Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Wedding Album by Lovelight Studio


Assalamualaikum...

Elok sekarang musim orang kawen, kita pun nak post pasal satu photographer yang sempoi lagi awesome. Kowt2 boleh jadi inspirasi untuk korang yang bakal mendirikan rumahtangga.

Wedding aku dulu, memang amek pakej dari Lovelight Studio untuk kedua2 majlis. Terima kasih sangat2 atas kerjasama mereka satu team sanggup turun rawang untuk shoot majlis bertandang.

Sebelum wedding dah research dulu beberapa photographer untuk majlis nanti. Mula-mula tengok dulu gambar hasil kerja mereka dan pakej mengikut bajet yang sesuai. Last2 gambar dari Lovelight Studio jugak berjaya menambat hati aku. Sebab gambar depa memang cantik-cantik wehhh, serius.

Jangan risau, depa memang sporting habis. Nak posing pun tak segan. Tak reti? Depa ajar camna nak posing. no worries. ehehe. Sangat berpengalaman.

Album wedding pun memang cantik dan puas hati sangat. Alahai tak puas tengok hari-hari...haha. Yang ni aku amek pakej custom album. Memang dah verangan awal2 nak camni.





Highly recommended !!!

Untuk lebih info dan mengenai pakej2 yang ada boleh la terus contact di facebook mereka :


Butik Pengantin Kay Collection !!!

Assalamualaikum...

Hari nie nak share sikit tentang butik pengantin yang sangat osem memandangkan ramai kawan2 pm duk tanya kat mana aku sewa baju pengantin nie. Actually this boutique my mummy yang kenalkan. Kawan office mak punya butik kalau x salah aku. soccay. Mintak tolong mak carikan baju pengantin sebab aku ada kat Shah Alam time tu. Tau2 jela price baju pengantin kat area keyy ell nie macam mana kan berbanding kat my hometown alor star 2. sangat la osem uols. 

Okay tiba masanya aku balik Alor Star and nak usha2 baju kat butik 2 dengan encik suami, mak , abah dan abang aku. Gila rambang mata tengok baju-baju pengantin kat situ, banyak pilihan yang cantik2. Akak 2 tunjuk kat aku design baru and aku terus berkenan. Lagipon kena dengan tema aku warna PURPLE. Capslock teruih. haha. Boleh tengok kat entry nie http://shapurpleungu.blogspot.com/2013/05/all-about-wedding-part-1-kedah.html. Untuk baju nikah pulak aku berkenan yang patung 2 pakai. Senang terus decide dua baju nie untuk nikah dan bersanding. Korang yang pening2 nak cari butik pengantin boleh try usha dekat Butik Kay Collection nie. tapi area Alor Star la. =)

Name card je kite ade. boleh la 2. 


Contoh dress kat patung nie. act aku berkenan sangat2 baju nie tapi apakan daya aku nak warna purple. hehehe..


Wedding part 2 - Rawang

Assalamualaikum...

Hye kawan2. Macam mana hari nie, harap semuanya dalam keadaan baik. Ekceli entry nie dah lama terbiar dekat draft, hari nie baru berkesempatan nak post. Maafkan saya. hihi =)

#Selamat Hari Bapa kepada abah dan juga abah mertuaku#

Alhamdulillah majlis bertandang yang diadakan pada 23 February 2013 di Rawang berjalan dengan lancar. Berlainan dengan majlis di Kedah, di Rawang kami adakan majlis di dewan. Rileks sikit buat majlis kat dewan sebabnya x payah bersusah payah nak kemas rumah bagai. Tapi kan kat dewan nie lain macam sikit neves dia. HAHA.


Suka sangat design baju nie sebab banyak bunga. Thanks aunty Rozi watkan baju pengantin nie. Much love. Warna gold pilihan hati encik suami. love it. Tak lupa juga photographer kami yang sangat sporting. Serius best. Korang boleh terjah laju-laju page depa nie Lovelight Photography .

ohh abaikan pp ku yang bulat tu. hek hek
Kacak bergaya. Fall in love <3






Suka sangat gambar nie. ala2 english style gitu. ^^





Wedding part 1 - Kedah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk 4 bulan lebih berkahwin. Perasaan selepas kahwin sangat lah bahagia, suami sentiasa disisi, peneman setia semasa suka dan duka, solat berjemaah bersama2 dan pemberi semangat dikala aku mengalami tekanan jiwa di office. Syukur sangat2. Sesungguhnya pada pendapat aku, x rugi kalau kahwin awal or kahwin muda nie, ada kebaikannya, sekurang2nya ade orang jagakan kita (elok bagi aku yang berjauhan dengan family. sedeynya) daripada duk berkepit sana sini baik kita berkepit dengan suami sendiri. eceyyh. Kepada kawan2 yang nak menamatkan zaman bujang x lama lagi, tahniah uolss.

Pernikahan kami berlangsung pada pagi 24 december 2012. Bangun awal pagi dengan x cukup tidur, tapi semangat nak bersiap tu memang ada, tunggu mak andam yang cantik nak make up kan aku. I like her touch very much. sangat lah puas hati uolss. Sambil bersiap tiba2 perasaan nervous aku datang, jantung berdengup laju. Ya Allah betapa gementarnya nak jadi isteri orang. Calm down sha. Setibanya aku di masjid dan terlihat kelibat seorang lelaki segak bergaya dengan baju melayu putih, bersampin dan bersongkok itu dan hatiku berkata (Ya Allah segaknya bakal suamiku ini, semoga dapat membimbingku ke jalanMu).

Make up done by Nurulnabihan Pinksjetfuel

Penantian penuh debaran

ilebiu mummy <3


Alhamdulillah selesai majlis akad nikah dan sah menjadi isteri kepada suamiku dengan sekali lafaz. Kemudian bersiap pulak untuk majlis kenduri di rumah. yang bestnya aku sendiri tolong siapkan pengantin lelaki iaitu suamiku dan juga abangku. nasib baik ade jugak belajar sikit2 kat butik pengantin 2 macam mana nak buat sanggul kat sampin 2. phew berjaya jugak akhirnya. 

Dua pasangan aku purple dan abang aku kuning.

Petang sikit shooting outdoor pulak. Lokasinya adalah taman rimba. Part paling letih tapi best. 




Bersambung...

Our Big Day 24 December 2012

Assalamualaikum...


Teaser...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...