Pregnancy : Alahan di awal kehamilan



Assalamualaikum...

Masa awal dapat tau pregnant belum ada sebarang alahan lagi. Cuma badan cepat letih. Dulu selalu jugak baca and dengar alahan dari ibu-ibu mengandung nie, macam-macam ragam ada. Ada yang tak lalu makan nasi langsung, tak leh itu tak leh ini, yang takda alah langsung pun ada. Aku kadang macam terfikir biar betul sampai macam tu kan. Doa jugak harap takda la alahan takpun harap tak teruk sangat alahan tu. harapannnn....

Masuk 7 minggu.dah start segala alahan. Dia punya alah bukan main lagi. Nasib baik masa 5 weeks sempat makan macam-macam dekat rumah family hari tu, kalau tak kempunan jugak. haha.

Morning sickness
Jarang muntah pagi tapi ada jugak bila nak berus gigi awal2 pagi tu dan bila makan buah pagi-pagi bila perut kosong memang terus muntah lerr jawabnya. Selalu bila petang or malam start rasa loya muntah bagai. Makan mesti kuar balik. T_T memang tenaga hilang, badan rasa lemah sangat. Tapi lepas muntah tu leganyaaaa rasa. Selagi tak uweeekkk selagi tu tak sedap badan.

Perasan juga satu habit ni bila nak keluar mana-mana je, macam nak keluar pegi check up, jalan-jalan ka, sebelum keluar tu mesti loya tu datang and muntah. Habit sungguh la.

Makanan
Aku termasuk dalam kategori yang tak lalu makan nasi. Makan nasi pon rasa macam mentah semacam. Ayam lagi lah, masak la ayam masak apa pun memang tak pandang dah. Tak lalu lauk berkuah, ayam goreng pun tak boleh telan. Masa tu boleh makan sup-sup ja dengan spaghetti. Air masak pun dah rasa lain macam tapi paksa jugak minum...

Lama sikit dah lalu makan nasi tapiiiiii peel dia kena makan nasi kosong dengan kicap dengan ikan goreng saja. sup-sup dah tak lalu pulak. selera berubah2. bila teringat balik macam kelakar pun ada. haha......

Deria bau
Hat ni palinggggg seksa aku rasa sepanjang alahan bau nie. Deria bau yang sangat kuat. Bayangkan sekecil-kecil benda sejauh-jauh pun dah boleh bau. Macam-macam benda la tak boleh bau. Duk rumah pun rasa tak selesa.

Tak boleh bau minyak masak, masakan, bau dapur pun tak boleh. Selalu masuk dapur pun kejap sangat sambil tutup hidung. Pernah masuk dapur terus lari tandas uwekkk uwekk. haha. Sepanjang alahan tu tak memasak la aku. Beli makan luar sampai naik jemu. Kesian husband. Nasib baik husband banyak sangat bantu kat rumah. Bagi isteri dia rehat je. Princess habis. hehe...la ni baru leh start masak balik.

Lagi satu tak boleh bau suami. ni pun seksa jugak. Sebelum ni bukan main suka sangat bau suami. Paling wangi la. nahhh hamek bila mengandung bau suami pun bertukar. bau yang tak dapat nak gambarkan macam mana...sedih tau. maafkan i sayang. hehe. sekarang Alhamdulillah dah back to normal dah boleh dah bau. legaaa.

Bau sabun mandi, shampoo, sabun basuh baju pun tak tahan jugak bau. Boleh kata semua benda tak boleh bau la. hidung tu sentiasa letak vicks. T_T

Kulit
Sebelum ni kulit gatal macam biasa undercontrol lagi. Masuk je 20 minggu memang tak leh nak control sangat dah. Gatal kat kaki tu teruk jugak. Dapat garu best je rasa sedar-sedar bercalar berdarah kaki. tskkkk. cuba control jugak kalau tak buruk la kaki iolss. Orang cakap alahan kulit semasa mengandung. sabo jela...

Perasan kulit muka masa mengandung rasa flawless angat. Awal-awal naik jerawat sikit-sikit. Ada seketoi dua kat dagu. La ni dah jarang sangat naik jerawat. Paling best. Keluar pun kadang malas mekap tepek bedak dah cukup. Nak jalan jauh baru mekap2. hee.

----------------------------------

Alahan buat rasa diri 360 darjah berubah. Daripada benda yang dulu fevret and suka sangat lepas dah pregnant nie tak suka dah. Alhamdulillah sekarang masuk 22 minggu alahan pun dah takda sangat. Tinggal alahan kulit ja lagi.

Baby pun aktif gerak kiri kanan atas bawah dah sekarang. Comel je. Benda paling sweet dapat rasa.

Alhamdulillah.....doakan mama dan baby sentiasa sihat ya =)


5 comments:

Cik Ain said...

Semoga segala mcm alahan tu cepat berakhirnya.. Apapun tahniah bakal mama baby (=

CXopportunities said...

wah! cx pon start week 7 dah mula tolak nasi. tgk lauk pauk je tekak kembang. nak makan semua yg pns2 je. tgk nasi rs kembang semacam tekak. tp still boleh makan. just kuantiti yg sedikit. kalau lebih sikit, rasa nk vomit. breast sgt sakit. bengkak hbs. then mengantuk tahap dewa. Ya Rabbi tak tau nak habaq camna. gntok kala petang. amboi tkleh tahan. tgkp kepala tra pening. huhu tp Alhamdulillah syukur. demi anak.

dyanzakhi said...

salam singgah ^^

Sha Purple said...

Cik Candy : Amin..terima kasih ya =)

CXopportunities : haaa sebijik sama la kita cx...lega dah lepas semua tu...mmg lemau jgk la kan masa tu..apa pun kena kuat demi anak kan...Alhamdulillah

dyanzakhi : thanks ya =)

NJihe.am said...

Tahniah! semoga jadi ibu solehah :)
Salam singgah, jemput singgah segmen:
Novel diagnosis, header, top up, vector art, tudung untuk dimenangi...
http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...