REVIEW : Safi Balqis Perfect 10, 2 in 1 (Cleanser & Toner)



Assalamualaikum...

Wahhh panjangnya tajuk entry nie. Entry sebelum nie saya ada ceritakan yang saya ada menggunakan produk terbaru dari Safi, ingat tak? Kalau tak ingat sila tengok sini


Kali ni nak review pulak mengenai produk terbaru dari Safi iaitu Permbersih & Penyegar Safi Balqis Perfect 10. Hah panjang betul nama. Sebelum ni pun saya ada update yang saya guna pencuci muka Bio Essence Tanaka White and nak cuba produk baru gara-gara tersalah beli. Ini lah dia. Tertarik sebab 2 in 1. Pembersih dan penyegar @ toner. Kebaikannya adalah dah siap dengan toner. So kepada yang malas nak pakai toner tu ni la kebaikannya. Just cuci muka automatik muka pun dah pakai toner. Sekali jalan je. jimat pun jimat. 

Hampir sebulan jugak saya menggunakan produk nie. Lepas cuci muka rasa segar sangat and rasa fresh gitu. sejuk2 berangin. best. Muka pun dah tak kering mengelupas macam selalu. Lepas ni nak teruskan dengan pencuci muka ni la. 

  • Ramai yang sering mengabaikan penggunaan penyegar selepas membersihkan wajah, tanpa menyedari ia sebenarnya membantu mengembalikan kesegaran wajah, mengecilkan pori-pori dan menjadikan kulit wajah lebih halus.
  • Penyelesaiannya, gunakan Pembersih & Penyegar SAFI BALQIS Prefect 10 dengan rumusan bebas sabun serta Mentol (perasan tak yang biji2 kecil biru tu?) yang bertindak 2 dalam 1 sebagai pembersih dan penyegar. Ia membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran di samping mengembalikan kesegaran dan mengecilkan pori tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit wajah. Manik-manik kecil di dalamnya mengandungi minyak bunga matahari yang tinggi kandungan Vitamin E pula bertindak sebagai antioksida yang memberi perlindungan kepada kulit.
Memang sangat2 berpuas hati dan berbaloi dan murah dan sebagainya. hehehe.


Tahniah Anda Menang dalam Peraduan Sempurnakan Aidilfitri bersama SAFI


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah rezeki saya menang dalam Peraduan Sempurnakan Aidilfitri bersama Safi. Saya join peraduan teka silang kata di fb Safi bulan ramadhan lepas. Tak sangka safi baik hati buat peraduan yang sangat simple untuk bagi duit raya. Kiranya saya yang dah kahwin still boleh dapat duit raya. gitu. Time jawab soalan tu saya dan encik suami la sama-sama semangat duk jawab. sepakat membawa berkat.

Yes saya adalah salah seorang pengguna Safi sejak zaman bujang lagi. Kalau dulu saya start pakai pencuci muka dan krim kecantikan dari Safi. Tapi baru-baru nie saya ada mencuba produk terbaru dari Safi. Memang berpuas hati. Produk apakah? Nantikan....



Excited first time dapat cek. krik krik.

Terima kasih Safi. Nanti buat lagi peraduan, nak join lagi. eceyh..



Komisen kelima JobDiRumah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah dapat komisen kelima dari Job Di Rumah. Syukran.




Pada yang berminat nak buat kerja sambilan dari rumah boleh la klik banner kat bawah nie. =)


atau

Klik Sini

Info menarik :



Anugerah terindah buatku...


Assalamualaikum...

Petang semalam tiba-tiba sakit perutku menyerang dengan hebatnya. Tatkala suami sedang lena dibuai mimpi indah. Aku keseorangan menahan kesakitan yang teramat. Perut sakit ketajaman, kaki kebas sangat2 dan belakangku pun terasa sakit. Kesian nak kejutkan suami. Sambil menahan sakit dan aku memeluk suami untuk kuatkan semangat. Mata mengantuk tapi tak boleh tidur.

Apabila suami terjaga dari tidur terus aku cakap yang perut aku sakit sangat. Tak tertahan dan tiba2 air mataku mengalir. Suami peluk dan kucup dahiku dan terus amek ubat untuk urut aku. Sedang suami mengurutku air mataku mengalir lagi kerana terharu dan sangat bersyukur dapat seorang suami yang sangat penyayang. Alhamdulillah sakit berkurang dan kebas di kaki pun hilang selepas diurut. 

Suami adalah anugerah yang terindah dalam hidupku selain keluarga dan ibu bapaku yang sentiasa di sisiku. Terima kasih ya Allah. Terima kasih suami.

Komisen keempat JobDiRumah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah dapat komisen keempat dari Job Di Rumah. Syukran.




Pada yang berminat nak buat kerja sambilan dari rumah boleh la klik banner kat bawah nie. =)


atau

Klik Sini

Info menarik :



Berjalan-jalan di Bukit Fraser, Pahang.

Assalamualaikum...

Hi readers. Minggu lepas ada update jalan-jalan dekat Air Terjun Kanching, so this entry nak bercerita pulak jalan-jalan dekat Bukit Fraser. Time nie memang mood nak meluangkan masa bersama yang tersayang tersangat lah kuat. Hubby yang cadangkan jalan-jalan kat sana. Memandangkan kami kat Rawang so tak jauh dah nak pergi sana. Pergi sana balik hari. Memang tak de keje kan. haha.

