How to Wash Reebok Shoes


Assalamualaikum & Hi...


Ingat lagi, dulu kecik-kecik mak abah selalu bawa kitorang adik beradik pergi jogging. Kalau tak tasik jitra mesti pergi taman rimba. Satu dua round jadi la. Rindunya zaman tu. Dah habis jogging terus lepak kedai untuk breakfast. Roti canai telur satu. Pehh nikmat. Tambah balik kalori setelah terbakar dek kerana jogging itu. Miahaha.

Tapi…..Korang tahu tak cara yang betul untuk membasuh atau membersihkan Reebok running shoes korang? Kalau dulu aku main sental je dengan berus tapi tetap tak berapa nak bersih jugak. Still ada kesan degil.

Haa jangan tak tahu, proses membasuh sepasang kasut sukan bukanlah seperti korang membasuh kasut biasa atau pakaian lain. Ia haruslah dilakukan dengan proses yang betul untuk mengelakkan sebarang kerosakkan terhadap kasut korang tu. Jom aku nak share sikit dengan korang cara yang betul untuk membasuh kasut sukan.


Berikut merupakan 2 cara untuk membasuh sport shoes.

A

1) Langkah pertama adalah dengan mencabut ikatan tali kasut sepenuhnya. 


2) Kemudian, gunakan berus gigi yang sudah lama untuk memberus bahagian kasut yang kotor. Berus gigi digunakan kerana struktur yang lebih lembut dan tidak mencalarkan permukaan kasut. 


3) Kemudian, basahkan sehelai tuala bersama sabun dan lap permukaan kasut sukan korang. Seterusnya korang boleh menyidai kasut sukan tersebut sehingga kering. 

B


1) Cara kedua dimulakan dengan menanggalkan tali kasut dan kemudian, masukkan kasut korang ke dalam sarung batal yang  tidak gunakan lagi. 


2) Dan langkah terakhir adalah masukkan kasut yang dibalut bersama sarung bantal tadi ke dalam mesin basuh. Kemudian, boleh sidaikan kasut tersebut sehingga kering. Mudah bukan?

Cara kedua ni rare sikit, aku tak pernah try lagi…Tapi kalau korang berani boleh cuba cara nie. Senang masuk mesin ajerr. Ekeke.

Selamat membasuh =)


8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

great piece of sharing sha...

Hanis Amanina said...

teringin nak basuh kasut dalam mesin basuh, sejak dari zaman sekolah rendah lagi. hee, masa tu tak berani sangat, terbayang2 kalau mesin basuh rosak. habislahhh. :D

hanisamanina.com

Penulis said...

Assalamualaikum. Saya datang sini tengok-tengok belog awak. baca-baca. Menarik. hihi.. Kalau nak ke belog saya, ni link nye... http://haziyatulnajihah.blogspot.com

Sha Purple said...

Farah Wahida : thank you dear

Amanina : hahhahah...bayangkan mesin gegar2...macam orang letak bata dalam mesin. sapa pernah try mmg berani gila...hee

HN : Waalaikumussalam...Thanks yaa =)

edisi said...

dulu masa sekolah selalu buat..masukkan kasut dlm mesin basuh....skrg dah tak pernah buat lagi...

Najib Ariyan Ali Basha said...

hahaha pernah jugak basuh kasut dalam mesin dulu tapi itu bukan lah pilihan yg bagus... itu lebih kepada saya tengah malas... hehehe

KarimahZulkafali said...

Haha selalu jugak basuh kasut guna mesin basuh, itu pun sebab kasut putih. Sejak pakai ksut hitam, malaih nak membasuhnya hahaha. Sbb hari hari tukar stokin, so kurang la bau busuknya. Hihi.

Sya said...

Basuh kasut guna mesin basuh mmg senang, tp gegar mcm apa tah.. Rasa nak jahanam je mesin tu.. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...