Batu Ferringhi, Pulau Pinang



Assalamualaikum...

Babai 2013 and welcome 2014. 
Ramai rakan blogger update aktiviti2 sepanjang tahun 2013 tapi aku baru nak update pasal percutian singkat. Banyak lagi yang tertangguh sebenarnya. Bulan 12 paling best sebab banyak aktiviti dilakukan bersama family. best tak hengat. Entry kali ni panjang sikit tau.

Beberapa minggu lepas weolss balik Kedah rumah family. Yelah dah rindu sangat dengan family. Suami pon bawak la budak manja nie balik jumpa family. Dah balik rumah tu tiba2 family ajak jalan2 yela cuti sekolah adik2 tak dapat pegi mana sebab mak pun tersangat sibuk kat opishh. Makanya plan jalan2 kat Pulau Pinang. Lama tak turun penang. Alang2 leh bawak suami jalan2 penang. pestime. kekeke.

Ini den nak ceqita punya la panjang perjalanan nak ke penang macam dari kedah nak ke kola lumpoq. haha. Selepas 3 jam, dalam kul 11 pagi macam tu kami bertolak dari rumah. Dah nak masuk penang, tudia banyaknya kereta atas highway tu. Ramai gila orang nak pi penang. Memandangkan hari Jumaat and dah tengah hari time tu. Kami pun belok kiri menuju ke masjid seberang jaya ke apa tah yang kat highway tu. memang dari dulu selalu singgah situ. Laki semua solat jumaat dulu kami pulak yang perempuan tunggu dalam kereta je. Panas terik masa tu. Dah selesai semua kami teruskan perjalanan. Nak naik jambatan banyak sangat kereta macam tak bergerak2. Kami pun naik la feri. Nak tunggu turn naik feri pun lama jugak. Ada dalam dua jam lebih kat situ. Bayangkan dengan panasnya aircond pulak buat hal kepala pun mula berdenyut2 dengan lapar lagi. memang hah. Bila dah dapat naik feri leganya Alhamdulillah. 

Tengok air laut cari obor2

Sampai kat Pulau Pinang tu pun dah petang singgah kat Masjid terapung dulu.

SubhanAllah...

Memula plan nak jalan2 penang and petang baru singgah kat batu ferringhi tapi sampai pun dah petang acanew. Baju salin kitorang semua bawak ja kowt2 nak mandi pantai. Abah decide tak turun batu ferringhi sebab dah lewat, pegi dekat pantai dekat2 ngan masjid ni ja. So kami pon ok la ok la. haha. Dah gerak tu tiba2 tengok eh kereta abah kat depan tu berdesup tak stop pon kat tempat abah cakap tu. Pastu cakap kat suami ni jalan nak pi batu ferringhi nie. yeayyy. Abah tukar plan. 

Big boss. Rilek ja abah layan kerenah anak2.

Petang2 nak dekat maghrib tak sempat nak mandi pantai. Alahai kesian. Abah decide lagi nak tido situ esok pagi kami leh mandi2 dengan puas. Cari chalet dekat2 situ kebetulan ada dua bilik lagi kosong. chalet lain semua dah full. Satu bilik RM150. Kami amek dua bilik. Rehat2 jap makan isi perut dulu pastu malam jalan2 kat night market. Ingat lagi dulu lepak ngan kawan2 kat batu ferringhi memang best sangat2.

Bergosip. Boleh tengok details chalet kat situ. Murah2 jugak watersports dia. 

Esok pagi mak abah balik dulu sebab ada kenduri banyak tinggal kami kat sini nak mandi pantai puas2. Ni antara hajat aku yang tercapai untuk tahun 2013. Terima kasih semua. Pukul 8 kami turun ke pantai. 

Keciknya kami. Seronok dapat mandi pantai. Rasanya kami antara paling bising kat situ sampai ada satu masa tu usik adik sampai semua orang tengok. ngaa.

Cantik kan gambar dari camera fon adik. tak yah edit2 dah. 

