Assalamualaikum.
Hye semua. Salam isnin dan selamat kembali ke sekolah. hiks. ok hari tu ada terbaca cara-cara untuk hilangkan dark spots. emmm menarik jugak and senang sangat nak buat plus jimat. hehe. So nak share juga kat sini tips / cara untuk menghilangkan bintik hitam (dark spots) dari wajah secara semula jadi.
Bintik-bintik hitam, tanda jerawat, dan jerawat sangat sukar untuk hilang terutamanya apabila berada di muka! Ia benar-benar boleh merosakkan penampilan dan harga diri.
Walaupun terdapat banyak produk-produk kecantikan dapat membuang semua parut di kulit, seperti yang kita tahu bahawa ianya tidak benar-benar berkesan dan kosnya agak tinggi. Kajian telah dibuat oleh
seseorang dan mendapati ianya dapat membantu menghilangkan sebarang parut dimuka. Moh le cuba.
Apa yang korang perlukan:
1) ½ sudu teh baking soda dan ½ sudu teh air suling.
2) Campurkan kedua-dua bahan bersama-sama dalam mangkuk kecil dan kemudian basuh muka dan cuci apa-apa solek jika perlu.
3) Sapukan campuran pada kawasan bermasalah dan biarkan selama anggaran lima minit.
4) Bilas dengan air dan itu sahaja!
5) Boleh lakukan sekali sehari selama yang korang merasa perlu.
Try it out, mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Sumber : http://myhijab.info/how-to-remove-dark-spots-from-the-face-naturally/
5 comments:
boleh try ni. thanks for the tips
Wahh..thanks kak sha!
wow..seriously? boleh try ahahah datang sini BW dari segmen kak mia liana :)
ini saaaangat baguih ni..
haruslah try..!!
kalo berkesan takyah lah beli k colly wakaka..
kaedah yg menarik dan menjimatkan
Post a Comment