Resepi ketam masak kari simple


Assalamualaikum...

Seronok pulak share resepi dekat blog. Aku suka kongsi resepi yang simple dan yang penting senang. gitu...Sebab aku bukan terer sangat pun. tehehe.

Selalu yang pernah makan ketam masak lemak kan. Sejak lepas kawin ritu my mama mertua ada buat ketam masak kari. waaa first time dengar. Rasa dia maveles sedap jugak pedas-pedas. Aku pulak jenis memang suka pedas. baru wow. Lepas tu rajin la buat ketam masak kari. Kadang-kadang tukar jugak ketam masak lemak. Ikut selera. Korang mesti dah pernah makan kan. Sama saja macam masak kari biasa.


Resepi ketam masak kari

Bahan-bahan :

- 1 labu bawang besar (ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 biji ubi kentang
- Serbuk kari ayam & daging (adabi)
- Daun kari (3 tangkai)
- 1 kotak santan
- Air Asam jawa
- Ketam
- Garam

Cara-cara :

1) Tumis bahan tumbuk.

2) Masukkan ubi kentang.

3) Masukkan serbuk kari ayam & daging (adabi) dan kacau.

4) Masukkan daun kari.

5) Masukkan ketam dan kacau.

6) Masukkan santan dan kacau.

7) Masukkan air asam jawa dan sedikit garam.

tadaaa.....siap untuk dihidang ketam masak kari. Senang kan.. =)


8 comments:

Nur Inani said...

sedapnya tengok.lapar pulak :P

ecah khalili said...

wahh..sedap ni..tumbuk udang kering sikit n tumis sekali pon sedap..ecah kalau buat ketam kari letak udang kering tumbuk sikit..

Sha Purple said...

Nur Inani : hikss lapar jugak nie..yok makan yokkk...

Ecah : waaaa yeke dear, xpernah try lagi. ok nanti boleh try jgk letak udang kering. thanks dear =)

NS said...

salah time plak baca entry ni.. tgh lapar tghari cmni, mmg terliur la tgk lauk ketam.. hihihi..

anyway, singgah dr segmen mialiana.. :D

Ismi Ana said...

First time dengar ketam msk kari. Hehe. Ana tak suke kari. Tp kena la jugak belajar masak kari. Kang sampai bebila tak pandai. Ye dak?

Cik Asma BLuppy said...

ishhh... sedappnyaa. lame tak makan ketam. boleh try ni.

Cik Itah@RRP said...

salam dear..wuuu terliur :D

p.s menabung huawei :))

Muhammad Idaqi said...

ok..balik ni try buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...