Wedding part 1 - Kedah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk 4 bulan lebih berkahwin. Perasaan selepas kahwin sangat lah bahagia, suami sentiasa disisi, peneman setia semasa suka dan duka, solat berjemaah bersama2 dan pemberi semangat dikala aku mengalami tekanan jiwa di office. Syukur sangat2. Sesungguhnya pada pendapat aku, x rugi kalau kahwin awal or kahwin muda nie, ada kebaikannya, sekurang2nya ade orang jagakan kita (elok bagi aku yang berjauhan dengan family. sedeynya) daripada duk berkepit sana sini baik kita berkepit dengan suami sendiri. eceyyh. Kepada kawan2 yang nak menamatkan zaman bujang x lama lagi, tahniah uolss.

Pernikahan kami berlangsung pada pagi 24 december 2012. Bangun awal pagi dengan x cukup tidur, tapi semangat nak bersiap tu memang ada, tunggu mak andam yang cantik nak make up kan aku. I like her touch very much. sangat lah puas hati uolss. Sambil bersiap tiba2 perasaan nervous aku datang, jantung berdengup laju. Ya Allah betapa gementarnya nak jadi isteri orang. Calm down sha. Setibanya aku di masjid dan terlihat kelibat seorang lelaki segak bergaya dengan baju melayu putih, bersampin dan bersongkok itu dan hatiku berkata (Ya Allah segaknya bakal suamiku ini, semoga dapat membimbingku ke jalanMu).

Make up done by Nurulnabihan Pinksjetfuel

Penantian penuh debaran

ilebiu mummy <3


Alhamdulillah selesai majlis akad nikah dan sah menjadi isteri kepada suamiku dengan sekali lafaz. Kemudian bersiap pulak untuk majlis kenduri di rumah. yang bestnya aku sendiri tolong siapkan pengantin lelaki iaitu suamiku dan juga abangku. nasib baik ade jugak belajar sikit2 kat butik pengantin 2 macam mana nak buat sanggul kat sampin 2. phew berjaya jugak akhirnya. 

Dua pasangan aku purple dan abang aku kuning.

Petang sikit shooting outdoor pulak. Lokasinya adalah taman rimba. Part paling letih tapi best. 




Bersambung...

8 comments:

Rin Saharina said...

pretty much dear! congrats =)

Sha Purple said...

thank you so much dear =)

edNA tinynasweet said...

Congrats sha.. Hope bahgia sehingga ke akhir hayat

Sha Purple said...

Thanks edna. AMIN. insyaAllah dear

Mahirah Ridzuan said...

so cantik la u... congrats ye...

Sha Purple said...

Alhamdulillah. terima kasih dear

Starniea_Ahaaw said...

Kan.kan..best dah kahwin.Hanya ALLAH je tahu perasaan gembira tu.Ade suami yang boleh kita ceritakan setiap masalah, hepi nangis kecewa semua bersama.Congrate to you guys.Akhirnya........ =)
I wish all the best to both of you.Next im waiting for a good news.Baby??hehehe

Mardiah Diana said...

Selamat pengantin baru dik.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...