Naik 'stage' | Expo Mid Valley



Assalamualaikum....

Minggu lepas kan berlangsungnya Meternity & Children Expo yang terbesar kat Mid Valley. Memang dah set date nak shopping barang2 baby kat sana setelkan semua terus sebelum gst katanya. heh. dan juga memandangkan kandungan dah cecah 7 bulan lebih. Tak larat nak pikiaq dah nanti.

Boleh kata mana tempat ada expo baby mesti akan pegi. kahkah. Syiokk tengok barang2 baby nie. Baju comel2 pulak tu.

Dah tau expo kat mid valley ni orang cakap memang ramai gila orang. Tengok gambar pun seram. Hah memang seram pun. Tapi disebabkan semangat nak shopping barang baby punya pasal ku gagahi jua. Memang pengalaman betul. Dengan sesaknya, beratur kemain panjang. Alhamdulillah anak mama kuat seronok shopping banyak kali gak duk kick je. Jenuh cover perut asyik terlanggar dengan handbag orang. T_T

Sebelum ni aku ada post yang aku ada menang hadiah dari expo nie kan. Contest dari fb. Boleh tengok kat SINI. Ingatkan kena redeem hadiah dekat kaunter je. Sekali nahh kena naik stage amek hadiah rupanyaaa. Naik aje la. Dah berkurun tak rasa naik stage rasanya. hehe...

Best gila sapa yg dapat stroller tu...


 Group photo..cari la aku kalau jumpa. ekeke...

Lega hampir semua barang dah setel. Cuma tinggal sikit2 saja lagi boleh beli kat kedai biasa. Next month expo dekat sacc mall pulak. nak pegi ke idokk tak tau lagi. opss!! hehe..


3 comments:

Cekgu Norazimah said...

bestnyer la siapa yg menang hadiah2 best tu ;)

p/s : Jemput join segmen CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

Ash Awan said...

ramai gila. saya pukul 8.30 pagi dah sampai tapi bukan nak pergi expo. Memang sahaja datang awal. malas rebut parking. Tengok expo tu ramai orang beratur padahal tak buka lagi

Unknown said...

Sya ni.dah lama teringin nak p..tp fikir ramai giler org,x jd nak p..dulu dah lalu depan pintu,sekali malas nak masuk..dah balik,menyesal..tp rasanya dlm keadaan tunggu hari je masa tu,kalau p jugak,bersalin terus agaknya...hahaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...