Pageviews naik sepanjang ramadan, turun menjelang raya !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masuk je bulan ramadan, tersenyum je pageviews blog mencecah angka 1k hari-hari. takda niat nak menunjuk, just kongsi kegembiraan. hee

Entri resepi lah yang menjadi tumpuan bulan puasa nie. yela semua sibuk nak masak untuk berbuka. Lupa nak screenshot. T_T

Minggu akhir ramadan dan menjelang hari raya, pageviews pun semakin berkurang. mihmih.


Hanya mencecah 600-800 sehari. pheww. Walaupun sedikit merudum, tetap bersyukur. Terima kasih kepada yang sudi melawat blog picisan ku ini.

Semoga kita semua lebih bersemangat untuk blogging. chaiyo2.

Ramai update dah start balik kampung. Ayoo jelesnya. Hati-hati memandu keyh. Aku malam kang balik rumah mertua, ahad vrommm balik kedah. Tak sabaq oii. hehe.

Apapun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua. Salam lebaran. Maaf andai terkasar penulisan / terbuat korang terasa hati sepanjang aku berblog ni. kosong kosong ya =)


Jahit Border Lace Jubah


Assalamualaikum....

Ingat tak hari tu ada cerita yang aku dapat Mesin Jahit Baru kan. So ini lah projeknya. Tapi awal2 je guna mesin, lepas tu jahit guna tangan lagi senang. dush2. Lace macam nie susah nak guna mesin sebab dah siap ada manik sekali. Biasa la first time nak jahit lace. kehkeh.

Pergelangan tangan

First, jahit border lace untuk pergelangan tangan. Nak cari warna border lace warna pink tapi takda yang cantik, jadi grab yang warna putih nie. ehehe. Ni kira antara Projek Baju Raya jugak la. 

Pin kan dahulu supaya lace tak lari dan mudah untuk jahit.

Ni mula-mula guna mesin untuk jahit kat hujung tangan tu. maap le budak baru belajar.

tadaa...dah siap jahit hujung. bahagian atas jahit pakai tangan.

Body

Dah siap jahit lace untuk kedua2 belah tangan, lepas tu jahit untuk body jubah pulak, tak nampak kosong sangat. Semua lace ni pilih dengan my mak mertua and adik ipaq hari tu. kes kedai dah tak terima jahit lace. Ada la hikmahnya, aku boleh belajar jahit lace sendiri. sobs. 

Jubah asal. Kosong & lace warna hitam

Disebabkan aku tak gemar tengok lace hitam tu, makanya aku jahit sendiri lace baru warna putih. hehe. Ditambah lace bunga2 kat body. Jahit lace bunga ni pakai tangan. Phewww memang leceh tapi seronok bila tengok hasil. 

Ini lah lace bunga tu sebelum dijahit. hehe

Ok tak sabar nak pakai raya nanti. Alhamdulillah selesai semuanya.

Yang penting suami suka, kita pun happy. yayy !


Kad Raya from Raffelinna Sdn. Bhd.


Assalamualaikum...

Alhamdulillan hari tu dapat kurma dari Felinna beauty, sekarang dapat pulak kad & sampul raya dari mereka. Allah. Terima kasih sangat-sangat. Baiknya hati mereka. Semoga syarikat mereka terus berkembang dan sentiasa dimurahkan rezeki. Kagum dengan mereka =)

Macam tau2 je kita suka purple. ehehe

sapa nak duit raya?? beratuq cepat. 


Dah minggu terakhir puasa. Tak lama dah nak raya. Cepatnya rasa. Tak sabar nak balik raya. Excited !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...