Pregnancy : Scan 3D/4D Klinik Sofea



Assalamualaikum & Salam Jumaat....

Alhamdulillah hari ni dah masuk 36 weeks pregnancy. 4 weeks left. Berdebar rasa + tak sabar nak jumpa baby. cepat ja rasa tup tup dah nak dekat due....

Baru teringat nak update hari tu ada buat scan 3D/4D dekat Klinik Sofea Puchong masa 25 weeks. Ramai review cakap situ ok dan harga pun berpatutan. Memandangkan kita pun memang dah duk area puchong dekat sangat nak pergi pun, cakap dekat husband scan dekat situ jela senang..=)

Tak plan pun sebenarnya nak buat scan 3D/4D hari tu. Nak tunggu lama sikit baru nak scan. Malam tu just nak scan 2d je sebab nak comfirmkan gender baby. Awal2 dah tau gender tapi macam tak comfirm pulak. Senang nak cari barang bila dah comfirm gender. Naluri memang rasa dah betul gender yang doktor bagitau ritu. tapi nak jugak comfirmkan lagi. hikss.

Pergi klinik suraya doktor yang available lelaki pulak masa tu. Cancel terus sebab kalau boleh nak doktor perempuan yang scan. Frust sat. ngehhh! Pastu husband terus ajak buat scan 3D/4D terus. Alang2 nak scan. Semangat terus i'olss....Thank you husband =)

Sampai klinik sofea terus daftar. Nasib baik awal jugak sampai situ dalam pukul 8 malam. Elok2 lepas kami sampai ramai jugak orang yang datang klinik tu. Korang yang nak scan sana elok pi awai naa kalau tak jenuh menuggu nanti!

Dah masuk baring untuk scan, benda pertama doktor tanya dah tau jantina??cakap kat doktor, dah tau tapi tak comfirm. Doktor terus tunjuk dan memang dah comfirmkan. fuhh lega tersenyum je. haha. pastu tengok muka baby. Mula2 baby tutup sebelah muka dengan tangan. Doktor suruh ngiring ke kiri sikit pastu baru nampak muka. Nampak mulut gerak2. lapar agaknya doktor cakap. hehe...Doktor terangkan semua dan buat sekali details scan. Check jantung, tulang belakang, pundi kencing, kepala, badan, berat dan semua lah. Alhamdulilah baby sihat. Itu je nak dengar.

 See..tangan tutup mata..ngah tidur ke sayang. hikss

baru nampak muka dia. hee

tengok la tangan ngan kaki naik sampai atas. Aktifnya baby dalam perut nie =)

Sekali tu je buat scan 3D/4D. ingat nak buat lagi tapi dah terlajak weeks dah sekarang. Weeks 30 elok buat sebab baby dah besar sikit. masa ni baby kecik lagi. oh ya harga untuk scan 3D/4D dekat Klinik Sofea Puchong RM80 dapat gambar + CD + details scan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...