Kami naik donut kuning tu la. Abang tu cadangkan naik ni sebab lagi ekstrim dari banana boat. nak jugak rasa. Dapat seorang RM20. kalau tanya yang lain mahal RM40. Maybe sebab dah duduk kat chalet dia kowt. Aku, suami ngan adik laki duk belakang yang lain duk depan. boleh buat macam2 gaya. nak duduk berdiri boleh. Pergh memang ekstrim weh. Macam nak tercabut tangan pegang, laju gila bawak. Dah sampai lenguh2 tangan kaki. Adik2 cerita depa lagi lawak. tapi tak nak cita sini. HAHA. Esok lusa teruih lenguh kaki ngan tangan. Tapi best la. Tapi kalau naik banana boat best boleh jatuh tengah laut tu. Naik yang ni last2 kami terjun sendiri. Dah puas mandi naik chalet siap2 nak check out kul 12. Pastu teruih balik umah. Oh lupa singgah dulu padang kota pekena pasemboq baru senang hati nak balik. Masing2 pengsan dalam keta letih ya amat. Kesian suami drive sorang2. Pastu aku pon bangun teman sebab terkejut. haha.

Dua orang bodyguard kami. Jaga-jaga.

Sekian percutian singkat di Pulan Pinang. Banyak lagi nak update. tunggu turn. Terima kasih mak abah suami bawak kami semua jalan2. kami semua memang kaki berjalan. =)

~Jaga lisan jaga hati~


Simple Giveaway by Izzati Amira




Simple Giveaway by Izzati Amira !!
Tamat : 22 Januari 2014
Klik Banner Untuk Join! Sekarang !! Hadiah menarik untuk para gadis di luar sana sedang menanti!


Selamat ulang tahun sayang. Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Pantas masa berlalu sedar tak sedar dah cukup setahun usia perkahwinan. 
Masih lagi tak percaya yang diri nie dah bergelar sebagai isteri.
Besar tanggunjawab yang harus dipikul. 
InsyaAllah mengejar untuk menjadi isteri yang solehah.

Dulu belajar satu kelas lalui dugaan study bersama2. Susah senang kami harungi bersama. Ada yang cakap relation satu kelas tak boleh go. Tapi kami buktikan juga yang relation satu kelas boleh go. Nak dengan tak nak je, yang penting niat di hati. Walaupun banyak dugaan, kami lalui dengan tabah. Alhamdulillah Allah berikan kami kekuatan hati untuk tempuh segalanya sehinggalah sekarang kami bergelar suami isteri. Terima kasih ya Allah. 

Dear husband, terima kasih kerana sudi menjadikan syg sebagai isterimu. Terima kasih sentiasa menjaga, menyayangi diri ini sepenuhnya walaupun perangai syg agak pelik. Besar pengorbananmu. Semoga hubungan kita kekal bahagia membawa ke syurga. 


"Selamat ulang tahun abang. 
I love you so much my husband.
Setiap saat sentiasa merinduimu."

Hope next year our dreams will come true =)
Sesungguhnya Allah sebaik2 perangcang.
Doakan kami

241212 - 241213
Anniversary for 1 year.


segmen: saya sayang blog saya

Assalamualaikum..

~Klik banner untuk join~

Jom meriahkan segmen ni sambil tu boleh blogwalking. yeah i love my blog. cewahh

Terkejut tengok facebook

Assalamualaikum...

Morning. ceriakan pagi anda dengan senyuman. 
Pagi nie terkejut sangat tengok2 fb kenapa banyak sangat angka nie.
Friend request tiba2 naik mendadak jadi 700 lebih. 
Jenuh nak approve macam nie. sorry jakun tak pernah sebanyak macam nie.

Korang ade tak tiba2 jadi macam nie. ke fb aku problem?aishh..

apa kes citer fb masuk kat sini. biaq pi. HAHA
Setahu aku dulu la sejak2 kes fake, aku dah jarang nak approve orang tengok pon buat macam tak nampak je. Konon pasqah tu. Sorry semua bukan saja2. Aku jenis tak approve orang suka2 hati. Bahaya ooo sekarang nie macam2 boleh jadi. Harap perkara macam tu tak berulang lagi. Kasihani lah aku. 



Sekian leteran daripada aku di pagi hari. 

Jom join segmen. Klik SINI.


Senarai Peserta Segmen Bloglist by Sha Purple

Assalamualaikum...

Jom check senarai peserta yang join Segmen bloglist sha purple. Boleh la blogwalking dan tambah kenalan antara satu sama lain. Yang mana belum join jom join jom. Segmen ni akan tamat pada 31 Dec 2013. Klik je kat SINI kalau nak join..jom ramai2 join tau..Selamat bersegmen dan terima kasih sebab support segmen sha..