Perjalanan dari Rawang ke Bukit Fraser amek masa dalam satu jam lebih. Lebih kurang 38km. Dari Rawang nak naik ke bukit 30km masih jalan two way and bila sampai kat jalan sehala tu 8 km nak sampai atas. Seriously jalan kat sana memang bengkang-bengkok gila-gila. Ingatkan biasa2 macam cameron or genting. Tapi perghhh memang dah start pening kepala dah. Hubby rileks lagi. So nak hilangkan pening kunyah chewing gum and nyanyi sekuat hati dalam kereta tu. haha. sorry la hubby dengar suara syg awak nie yg tak sedap. Tak lupa juga sentiasa berdoa dalam hati minta selamat perjalanan kami. Boleh nampak ramai yang berbasikal naik atas. Kuatnya mental diorang. 

tempat wajib amek gambar bila sampai sana. nice view.

welcome to fraser's hill


Singgah di Allan's Water. Boleh naik 2 seater paddle boat RM6.00 untuk 15 minit. Tapi kami tak naik sebab time tu cuaca agak panas plus tak da orang naik. segan pulak. hehe. 


Ada juga waterball. boleh rasa jalan atas air. teringin sangat nak main tapi tak berani. main spaceshot kat genting berani pulak kan. huhu.

memories with LOVE...

pandai suami shoot



Ingat nak menunggang kuda tapi malangnya time tu rest time. pukul 2 baru buka balik. lagi pun masa tu hujan dah renyai2 kami pun sambung pusing2 tempat lain. Tak pe la nanti cari tempat yang betul2 untuk menunggang kuda. hehe. dah habis pusing kami pown bergegas pulang takut hujan lebat bahaya pulak nak balik. For me tempat nie boleh la untuk cuci2 mata sebab permandangan sangat cantik. Cuaca kat sana pon sejuk. Kalau dibangunkan lagi mesti best. kan3..

Last. suka design rumah camni. 

Thanks for reading =)

Hutan Lipur Kanching, Rawang.



Assalamualaikum... Baru-baru nie balik rumah mertua dekat Rawang. Dalam perjalanan tu saja cakap dekat hubby rasa macam nak jalan2 tapi tak tau nak jalan2 mana. Selalu macam tu tau. Tetiba terfikir ada air terjun odw balik rawang. Selalu nampak signboard ja teringin jugak nak usha2. Makanya hubby pun bersetuju untuk membawa isterinya berjalan2 kawasan abang long tu. hihi. Dengan tak plannya kami pun tiba ke tempat destinasi Air Terjun Kanching. Bayaran masuk RM2 seorang. Kalau naik kereta la, kira berapa orang dalam tu. mihmih.

Memulakan perjalanan. Semangat berjalan walaupun puasa hari tu.

Melihat keindahan alam. Kalau boleh mandi best nie. tapi biasa la tak plan kan. tengok pun jadi la. 


See. Abang long kawasan. Jaga-jaga kat sana memang bersepah dengan monyet. Mereka lah penyambut tetamu kat sana. Awal-awal sampai memang takut jugak sebab dulu pernah kena kejar dengan monyet sebab bawak makanan. Tapi time nie kami tak bawak makanan. selamat. Lagipun ada hubby, rasa selamat sikit. Don't worry sebab monyet2 nie bukan jenis kejar2 or kacau2 orang, depa dah biasa dengan orang.

Ada lagi air terjun kat atas tapi kitorang dah tak larat nak memanjat. hewhew.

Sesungguhnya melihat keindahan alam mengingatkan tentang kekuasaanNYA.


~Our memory~

Dah penat berjalan2 kami pun gerak balik. Thanks abang bawak sayang jalan2. Best. ILY.


Komisen ketiga dari Job Di Rumah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah dapat komisen ketiga dari Job Di Rumah. Syukran.


Pada yang berminat nak buat kerja sambilan dari rumah boleh la klik banner kat bawah nie. =)


atau

Klik Sini

Info menarik :




Job Di Rumah ni Betul ke? Boleh Percaya ke?

Assalamualaikum...

Terdetik dihati untuk share dan mempromosikan JDR (Job Di Rumah) memandangkan masih ramai yang ragu-ragu dengan JDR ni. Betul ke? Boleh percaya ke Job Di Rumah ni? Percaya atau tidak Alhamdulillah setakat ni saya dah berjaya mendapat komisen yang ketiga (tengah tunggu bayaran komisen ketiga). Boleh tengok sini. Komisen 1 & Komisen 2.

Sekarang percaya tak? Memang berbaloi join JDR ni. Tak perlu ragu-ragu lagi. Nak berjaya kena rajin berusaha. Kepada yang tak tahu apa itu JDR, saya akan terangkan di bawah. Sila baca dengan teliti.

1) Pekerja dari rumah diperlukan samada sambilan atau sepenuh masa. Jenis pekerjaan yang bebas (freelance) dan boleh bekerja di mana sahaja. Peluang yang baik untuk suri rumah atau sesiapa sahaja untuk menambah pendapatan.


2) Terbaru JDR ada anjurkan peraduan "Share & Menang". Sapa paling banyak share boleh menang RM1000. Moh le kite.


3) Syarat - syarat kelayakan.


4) Contoh tugasan. senang je kan.


5) Testimoni dari mereka yang berjaya dengan JDR. 


6) Yuran pendaftaran hanya RM50. Terkejut sebab kena keluarkan duit? Rilek rilek. Yuran RM50 adalah kos syarikat ini mencari kerja kepada kita daripada syarikat-syarikat seluruh dunia.



Tunggu apa lagi..jom pakat2 join JDR. Kepada yang berminat nak join boleh la klik banner kat bawah nie.


atau

Klik Sini

Selamat maju jaya dengan Job Di Rumah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...