Alhamdulillah...Mom To Be



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur atas rezeki yang sangat bermakna untuk kami suami isteri. Penantian demi penantian. Disatukan pada 24 december 2012. Berkat kesabaran, Alhamdulillah pada oktober 2014, berita yang sangat gembira bagi kami akhirnya aku mengandung. Allah sebaik-baik perancang. Aturan Allah yang sangat hebat. Sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan seperti wanita lain. Alhamdulillah dimakbulkan. Syukran. Hold lama sangat nak siapkan and publish entri paling bermakna sepanjang berblog nie. Sejak preggy mood nak update blog semakin menjunam. T_T

Detik sebelum dapat tahu pregnant...

Sepatutnya masa raya haji hari tu aku datang bulan macam biasa. Memang dah readykan diri sebab malam tu dah rasa tanda2 nak datang bulan...siap cakap dekat husband esok mesti mai lampu merah nie. So memang dah bersedia je. Then balik kampung belah husband dengan family mertua kat johor beraya kat sana. Sepanjang perjalanan memang letih lain macam, asyik2 nak tido je dalam kereta tu, ahaha tapi tak perasan sangat sebab aku sentiasa mengantuk bila jalan jauh2 nie. kekeke. 

Memang enjoy makan masa raya haji ritu, buat2 cool padahal duk mengira berapa hari dah delay sampai la dah balik rumah sendiri pun still delay. Dalam hati rasa macam ya tapi still 50-50 lagi. taknak la kecewa macam sebelum2 nie. Harapan macam ada. So bincang dengan suami tunggu sampai seminggu then boleh buat upt test. Cukup seminggu malam tu beli upt test. Esok pagi subuh2 nak check. Pehhh memang excited and neves sangat2. Tidur pon tak nyenyakkk dahhh....

Pagi subuh........

Doa dulu sebelum buat upt test dengan harapan double line kali nie. Dah siap, letak dulu dekat sink. Tak lama sikit kejap je tengok balik upt. Allahuakbar! naik 2 line. Happynya tak terkata, tersenyum je tengok. Tak sabar nak kejut suami. Tapi sabar dulu, terus buat sujud syukur dan solat subuh sekali. Tarik nafas, kejut suami ajak tengok upt. Dengan mamainya dia pon tengok and tanya apa maksudnya. haha. Tunjuk kat suami cakap upt naik dua line nie abg, syg pregnant !!! Terus suami peluk. sebak...nak nangis rasa. tskkk. macam tak percaya pun ada...



Klinik - 1st Scan

Pagi tu jugak pergi klinik untuk buat pengesahan sebab still macam eh betul ke aku pregnant nie! So check jugak upt di klinik. Bila doktor dah panggil Alhamdulillah doktor cakap "tahniah puan mengandung" sambil tersenyum2. Ya Allah betapa gembiranya kami suami isteri bila dengar doktor dah cakap macam tu. Doktor pon kira2 ikut last day period kandungan dah 5 week. Doktor suruh makan asid folid dan datang lg 2 week untuk scan. 

Balik rumah terus call bagitau family berita gembira. Terkejut dan excited la depa. Yela lama tunggu good news. hee

5 week

Lepas 2 week datang lagi klinik untuk 1st scan. Dah nampak kantung and baby kecik macam dot lagi masa tu. Nampak tak kat anak panah tu ada dot warna putih. Kecik sangat lagi awak sayang. Doktor cakap semua ok kantung dah ada elok dalam rahim, baby pon dah nampak. cuma sepatutnya dah 7 week ikut last day period, tapi ikut scan baru 5 week. kita pon dalam hati haaa camna tu...

Doktor : Ada dua kemungkinan kenapa kandungan baru 5 week...
Aku : Sebab apa doktor?
Doktor : Mungkin kandungan awal dan kecik lagi atau lagi satu berkemungkinan miscarriage!!!
Aku : Kenapa macam tu??? (dalam hati tahan marah dekat doktor sebab cakap macam tu)
Doktor : Kalau baby tak membesar berkemungkinan boleh miscarriage. Takpe datang lagi 2 minggu untuk scan. 

Dalam perjalanan balik, kami laki bini terdiam duk fikir apa yang doktor cakap tadi. Suami mulakan bicara, cakap risaunya. Pastu aku baru teringat and bagitau dekat suami yang aku pernah baca yang memang akan ada bila scan tak sama dengan usia perkiraan last day period tu. Lagipun suami ada cakap "Kalau dah tertulis ni rezeki kita, insyaAllah baby tak kan apa2" Lega sikit dengar dan start jaga semua. Doa harap baby sihat2 sahaja.

Klinik - 2nd Scan

Kali kedua tunggu lama sikit dalam 9 week baru scan semula. Kali ni scan klinik lain pula. Fobia. ehehe. 

9 week

Alhamdulillah baby dah membesar. Dari sekecil-kecil dot dah besar macam nie. Paling best and teruja sangat bila dapat tengok sendiri heartbeat baby. Boleh nampak klip-klip laju kat skrin. Banyak kali doktor tunjuk. Doktor kali ni best sikit and kelakar, ada sekali tu aku tergelak sampai bergerak2 perut masa scan. haha. Suruh suami rekodkan video. Jelas nampak heartbeat baby. Teruja !

Klinik kesihatan - 3rd Scan


Ni pulak scan masa 10 week dekat klinik kesihatan masa check up bulan 11.  Dah nampak tangan degan kaki. Tangan pon nampak gerak-gerak halus sangat lagi. Semua ok Alhamdulillah.

Sekarang dah nak masuk 18 week. Alhamdulillah. Alahan dah semakin berkurang. Tak sabar nak scan lagi tengok perkembangan baby. Kalau boleh tiap2 minggu nak scan dating dengan baby. hehe.

Doakan semoga baby dan kandungan membesar dengan sihat sempurna ya kawan2 semua =)


13 comments:

Inani Hazwani said...

tahniahhh. nak jadi mama dah :D

zuhaira nasrin said...

semoga selamat semua ye :)

muzai said...

seronoknya..tahniah yee

Unknown said...

Alhamdulillah..

Tahniah! Jaga diri ye bakal ibu :)

N A S said...

Alhamdulillah Kak Sha . Semoga baby baik baik sahaja ye . Tak sabar nak tahu perkembangan baby . Tahniah untuk kak sha and suami

Maria Hasun said...

Aturan Allah. . Tahniah Sis :)

Anil said...

alhamdulillah... tahniah sha.. ^_^

Sha Purple said...

Alhamdulillah...terima kasih semua =)

Sha Purple said...

Alhamdulillah...terima kasih semua =)

Mila Ahmad said...

Tahniah Sya, semoga lepas ni turn saya pulak Aamin :)

Unknown said...

tahniah sya..moga d pmudahkan ye.amin...take care! =)

Sha Purple said...

Mila Ahmad : Terima kasih mila..saya doakan mila juga mengandung lepas nie..InsyaAllah Amin...

Linakhtar said...

Alhamdulillah...TAHNIAH... jaga kandungan elok2.. yg penting jaga kesihatan mommy to be dan bayi juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...