Anugerah terindah buatku...


Assalamualaikum...

Petang semalam tiba-tiba sakit perutku menyerang dengan hebatnya. Tatkala suami sedang lena dibuai mimpi indah. Aku keseorangan menahan kesakitan yang teramat. Perut sakit ketajaman, kaki kebas sangat2 dan belakangku pun terasa sakit. Kesian nak kejutkan suami. Sambil menahan sakit dan aku memeluk suami untuk kuatkan semangat. Mata mengantuk tapi tak boleh tidur.

Apabila suami terjaga dari tidur terus aku cakap yang perut aku sakit sangat. Tak tertahan dan tiba2 air mataku mengalir. Suami peluk dan kucup dahiku dan terus amek ubat untuk urut aku. Sedang suami mengurutku air mataku mengalir lagi kerana terharu dan sangat bersyukur dapat seorang suami yang sangat penyayang. Alhamdulillah sakit berkurang dan kebas di kaki pun hilang selepas diurut. 

Suami adalah anugerah yang terindah dalam hidupku selain keluarga dan ibu bapaku yang sentiasa di sisiku. Terima kasih ya Allah. Terima kasih suami.

2 comments:

Rizziela said...

Untungnya dapat seorang suami yg sangat penyayang

Sha Purple said...

Alhamdulillah bersyukur sangat2 =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...