Cara naikkan HB



Assalamualaikum...

Setiap kali check up benda paling risau mesti pasal hemoglobin (Hb). Risau sangat takut hb rendah and anaemia pulak. Anaemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl. Bahaya anaemia nie kepada ibu dan juga janin.

Alhamdulillah dari awal checkup hb masih atas 11gm/dl cantik ja

tapiiiii...........................

semakin menurun bila kandungan semakin membesar. Bulan lepas checkup minum air gula masa tu la pulak hb turun kepada 10.8gm/dl. Masa tu jugak badan tak berapa sihat. Mula la risau. Nasib baik sementara tunggu 2 jam selepas minum air gula tu, kat kk ada buat penerangan tentang pemakanan mengatasi / elakkan anaemia. Banyak info jugak yang dapat.

Cara naikkan HB semasa hamil

Pil Hematinik

- Sebelum ni hb normal kk bagi obimin. Aku pulak jenis skip2 makan obimin sebab saiz yang besar dan aku jenis yang tak gemar makan ubat. kahhhkah. plus lepas makan obimin mesti rasa loya. Makan obimin dengan jus buah baru boleh telan ubat tu. hehhh

- Lepas hb turun nurse kk bagi ubat lain pulak. Ada 4 jenis ubat semuanya kecik2. senang sikit nak telan. Ada iron, asid folik, b kompleks & vitamin C. Banyak jenis pun takpa la janji senang nak telan. Harus untuk aku telan semua ubat dengan jus buah ya. Makan semasa perut kosong. Sekurangnya 1 jam sebelum dan selepas makan.

- Start hari tu rajinkan diri hari2 makan ubat 4 jenis tu cuma skip bila weekend balik rumah family. kekeke.

Pati Delima Gulsan

- Seminggu sebelum checkup bulan lepas start minum pati delima gulsan. Lepas minum terus sakit tekak, badan pun kurang sihat, selsema lagi. seksa weyh. Bila google dorang cakap tu kesan sementara selepas minum. Ada orang takda effect apa pun. Sebab tu kot hb pun drop.


- Tapi still teruskan minum pati delima gulsan 1 sudu kecil setiap malam sebelum tidur. Ramai cakap dapat membantu naikkan hb. Alhamdulillah semalam checkup hb naik 12.4gm/dl. Tersenyum je iolss rekod dah cantik balik.

Makan Jambu Batu

- Malam sebelum checkup tu mintak tolong husband belikan jambu batu. Makan sebijik malam tu. Banyakkan makan jambu batu untuk naikkan paras hb. Ikut badan juga ada yang takda effect langsung.

Banyakkan juga makan sayur-sayuran, ikan bilis pun ok. Aku suka makan kacang botol. buat ulam. sedap


Itu ja apa yang aku amalkan sebulan nie untuk naikkan hb. Rajin makan ubat, pati delima, buah, sayur.

Terima sudi membaca. Semoga mummy to be di luar sana sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin =)

Tadaa~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...