Pregnancy : 20 weeks



Assalamualaikum...

Minggu demi minggu pregnancy mesti ada sedikit perubahan yang berlaku dekat diri. Dari segi kesihatan, tubuh badan, alahan, macam-macam lagi la. Yang penting kita enjoy setiap moment walaupun kadang-kadang rasa macam pelik gila weyhh. hewhew.

Sepatutnya nak update entri pasal alahan awal kehamilan dulu, tapi kita update yang ni dulu la sementara masih ingat. ehehe.




Masuk minggu ke 20 selera makan kembali normal. Ini lah yang ditunggu-tunggu. Nasi dengan lauk pauk dah boleh telan. Kalau tak tengok ayam pun rasa macam herghhhhh apa nie. haha. Ikan ja yang lalu pun. Alhamdulillah sekarang dah ada selera balik. Tapi.....tak semua yang ok dengan tekak, kalau ada yang tak boleh diterima memang keluar balik.

Bab kesihatan tak berapa nak best masuk minggu ke 20 nie. Start selsema dan batuk kahak. Tersumbat hidung i. nak tidur pun susah. Nak makan ubat memamg tak berani tengah pregnant nie. Maka setiap hari sapu vicks dekat hidung, leher & dada bagi selesa sikit. Hari ni dah berkurang belum sembuh sepenuhnya.

Kaki pulak tetiba naik gatal-gatal. Maybe sebab panas dan hormon masa mengandung. Kadang-kadang tergaru jugak, tak tahan oiii. Mintak ubat sapu dekat klinik. Ok sikit sapu ubat tu takda la tergaru-garu waktu tidur. hehe. Alhamdulillah sekarang dah hilang rasa gatal tu..nyah kau. ehehe.

Sekian sedikit sebanyak diari hamilku. =)

p/s : Hari ni dah masuk 21 weeks sebenarnya. Oleh sebab dah taip separuh entri terpaksa save kat draft dulu, hari ni baru sempat sambung balik menaip. boleh la...ekeke.


1 comments:

WAN SHARIFATUL FATIHAH WAN YUSOFF said...

I wish you can follow me back.thanks for sharing your sincere info.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...