Resepi Apam Polkadot aka kodot ^_^

Assalamualaikum...

Baru teringat nak update pasal apam nie..dah dua kali buat baru nak share..maaf buk..seronok sangat2 buat apam ni tau sebab kita boleh campur banyak2 kaler..macam main conteng2...last2 dengan tangan berconteng2 jugak..nasib ada ramai adik boleh tolong2..thanks sgt2 dekat Kak Long (kezen) sbb share resipi..ok now nak share juga resipi nie dengan kawan2 semua..korang boleh la cuba kat rumah,best tau..selamat mencuba..tingting =)


Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • Filling - blueberry / strawberry / apa2 yang anda suka
  • Pewarna  
Cara-cara 
  1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan pukul sehingga kembang (7-10 minit).
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kedalam mangkuk yang berlainan, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga setengah mangkuk kertas.
  5. Letakkan filling.
  6. Picit lagi adunan yang sama sehingga hampir penuh.
  7. Dot-dot kan dengan warna pilihan (diambil dari adunan yang diasingkan tadi di step no 2..boleh titis dengan menggunakan hujung lidi ataupun piping bag).
  8. Kemudian kukus selama 10-15minit sehingga masak (tutup dengan kain untuk mengelakkan air yang telah menjadi wap tumpah atas apam). 


Sweet from,

7 comments:

Mila said...

sedapnye apam tuh...
nk sikit..:)

http://coretanhatimila.blogspot.com

sha purple said...

meh la dtg umah...hee =)

the rainbow said...

kak sha. nak p umah try buad oke dak? hehe.*tak malunya

sha purple said...

haaa..ok jgk tuh..mai la dear...xdak hal punya =)

0nenanina said...

sedapnye..suke makan apam ni

FizaFizz said...

wahhh..cute nya kak sha! nak cuba lah! hehe :P

sha purple said...

Onenanina : suke jgk mkn apam nie sbb byk kaler2..hee ^_^

FizaFizz : hee..geram tgk apam tuh..haa try la nti kak sha nk tgk tau =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...