Mungkin ada yang tak tahu? "MIZAN & SIRAT"


"MIZAN & SIRAT" 
Oleh Ustaz Wadi Annuar.




Kata ustaz:
MAHSYAR ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. Para sahabat rasulullah saw tanya, "Mahsyar kat mana?" Jawab rasulullah saw, "Mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tak ada pokok, tak ada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila Makaikat Israfil tiup sangkakala pada pertama kali. Kali kedua Malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2." Lalu manusia bertanya sesama sendiri, "Dimana kita?" Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. rujuk surah Yasin ayat 52-54. 

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, "Tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita?" Lalu dijawab Nabi s.a.w dengan memetik ayat Quran, "Pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri". Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Bila sampai di mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. Jawab Nabi Adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, Bermula Nabi Nuh, Musa, Isa, dan Ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad Saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke NERAKA sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita saja, dek padatnya manusia pada hari tu. Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari Arash. Masa tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Takada satu pun tertinggal. Lepas habis baca Allah akan tanye kite 3 soalan:-

1)Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid 
2)Tak ingat 
3)Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.


Setelah ditimbang di Al mizan, didapati pahala kite melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke Syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2,etc. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (Ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 & isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tp effect juga orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang & adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.. MAHALKAN DIRIMU WAHAI WANITA!
Hari mahsyar hari yang sangat DASYAT!

Kata Ustaz, 
Hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.

Kedua, 
Jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan juga simply boleh masuk dengan baik sorang2.. So jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti.. Amin. 

Sudahkah kita bersedia untuk berpisah di Padang Mahsyar??? Renung-renungkan, Selamat BERAMAL...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...