Happy Anniversary - 2nd






Happy Anniversary yang ke 2 tahun sweetheart. 

241212 - 241214

Semoga hubungan yang kita bina ini kekal bahagia selamanya hingga ke jannah. 

Terima kasih atas segalanya my lovely hubby. 

Alhamdulillah syukur...

"hadiah yang amat bermakna" untuk kita tahun ini. jeng jenggg


"A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person." – Mignon McLaughlin

Collaborate with ZALORA


Assalamualaikum....

Alhamdulillah diberi peluang untuk bekerjasama dengan ZALORA. Ramai jugak blogger lain dapat collaborate dengan Zalora kan. Tahniah uolss.


Hmm tengok la dapat email dari September lagi. Tapi.......November baru perasan email nie. my bad! Nasib baik mereka sangat baik hati. Thank you sis.

Entri ni la hasil daripada kerjasama dengan Zalora tu >>> How to Wash Reebok Shoes.

Ganjarannya dapat lah voucher shopping dekat Zalora tapi still confius tak tau nak beli dress yang mana satu lagi. hihi.

Thank you ZALORA =)

How to Wash Reebok Shoes


Assalamualaikum & Hi...


Ingat lagi, dulu kecik-kecik mak abah selalu bawa kitorang adik beradik pergi jogging. Kalau tak tasik jitra mesti pergi taman rimba. Satu dua round jadi la. Rindunya zaman tu. Dah habis jogging terus lepak kedai untuk breakfast. Roti canai telur satu. Pehh nikmat. Tambah balik kalori setelah terbakar dek kerana jogging itu. Miahaha.

Tapi…..Korang tahu tak cara yang betul untuk membasuh atau membersihkan Reebok running shoes korang? Kalau dulu aku main sental je dengan berus tapi tetap tak berapa nak bersih jugak. Still ada kesan degil.

Haa jangan tak tahu, proses membasuh sepasang kasut sukan bukanlah seperti korang membasuh kasut biasa atau pakaian lain. Ia haruslah dilakukan dengan proses yang betul untuk mengelakkan sebarang kerosakkan terhadap kasut korang tu. Jom aku nak share sikit dengan korang cara yang betul untuk membasuh kasut sukan.


Berikut merupakan 2 cara untuk membasuh sport shoes.

A

1) Langkah pertama adalah dengan mencabut ikatan tali kasut sepenuhnya. 


2) Kemudian, gunakan berus gigi yang sudah lama untuk memberus bahagian kasut yang kotor. Berus gigi digunakan kerana struktur yang lebih lembut dan tidak mencalarkan permukaan kasut. 


3) Kemudian, basahkan sehelai tuala bersama sabun dan lap permukaan kasut sukan korang. Seterusnya korang boleh menyidai kasut sukan tersebut sehingga kering. 

B


1) Cara kedua dimulakan dengan menanggalkan tali kasut dan kemudian, masukkan kasut korang ke dalam sarung batal yang  tidak gunakan lagi. 


2) Dan langkah terakhir adalah masukkan kasut yang dibalut bersama sarung bantal tadi ke dalam mesin basuh. Kemudian, boleh sidaikan kasut tersebut sehingga kering. Mudah bukan?

Cara kedua ni rare sikit, aku tak pernah try lagi…Tapi kalau korang berani boleh cuba cara nie. Senang masuk mesin ajerr. Ekeke.

Selamat membasuh =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...