LANGKAWI : Percutian sehari di Langkawi + budget



Assalamualaikum...

Akhirnya dahku gagahkan diri juga untuk update belog nie. mood agak sepoi2 bahasa akibat dari ketiadaan air di rumahku. alahai mak jemah terpaksa la terima dugaan ini. ayatku pun jadi merapu. maafkan saya. haha.

ok berbalik pada main point. So camna raya haji korang? ada ok ka tarak ok? Macam aku pulak memang puaih hati sangat2 la sebab dapat cuti seminggu kat aloq setaq rumah family nuu. Plus hubby bawak jalan2 pulak kat langkawi. Super osem. Dah bertahun tak pi sana, dulu selalu la ikut family jalan2 sana. hubby pulak for the fisrt time nak jejak kaki ke langkawi. Kami plan jalan2 sehari ja nak usha2 dulu apa ada. harhar. Next time harus berhari2 sebab penat sangat nak jalan2 langkawi dalam masa sehari. mana cukup.

Kami sampai kat jeti kuala kedah dalam kul 7.30 pagi. Suruh adik tolong hantarkan tak yah risau nak park kereta kat mana. Tiket paling awal pukul 8.15 pagi. Harga tiket untuk dewasa RM23 seorang. So kos pergi balik kami dua orang RM92. Dari kuala kedah nak sampai langkawi dalam 1 jam 40 minit macam tu. Best time naik feri ni bila ombak besar datang. Ada sekali tu kuat gila ombak, jantung pun dah macam nak luruh dah. Orang patutnya takut ombak yang kami syok pulak. Apa pun Alhamdulillah semuanya selamat. 

Serius banyak nak cerita entry ni. Harap bersabar. Dah sampai langkawi kami terus ke bahagian kereta sewa. family dah pesan siap2 jangan amek kereta sewa dengan orang yang panggil2 kat jeti tu. Memang akan ada orang akan rekemen kereta sewa bila turun dari feri tu. Takut mahal or kereta tak elok bila dapat. Kami tak kan terpedaya. So kami pun amek kereta cherry lebih kurang besar viva. tak pernah tengok kereta ni. Check dulu condition camna baru decide nak amek ke tak yea. Harga RM40 sampai kul 7 petang sebab petang tu kami nak balik dah. Hari khamis murah sikit. Pastu terus beli tiket balik lak. Nanti tak kalut.

Mulakan perjalanan. Isi minyak tak yah banyak RM15 pun dah cukup. Destinasi pertama. Cable car. Tengok map memang pening better tengok ja signboard yang ada. pusing2 kot tu jugak. haha. besaq jugak langkawi sebenarnya. baru perasan. Nak sampai cable car dari jeti amek masa setengah jam lebih jugak rasanya. Harga tiket cable car untuk dewasa for Malaysian with mykad RM15 seorang. Cable car langkawi lagi laju dari genting. fuhhh.


Langkawi memang panas to the max hari tu dan kami bernasib baik sebab tak hujan. Kalau tak memang tak merasa la nak naik cable car. Panas sana memang lain macam sampai migraine aku, tapi lepas makan and pekena ayaq sejuk dah ok. hehe. ngade.


Naik dengan family lain. depa lagi dasyat pi langkawi kali ke 7. phew. Ada dua station tau. kami naik station kedua yang paling atas.

view memang cantik tengok laut keliling. Indahnya.

my everything. my love. 

 Dah kenapa setiap gambar harus ada botol air nie. HAHA.

Dah habis jelajah atas sana kami pun turun. Tak boleh lama sangat. tak boleh lepak2 sangat. tak boleh rehat2 sangat takut tak sempat nak ke tempat lain. kami round2 lak kawasan situ. ada taman korea gituw.


Nak gambar sweet macam tu jugak pliss.

Destinasi kedua adalah pantai cenang. Kami terlajak sampai ke underwater world lak. pastu call mak tanya kat mana pantai cenang sebenarnya. dah terlepas or depan lagi. rupanya dah terlepas. haha. betul la kat tempat banyak kereta parking tepi2 jalan tu. So jalan2 dulu kat underwater world tu. Tak masuk pun. Kat situ ada kedai duty free. Korang boleh cuci mata tengok coklat kat situ sebab ada setengah coklat lagi murah berbanding pekan kuah. Dah selesai cuci mata tengok coklat kami patah balik ke pantai cenang. Makan dulu kat situ sebab perut pun berombak sakan dah. Boleh tahan mahal makanan kat situ. Lupa nak google kedai makan apa best kat sana. adudu.


Tak best sebab tak boleh mandi pantai. Masa ni memang panas terik nak mandi pun tak sanggup. Banyak aktiviti ada, banana boat, jet sky, dan macam2. 

Destinasi ketiga pekan kuah. Kami shopping segala coklat kat sini. Banyak pilihan uolss. Rambang mata. Pepero and daim wajib beli. haha. Ok jugak shopping sini. banyak barang. Nak shopping pinggan mangkuk periuk boleh ke sini. Best sebab tak ramai orang. haha.

Credit to mr google.

Destinasi keempat dataran lang. boleh cakap tempat wajib kalau pi langkawi. Bergambar dengan helang yang besar.

Rasa macam nak terbang pun ada.


Lepas dah puas bergambar. Kami round2 lagi kawasan langkawi ni sementara nak tunggu masa nak naik feri. Dah naik feri ada pulak tragedi berlaku. Tragedi oktober la kiranya. gituw. Boleh pulak dah naik feri tu aircond lak tak function. boleh bayangkan panas dalam tu. makcik2 semua dah bising2 macam kat pasar malam dah. lagi kesian kat baby2 dalam tu. semua dah bising2. kami semua pun turun. setengah jam jugak tunggu. nasib baik tukar feri lain. kalau tak naya kami.

Ok tu ja nak cerita. Memang best dan terbaik. Next trip tak tau lagi kemana. hehehe. Thank you so much hubby bawa jalan2. lebiu =)

p/s : maaf kualiti gambar tak berapa bagus. brr. Kena beli camera yang macam FL rekeman tu la. macam best je. hee.


10 comments:

Rizziela said...

akk pun ada perancangan nak ke Langkawi awal tahun depan

Sha Purple said...

wah bestnya..nanti jgn lupa update blog tau. hee. sha xtau bila lg nak ke langkawi tu. =)

m0sHiE~ said...

both of u cantek sgtt ! :)

Sha Purple said...

Thanks sweety =)

Unknown said...

sweet sgt tgk korg..heeee...

salam kenal dariku.. jmput singgah ke blog..

Sha Purple said...

hee thank you cikpingu...

salam kenal jua dari sha purple. hehe. tengah loading blog awak =)

MISSNICK said...

huaaa tak pernah gi langkawi lagi...gi kedah dh beberapa kali tapi tak pernah buat terlajak masuk langkawi...

Sha Purple said...

hahahhaa apa kata nanti buat2 terlajak masuk langkawi tu. hee =)

ayuzan said...

last time g masa umur 18. skrg dah 24.. hihi

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...