susah ataupun senang. Senangkata bila tetiba kita down sangat2 dia sentiasa ada dan bagi semangat. Senang pun sama2 tak lupa kita.

5. Rajin - Rajin apa? rajin melayan kerenah aku yang suka berjalan. Hahh kau bawak la pi mana2 pun aku dah suka sangat. Ikut perangai sapa la tu kan. haha

Senang ja kan. tak susah pun. Yang penting sentiasa berbuat baik lah dengan orang. Peace =)

1 comments:

aRz MoHa said...

yang ni kena buat audition maharaja lawak dulu la kalau nak menangi hati kan? hehe
Gurau saja ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...