REVIEW : Safi Balqis Perfect 10, 2 in 1 (Cleanser & Toner)



Assalamualaikum...

Wahhh panjangnya tajuk entry nie. Entry sebelum nie saya ada ceritakan yang saya ada menggunakan produk terbaru dari Safi, ingat tak? Kalau tak ingat sila tengok sini


Kali ni nak review pulak mengenai produk terbaru dari Safi iaitu Permbersih & Penyegar Safi Balqis Perfect 10. Hah panjang betul nama. Sebelum ni pun saya ada update yang saya guna pencuci muka Bio Essence Tanaka White and nak cuba produk baru gara-gara tersalah beli. Ini lah dia. Tertarik sebab 2 in 1. Pembersih dan penyegar @ toner. Kebaikannya adalah dah siap dengan toner. So kepada yang malas nak pakai toner tu ni la kebaikannya. Just cuci muka automatik muka pun dah pakai toner. Sekali jalan je. jimat pun jimat. 

Hampir sebulan jugak saya menggunakan produk nie. Lepas cuci muka rasa segar sangat and rasa fresh gitu. sejuk2 berangin. best. Muka pun dah tak kering mengelupas macam selalu. Lepas ni nak teruskan dengan pencuci muka ni la. 

  • Ramai yang sering mengabaikan penggunaan penyegar selepas membersihkan wajah, tanpa menyedari ia sebenarnya membantu mengembalikan kesegaran wajah, mengecilkan pori-pori dan menjadikan kulit wajah lebih halus.
  • Penyelesaiannya, gunakan Pembersih & Penyegar SAFI BALQIS Prefect 10 dengan rumusan bebas sabun serta Mentol (perasan tak yang biji2 kecil biru tu?) yang bertindak 2 dalam 1 sebagai pembersih dan penyegar. Ia membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran di samping mengembalikan kesegaran dan mengecilkan pori tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit wajah. Manik-manik kecil di dalamnya mengandungi minyak bunga matahari yang tinggi kandungan Vitamin E pula bertindak sebagai antioksida yang memberi perlindungan kepada kulit.
Memang sangat2 berpuas hati dan berbaloi dan murah dan sebagainya. hehehe.


3 comments:

MG schmidt said...

sng kan terus toner..
tayah nk pakai toner dah
nk beli jgk ritu tp cleanser lme bru jgk beli ..
tkpela nex time :)

MG schmidt said...

sng kan terus toner..
tayah nk pakai toner dah
nk beli jgk ritu tp cleanser lme bru jgk beli ..
tkpela nex time :)

Sha Purple said...

tu la 2 in 1. jimat pun jimat. haha xpe next time boleh try =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...