Buka Buku Pink di Klinik Desa Pulau Meranti



Assalamualaikum...

Masa awal-awal pregnant pening jugak fikir samaada nak kena buka buku pink / merah ni kat klinik kesihatan atau boleh buat dekat klinik swasta je. Pastu mula la google cari info & tanya mak macam mana. Risau jugak kalau tiba-tiba hospital nak juga tengok buku rekod dari klinik kesihatan. Rasanya kalau buku dari klinik swasta saja hospital terima juga. So decide dengan husband better buat je buku dekat klinik kesihatan. Selesai masalah. ehehe.

Orang cakap waktu sesuai buka buku pink seawal 7 minggu atau bila dapat tau diri pregnant dah boleh buka buku. Check awal-awal bagus untuk tahu tahap kesihatan ibu dan juga kandungan. Maka aku yang nervous nie terus call klinik desa pulau meranti untuk tanya pendapat. Tak sangka nurse terus bagi date untuk buka buku. Masa tu baru 6 minggu. So nurse bagi date untuk buka buku masa kandungan 7 minggu. Dah google siap-siap klinik yang patut aku pergi yang berdekatan dengan rumah. Aku ingatkan dulu tak kisah kalau pergi mana-mana klinik pun. Sekarang baru ku tahu. kahkahkah,


Tiba lah masa untuk buka buku pink. I is nervous. dup dap. Sampai-sampai klinik, punya lah ramai orang. Jadi, sapa nak datang better call dulu buat appoinment okay. Tak de la tertunggu-tunggu or kena datang lain hari pulak nanti.

Pemeriksaan yang dilakukan untuk pertama kali buka buku :

1) Urin - Setiap kali datang check up benda pertama ialah check urin.
2) Hemoglobin (Hb) - Nurse akan cucuk sikit kat jari untuk check hb darah kita.
3) Berat badan & ukuran tinggi
4) Tekanan darah
5) Kumpulan darah, HIV, Talasemia & etc - yang ni pula nurse akan amek darah kat tangan sebanyak satu tiub. pehhh yang ni paling seram & paling tak suka. bahaha. kebas terus tangan i.
6) Nurse akan check perut, payudara (sekali ja kena masa buka buku), dan fizikal kita.

*1-4 & 6 memang rutin yang akan dilakukan setiap kali check up.

Dokumen yang perlu dibawa :

1) Kad pengenalan
2) Salinan kad pengenalan suami & isteri
3) Sijil nikah asal & salinan
4) Bil api untuk check alamat
5) Gambar scan kandungan kalau pernah scan di mana-mana klinik

Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan baik. hb pon normal. Hb la benda yang paling nak kena jaga. Harap baik-baik sahaja sehingga bersalin nanti. Kandungan dan baby pun Alhamdulillah sihat.

Bagi aku nurse-nurse & doktor kat klinik desa pulau meranti puchong baik, friendly, & murah sangat dengan senyuman. Jadi no worries kalian semua. hihi. Ada tempat yang nurse garang2 kan. Lega nurse2 kat sini baik-baik semuanya. Alhamdulillah...

Maka bermula lah check up aku setiap bulan. Minggu depan minum air gula & jumpa doktor. Pengsannnnn. Kena mind set macam minum air sedap nie. Doakan semoga dipermudahkan T_T


4 comments:

Anil Wanina said...

tahniah Sha... enjoice the moment of pregnancy.. indah sangat... ni yang tak sabar nak pregnant lagi ni.. hihihii

Sha Purple said...

Anil Wanina : Terima kasih Anil. betul tu indah n sweet sangat, benda pelik2 akan datang senyum je bila teringat. hehe....haha silakan pregnant lagi...hihi

AMIIZAA said...

congrats sha bakal jd mama:)

Najib Ariyan said...

alhamdullilah dipermudahkan

kebetulan agaknya time datang tu nurse tengah datang bulan... tu yg garang semacam tu... atau yg datang tu tak buat hal... orang suruh semua buat... tak mengada2...

salam kenal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...