  1. Cik Ungu
  2. Noor Suraya 
  3. Fiesya
  4. Hanis Nabilah
  5. Nur Inani
  6. Eydafaizal
  7. Nabila Rahman
  8. Shalimar
  9. Sya Nadia
  10. Aryssa Najwa

Segmen Bloglist by Sha Purple

Assalamualaikum...



Seperti yang dijanjikan dari entry2 lepas hari nie sha nak lancarkan segmen bloglist. Segmen kali nie sangat mudah untuk korang join. Sambil2 tu boleh tambah kenalan dan blogwalking. 

Semua yang join segmen nie sha akan letak dalam bloglist selama dua bulan. Kalau korang nak letak blog sha dalam bloglist korang lagi bagus. hehe
Harap segmen ni mendapat sambutan..jemput join semua =)

Syarat-syarat :

1) Follow blog Sha Purple.. Sha akan follow korang balik.
2) Copy banner dan linkkan ke entry nie...Boleh copy kat SINI
3) Buat entry "Segmen Bloglist by Sha Purple".
4) Tinggalkan URL entry anda ke dalam ruangan komen entry nie.


Nanti sha akan senaraikan semua yang join untuk korang blogwalking dan folow2 rakan yang lain.

Semoga segmen nie dapatlah korang menambah kenalan dan ilmu dari blogger lain.

Jom join semua memeriahkan suasana... =)


MommieSafiyyah's 1st Anniversary Giveaway!

Assalamualaikum...

~Klik banner~

"Saya sangat berminat nak cuba produk B Complex Shaklee kerana untuk mendapat kesihatan yang baik"



Title sidebar dah cantik sikit....

Assalamualaikum....

Ada nampak apa2 perubahan tak kat blog nie?Korang yang selalu blogwalking blog titeww mesti perasan kan...jawab je yea nampak. walaupun tak perasan. mihmih.

Hari nie tiba2 rasa nak edit blog. teringin pulak nak buat sidebar corak2. Cari punya cari tutorial. Try and error. Pherghhh memang menjuling mata aku. cara nie tak jadi. cara tu tak jadi. Last2 fikir logic letak coding ni sikit coding tu sikit. hah kau. Alhamdulillah jadi jugak. Tak sia2 mencuba.

Mula2 edit gambar pakai png format kat photoshop. banyak kali jugak try nak dapat sampai puas hati..Mulanya nak buat full border sidebar. tapi tak menjadi. Buat title sidebar pun jadi la.

and the final result...tadaaaa...

....................

......

purple k purple


Doodle Ketiga Sha Purple !

Assalamualaikum...

Doodle ketiga with separuh badan. 

Ouh banyak lagi kena belajar nie.

Minat makin membuak2. Sabar jela. HAHA...


yang hello kitty tu ingat nak buat sebagai watermark. hehehe..kena adjust bagi kecik sikit.

apa ke peliks badan gituw. 


Doodle kedua Sha Purple !!!

Assalamualaikum...

Ni doodle kedua baru siap tadi..

Terus buat untuk shout box. ehehehe..

Serius best main lukis camni. 

Nak lukis pakai pakai tangan memang tak da seni langsung. 

Ni guna photoshop cs3 tau...

Tadaaa... tu tak tau la topi ke ape. hehe


My fisrt doodle !!! purple pink

Assalamualaikum...

Tadi saja blogwalking tetiba terjumpa ada cik adik manis update tuto lukis doodle.
hah apa lagi aku pon macam best je nak try la.
tuto macam senang sebab before ni pernah jugak try tapi tak jadi. 
Maybe dengan semangat yang kuat. 
Dah lama sebenarnya tak pakai photoshop nie. hehe...

Banyak kali jugak edit bentuk muka bagi nampak ok. tapi dia tak tunjuk camna nak lukis kening hidung mulut. alamak..aku pun hentam je la. 

So, ni la hasilnya...tadaaa...

ni yang first pastu edit tudung lak..
yang ni ok sikit kowt. 

saya budak baru belajar. banyak lagi kena belajar. macam best lak bila dapat lukis. hehe

Belajar buat doodle kat SINI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...